“Di Watsons, kami sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan yang sentiasa berubah. Pengguna hari ini bukan sekadar mencari produk, malah mereka mahukan pengalaman yang bermakna, kepakaran yang dipercayai serta penyelesaian yang diperibadikan. “Watsons Biggest Health & Beauty Expo” menghimpunkan kesemua elemen ini dalam satu platform interaktif, membolehkan pelanggan meneroka inovasi terkini sambil mengeratkan hubungan dengan jenama yang mereka gemari,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau bagi Health & Beauty Asia di AS Watson Group dan Pengarah Eksklusif Serantau bagi Watsons International.

“Watsons Biggest Health & Beauty Expo 2026”, sebuah acara pengguna berskala besar yang menghimpunkan lebih 200 jenama kesihatan dan kecantikan, inovasi produk terkini serta pengalaman eksklusif untuk ahli di bawah satu bumbung.

Ekspo ini mencerminkan permintaan pengguna Malaysia yang semakin meningkat terhadap pengalaman peruncitan interaktif yang melangkaui aktiviti membeli-belah biasa. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka trend baharu, berinteraksi secara langsung dengan pelbagai jenama serta mendapatkan pandangan pakar dan penyelesaian produk yang disesuaikan dengan gaya hidup mereka.
Antara tarikan utama ekspo tahun ini ialah pengenalan “Skin Comfort Lab”, sebuah zon pengalaman penjagaan kulit khas yang menampilkan lebih 40 jenama penjagaan kulit terkemuka. Direka untuk menangani pelbagai masalah penjagaan kulit serta membantu pengguna memahami kesihatan kulit mereka dengan lebih baik, zon ini menawarkan akses kepada inovasi penjagaan kulit terkini, konsultasi pakar serta cadangan yang diperibadikan.
Teras kepada pengalaman ini ialah lima kategori penjagaan kulit yang dirangka khusus untuk membantu pengguna mengenal pasti penyelesaian berdasarkan keperluan kulit masing-masing. Renew (Repair) memberi tumpuan kepada pemulihan dan pembaikan kulit dengan membantu menguatkan kulit yang rosak serta menyokong proses pembaharuan kulit yang sihat. Shield (Barrier) pula membantu mengekalkan kelembapan dan mengurangkan kehilangan air dengan memperkukuhkan lapisan perlindungan kulit.
Calm (Comfort) menawarkan penyelesaian yang menenangkan untuk kulit sensitif dan mudah mengalami iritasi, manakala Bounce (Glow) memberi fokus kepada keanjalan serta seri kulit melalui inovasi yang membantu meningkatkan kolagen untuk penampilan kulit yang lebih anjal dan sihat. Sementara itu, Guard (Defence) menangani masalah kulit kusam dan tona tidak sekata, sekaligus membantu melindungi dan mengekalkan kulit yang lebih sekata serta lebih tahan lama.
Pengunjung juga boleh meneroka “Health & Beauty Zone” yang menampilkan lebih 180 jenama merangkumi kategori kecantikan, penjagaan diri, kesihatan, nutrisi dan kesejahteraan, dengan penjimatan sehingga 70% serta hadiah percuma untuk setiap pembelian.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Watsons untuk menghargai kesetiaan pelanggan, ahli Watsons Club juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan termasuk “W Rewards Member Zone”, baucar tunai percuma serta peluang menyertai cabutan bertuah** sepanjang ekspo berlangsung. Ini sekali gus memperkukuhkan lagi nilai menjadi sebahagian daripada ekosistem keahlian kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Selain ekspo ini, Watsons terus mempertingkatkan penglibatan ahli menerusi kempen Ganjaran Raksasa yang sedang berlangsung, dengan menawarkan peluang kepada ahli untuk memenangi sebuah rumah. Kempen ini mencerminkan aspirasi Watsons untuk mentakrifkan semula pengalaman ganjaran pelanggan dengan menawarkan pengalaman dan hadiah yang memberikan nilai bermakna melangkaui transaksi peruncitan.
Berlangsung dari 27 Ogos hingga 21 Oktober 2026, kempen ini bakal menyaksikan seorang ahli Watsons Club yang bertuah memenangi ganjaran utama berupa sebuah kediaman di Skyria D’Island Residence, Puchong, yang dibangunkan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS), dengan perbelanjaan minimum RM50 di kedai atau secara dalam talian menggunakan mana-mana kad Visa.
Kediaman moden tersebut mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi serta dilengkapi pelbagai kemudahan gaya hidup termasuk Infinity Pool, taman permainan, BBQ Pit, Multi-Sports Courts dan banyak lagi.
- Untuk menyertai kempen ini, hantarkan penyertaan melalui pautan berikut: https://survey.aswatson.net/WISE/index.php/473721/lang-en
Selain hadiah utama tersebut, ahli juga boleh menikmati pelbagai ganjaran eksklusif sepanjang ekspo. Pembeli berpeluang menerima Beg Tote Visa PERCUMA dan Periuk Nasi Gaabor dengan perbelanjaan minimum*, sementara stok masih ada.
Di Skin Comfort Lab, pelanggan boleh menikmati diskaun segera RM13 dengan perbelanjaan minimum RM130 serta menerima Cloud Tote Bag PERCUMA dengan perbelanjaan minimum RM188*.
Selain itu, ahli yang berbelanja RM200 atau lebih menggunakan Visa Mobile Payment akan menerima Baucar Tunai Watsons bernilai RM10. Sementara itu, pelanggan yang menggunakan Atome, rakan rasmi Buy Now, Pay Later Watsons, boleh menikmati penjimatan tambahan serta berpeluang menyertai cabutan bertuah eksklusif dengan lebih daripada 2,000 hadiah untuk dimenangi*.*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial rasmi Watsons Malaysia

Leave a comment