Tahniah ejen-ejen LengQuas dan pengedar-pengedar KOPETRO yang memenangi pelbagai hadiah menarik!
Jadikan kemenangan ini untuk mempertingkatkan lagi jualan dan meluaskan pasaran LENGQUAS.
Oleh itu, sempena meraikan ejen-ejen dan pengedar-pengedar ini, maka Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang LengQuas di Flora Terrace @ Hampshire Place, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Majlis itu telah dihadiri oleh barisan pengurusan KOPETRO, jemputan-jemputan khas, rakan-rakan niaga serta wakil-wakil media di mana mereka diraikan dengan pelbagai juadah enak serta aktiviti pentas.
Untuk makluman,
Kempen Beli & Menang LengQuas telah berlangsung pada 15 Julai 2022 sehingga 30 Oktober 2022 lalu. Kempen ini menawarkan pelbagai hadiah lumayan jenama Xiaomi bernilai lebih RM30,000. Hadiah-hadiah bagi ganjaran utama pula berupa produk elektrik seperti televisyen, skuter elektrik dan penapis udara.
Bagi ejen-ejen dan dan pengedar , mereka perlu memenuhi kriteria yang diberikan sebelum memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan iaitu:
- Ejen-Pembelian produk sekurang-kurangnya 10 karton
- Pengedar– Pembelian produk sekurang-kurangnya 100 karton
- Ejen jualan yang mencapai sasaran jualan tertinggi (bagi kategori hadiah utama)
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, ‘Beli & Menang’ adalah satu kempen yang menggalakkan persaingan sihat di kalangan ejen-ejen dan pengedar-pengedar LengQuas dalam usaha mempertingkatkan jualan dan memperluaskan pasaran LengQuas. Sehingga awal tahun ini, LengQuas telah pun mempunyai hampir 800 ejen jualan di seluruh negara yang terdiri daripada kafe-kafe, stesen-stesen minyak, kedai-kedai serbaneka dan pasar raya-pasar raya ternama.
“KOPETRO akan terus komited merancang projek-projek perniagaan berimpak tinggi untuk diceburi bagi memacu sektor ini ke arah berpendapatan tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan syarikat dan rakan-rakan niaga kami yang tidak putus-putus memberikan sokongan”
Dalam majlis itu juga, LengQuas turut memperkenalkan produk-produk terbaharu, iaitu hidangan makanan pra-masak menu-menu popular LengQuas yang terdiri daripada:
- Daging Masak Hitam
- Daging Dendeng
- Ayam Cili Padi
- Paru Goreng Berlada
Tetamu-tetamu yang hadir juga berpeluang merasa dan membuat rebiu produk terbaru LengQuas iaitu Ayam Cili Padi. Produk ini memang padu, kepedasannya seimbang tidak terlalu pedas, daging ayam yang lembut dan cara masakan bersesuaian dengan citarasa dan tekak masyarakat Melayu .
Selain Ayam Cili Padi, rebiu juga dilakukan bagi produk minuman Jus Nanas serta Jus Apple Peach.
Berbanding hidangan sejuk beku sedia dimakan yang telah dipasarkan sebelum ini, produk-produk baharu ini menggunakan teknologi terkini iaitu sistem terma dikontaminasi yang memboleh produk disimpan pada suhu bilik. Ini amat memudahkan ‘kaki-kaki’ travel dan mereka-mereka yang sentiasa on-the-go yang sering tidak cukup masa untuk menyediakan makanan.
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan KOPETRO Menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang LengQuas, sila ikuti:
- akaun @lengquas.official di Facebook dan Instagram
- layari laman sesawang www.kopetrofood.com.my
- hubungi 017-319 5764 untuk mengetahui promosi-promosi terkini mengenai LengQuas
Leave a Reply