GUARDIAN MALAYSIA BANTU KANAK-KANAK KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH AGAR KEKAL BERSIH DAN SIHAT

Ia adalah satu program khidmat masyarakat yang dijalankan oleh Guardian Malaysia melalui kempen “Bersama Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”.

IMG20221206095547 (2)

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat.

Sebagai sebahagian daripada initiatif #guardiancares, program yang bakal bermula pada 15 Disember 2022, akan menyediakan produk penjagaan diri, terutamanya mandian badan untuk kanak-kanak.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian berkata:

IMG20221206091752 (2)

“Di Guardian, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber, lebih-lebih lagi selepas Covid-19, untuk membeli produk kebersihan kerana keutamaan diberikan kepada membeli makanan untuk anak-anak mereka. Kos sara hidup yang semakin meningkat menyukarkan lagi keadaan mereka apabila kita mengambil kira perbelanjaan utama yang lain seperti pengangkutan, pendidikan, sewa, dan pinjaman.

“Namun begitu, kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini tetap perlu dititikberatkan apabila, sebagai contoh, kita melihat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) meningkat 20 kali ganda tahun ini berbanding tahun lalu dan golongan kanak-kanak paling teruk terjejas. Dengan pengalaman kita berdepan dengan Covid-19 baru-baru ini, menjaga kebersihan khususnya kebersihan tangan yang baik kekal sebagai satu langkah yang sangat penting dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit seperti Covid-19. Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila seorang kanak-kanak itu bersih dan harum, ia dapat merangsang keyakinan diri dan meningkatkan kesejahteraan mental” 

IMG20221206094909 (2)

Sebagai tanda pelancaran kempen “Bersama Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” itu di Malaysia pada 6 Disember lalu, 200 pelajar dari kelas Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, telah menerima DUA botol mandian badan 1 liter dan 100ml berserta patung beruang Guardiancares setiap seorang. Selain itu, 800 murid Tahun Dua hingga Enam menerima SATU botol mandian badan 1 liter, beg eko #guardiancares berserta poster kebersihan yang menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan dan badan semasa mandi.

IMG20221206090903 (2)

Majlis turut dihadiri oleh Pengetua Sekolah, Tuan Khairudin Abdul Aziz dan YM Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah Alhaj, Ahli Lembaga Pemenang Amanah MyPerintis & School of Life Malaysia serta Ahli Farmasi Guardian, Shaktieswary A/P Chagaran. Maskot #guardiancares juga diperkenalkan kepada pelajar yang hadir.

IMG20221206092332 (2)

Pada majlis pelancaran itu, ahli-ahli pasukan Guardian juga telah turun padang untuk membantu menyiapkan satu mural yang diilhamkan oleh Haris Rashid di sekolah tersebut yang menggambarkan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan.

 

IMG20221206100917 (2)

Patung beruang Guardiancares berona oren ceria bakal dijual pada harga RM30 di semua stor Guardian di seluruh Malaysia dan di stor dalam talian serta aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan patung beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.

IMG20221206092740 (2)

Ng menambah:

“Menerusi program ini, kami menyasarkan untuk menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam.

Inisiatif ini merupakan program khidmat masyarakat Guardian di seluruh rantau yang meliputi lima negara dimana setiap negara bekerjasama dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) tempatan agar sumbangan kami akan sampai kepada kanak-kanak yang dimaksudkan. Di Malaysia, Guardian akan bekerjasama dengan Yayasan Perintis Malaysia yang akan membantu mengedarkan produk mandian dan mengenalpasti penerima kanak-kanak bagi pihak Guardian. Kami akan memfokuskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dari keluarga B40 yang tinggal di rumah pangsa dan rumah kos rendah berhampiran sekolah.

Selain itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 sen akan didermakan kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi kami berharao agar pelanggan dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan Guardian” 

Inisiatif #guardiancares adalah satu inisiatif yang mampan yang memberi tumpuan terhadap kesihatan pelanggan dan komuniti dimana Guardian beroperasi. Kami ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan untuk membuat pilihan yang sihat dan mampan dalam memilih jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka yakini di Guardian. Pendek kata, kami mahu pelanggan untuk ‘prihatin’ dengan apa yang mereka beli. Kami percaya kecantikan bermula dari dalam. Dengan memilih untuk prihatin, bersama kita mampu membuat perubahan” 

#guardianmy

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: