GARNIER Kumpul RM15,000 Dalam Memperkasakan Wanita Menerusi TechForGood

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Garnier Malaysia tahun ini amat berlainan dengan menyumbang kepada masyatakat menerusi usaha memperkasakan wanita.

IMG_20190627_114838

Kerjasama dengan rakan runcit MYDIN menerusi kempen Serikan Diri di Aidilfitri ia dilaksanakan bersama kerjasama TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA).

IMG_20190627_114507

TechForGood adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti  mikro di Mlaaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi. Sejak penubuhannya pada 2019, TechForGood telah membantu seramai kira-kira 500 ahli.

Pada majlis penutupan kempen yang diadakan di MYDIN USJ, Garnier Malaysia mengumumkan kolaborasi dengan MYDIN akan memberi manfaat kepada TechForGood dalam dua cara iaitu:

  1. Bagi setiap produk Garnier yang dijual di MYDIN pada bulan Ramadan, RM0.20 disumbangkan kepada program
  2. Bagi setiap perbelanjaan RM30 dan ke atas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN antara 24-30 Jun, pembeli menerima tote bag buatan tangan atau beg pouch yang boleh diguna semula yang dijahit oleh kaum wanita di bawah program ini.

IMG_20190627_122405

Garnier sentiasa komited dalam menyokong keperluan masyarakat setempat dan DNA jenama ini disebarkan di seluruh Malaysia.

“Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktiviti perniagaan. Kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami. Sebagi program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran usahawan mereka, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami iaitu membantu komuniti setempat yang memerlukan.” kata Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia.

“Sepanjang kempen Serikan Diri di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramadan, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh kaum wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada pembeli. Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood yang akan menyumbang kepada kemajuan program ini dan membantu memberi mamfaat kepada lebih ramai ahlinya.” sambung Ian Cheng lagi.

Menyentuh tentang penglibatan Garnier Malaysia telah memberi banyak manfaat kepada ahli TechForGood, Cik Deborah Melissa Bottreau, Preside GEMA menjelaskan:

“Untuk kerjasama Garnier Malaysia dengan TechForGood kami telah meningkatkan kemhiran 50 ahli wanita program yang mempunyai minat atau latar belakang dalam menjahit. Melalui pembelajaran digital dan bengkel, mereka dapat meningkatkan kemahiran menjahit yang diperukan untuk mebuat bbeg dan beg galas yang boleh digunasemula dan pada masa yang sama dapat memuat pendapatan tambahan. Kami sangat bersyukur atas sokongan Garnier Malaysia, dan kami yakin ini akan mewujudkan momentum bagi syarikat-syarikat lain untuk menyertai kami dalam membawa perubahan kepada komuniti mikro lain di seluruh negara.”

Bagi ketiga-tiga wanita dari program TechForGood, mempelajari kemahiran baru adalah kelebihan yang amat berguna membantu menjana pendapatan dalam menampung keperluan kehidupan seharian mereka.

“Saya sangat gembira kerana saya dapat belajar kemahiran menjahit yang baru dan menyumbang kepada kempen dengan membuat beg kecil dan galas. Saya berharap boleh terlibat dalam kempen seperti ini, membolehkan saya mengguna kemahiran meningkatkan pendapatan tambahan dan melihat hasil saya digunakan oleh umum.”jelas Nur Nabila Faridil Azha.

Nuridiana Nadira Azizan menyatakan bahawa kemahirannya kini bertambah baik selepas menyertai program TechForGood.

“Terima kasih kepada Garnier saya kini lebih mengetahui akan jahitan, dan saya boleh mengguna kemahiran untuk manfaat pada amsa akan datang bagi menambah pendapatan keluarga saya”

Sempena dengan kempen ini juga, barisan selebriti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut memberi sokongan di acara itu. Ketiga-tiga mereka ini muncul dalam drama mini bersiri TV3 bertajuk Serikan Hatimu. Buat pengetauan, Garnier adalah penaja drama ini yang boleh ditonton di rangkaian TV3 dalam YouTube. Hari raya mereka juga menjadi lebih bermakna apabila dapat memberi sokongan kepada usaha memperkasakan wanita. Mereka juga menyokong Garnier dan menyatakan produk kegemaran mereka.

Maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/GarnierMalaysia/

 

GARNIER Color Naturals: Pewarna Rambut Telus Air

Garnier Color Naturals memperkenalkan rangkaian pewarna rambut yang telus air dan merawat rambut agar terjaga dan warna berkilau.

Garnier 2

Pengurus Pemasaran Garnier, Samatha Teh ketika berucap di pelancaran rasmi rangkaian yang diperbaharui di Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor.

Garnier 1

“Dari hasil penyelidikan pengguna kami, kami memahami bahawa “pewarna rambut yang telus air” adalah istilah carian popular di Internet. Kian lama, pengguna hanya mempunyai warna dan jenama yang terhad, sehinggalah kini

Oleh itu, rangkaian pewarna rambut Garnier Color Naturals kini diperkuasakan dengan bahan semula jadi untuk rambut yang dirawat, malah ia telus air”.

Samantha menerangkan bahawa Garnier berusaha memudahkan untuk cantik dan guna tanpa was-was. Ini sebabnya jenama Garnier sinonim dengan bahan berasaskan alam semula jadi. Kami percaya bahawa produk-produk semula jadi adalah efektif dan menghormati kehendak pengguna-pengguna kami.

Garnier mempunyai sejarah inovasi yang bermula sejak tahun 1904. Apa yang mendorong kita ke arah peningkatan berterusan adalah melihat pengguna menggunakan produk kami dengan tenang,” katanya.

Selain daripada teknologi boleh telus air, rangkaian pewarna rambut Colors Naturals Garnier yang baharu ini adalah bebas ammonia. Ini bermakna bukan sahaja krim ini memberikan tekstur rambut yang lebih baik, merawat rambut serta memberikan warna menarik, dan berbau wangi sewaktu penggunaan.

Garnier Color Naturals ini mengguna bahan-bahan berasaskan alam semula jadi, seperti minyak zaitun, avocado, dan badam yang memberikan warna dan ketahanan rambut selama lapan (8) minggu. Garnier Color Naturals adalah dibukti secara klinikal untuk memberikan rambut berkilau x5, menutup uban dan senang digunakan.

Lihat dan rasakan perbezaan rambut anda dengan pewarna rambut Color Naturals Garnier!

Rangkaian ini kini boleh didapati dalam kit RM19.90 (berbilang guna) dan dan sachet RM8.90 (kegunaan sekali) di seluruh negara.