SPRITZER MENANG ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA 2022

Tahniah Spritzer atas kemenangan buat kali ke-LAPAN berturut-turut!

Jenama air terbaik Malaysia ini telah memenangi Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 bagi kategori air peringkat nasional.

spritzer (2)

Anugerah nasional telah disampaikan kepada Spritzer pada 3 November 2022 lalu di Kensington Palace, London dan diterima oleh Winnie Chin, Pengurus Kumpulan Perhubungan Awam dan Kelestarian Spritzer. Program pengiktirafan anugerah berprestij ini dianjurkan dan dinilaikan oleh Forum Penjenamaan Dunia. Edisi ke-15 Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 menyaksikan lebih daripada 3,500 jenama yang dicalonkan dari lebih 45 negara dalam pelbagai kategori di bawah TIGA peringkat iaitu:

  • global
  • serantau
  • nasional

Namun, 250 jenama sahaja diisytiharkan sebagai pemenang.

Anugerah ini dinilai secara unik melalui TIGA aliran, dengan setiap aliran menyumbang peratusan kepada jumlah skor. Penilaian jenama dan pengundian dalam talian awam masing-masing menyumbangkan 30% dan penyelidikan pasaran pengguna pula menyumbangkan 40%. Hanya satu anugerah nasional akan diberikan kepada jenama dari setiap kategori produk atau perkhidmatan dari negara peserta.

Spritzer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna, pembekal, dan rakan perniagaan setia mereka atas sokongan selama ini. Pihak pengurusan juga ingin merakamkan penghargaan kepada pekerja Spritzer yang bertungkus lumus untuk menjayakannya. Tidak dapat dinafikan, anugerah ini adalah salah satu pengiktirafan bagi kualiti air mineral semula jadi Spritzer

Sumber air mineral semulajadi Spritzer yang kaya dengan silika diekstrak daripada akuifer bawah tanah di tapak seluas 390 ekar yang terletak di Taiping, Perak berdekatan dengan hutan hujan tropika. Spritzer berjanji akan sentiasa menawarkan kualiti terbaik kepada pengguna serta aktif dalam menyokong inisiatif komuniti.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s