Meskipun pemakaian pelitup muka sudah tidak diperketatkan, namun rata-rata masih ramai lagi yang memakainya.
Ini kerana meskipun keadaan agak reda tidak seperti TIGA tahun yang lepas, ramai yang masih melindungi diri daripada terkena jangkitan virus Covid-19 yang masih wujud di persekitaran di luar sana. Ini boleh dilihat daripada jumlah mereka yang terkena jangkitan virus Covid-19 kian bertambah dari hari ke sehari.
Sebab itu, disyorkan untuk memakai pelitup muka VirCast Medic KF94 Protective Facemask Edisi Summer dan VirCast Medic KF94 Protective Facemask Glamorous untuk melindungi diri daripada jangkitan virus yang masih berleluasa ini. Menerima pengiktirafan ISO, pelitup muka VirCast Face Mask Summer dengan EMPAT lapisan perlindungan dapat menghalang kemasukan bakteria lebih daripada 98% (Bacteria Filtrartion Efficiency) dan kemasukan partikel submicron lebih daripada 99% (Submicron Particles Filtration Efficiency) memandangkan ia dihasilkan mengikut Struktur Penapisan Berkualiti Tinggi.
Kedua-dua pelitup muka ini juga direka secara ergonomik 3D yang mana strukturnya memberi ruang pernafasan tanpa melekat pada mulut memberi keselesaan sewaktu digunapakai meskipun dalam tempoh jangka waktu yang lama.
VirCast Face Mask Summer dan VirCast Face Mask Glamorous sesuai bagi mereka yang memakai cermin mata. Ini kerana klip hidung didalam pelitup muka bukan sahaja memastikan pelitup muka betul-betul terletak pada muka, ia juga membantu mengurangkan kebocoran udara yang menyebabkan terjadinya kabut pada cermin mata yang sering menjadi masalah utama pada mereka yang memakai cermin mata.
Kedua-dua VirCast Face Mask Summer dan VirCast Medic Face Mask Glamorous sesuai digunakan oleh mereka yang ingin tampil bergaya meskipun memakai pelitup muka. Vircast Face Mask Summer misalnya didapati dalam TIGA warna ceria iaitu kuning, biru dan hijauĀ manakala VirCast Face Mask Glamorous pula meskipun hanya didapati dalam DUA warna iaitu putih dan jingga, ia mempunyai corak pada hadapan pelitup muka.
Leave a Reply