Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir Pasti Jadi Bualan di Hari Raya

Tak dinafikan memang agak sukar bagi mereka yang berbadan gempal mencari pakaian raya yang sesuai dengan bentuk badan hingga ada yang perlu menempah pada tukang jahit.

¾ SLEEVE KURUNG TOP IN BLACK with PALAZZO LONG PANTS IN BLACK (1)

Tapi kini masalah mencari pakaian sudah dapat diatasi dengan Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir.

LONG SLEEVE PRINTED EMBROIDERED TOP IN KHAKI with PALAZZO LONG PANTS IN MAROON

Kehadiran portal atas talian Jazz & Co yang membuat pelancaran Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir ini menampilkan koleksi pakaian yang lebih segar, secara tak langsung membuktikan komuniti berbadan besar sama seperti orang lain dan mampu bergaya pada musim perayaan ini.

LONG SLEEVE TUNIC KURUNG IN MINT with BLACK LONG BIAS-CUT SKIRT IN BLACK (1)

Koleksi ini dilancarkan bersama Dina Nadzir, yang juga merupakan duta Jazz & Co yang baru sahaja dilantik. Naib juara Malaysian Idol musim pertama iini sebenarnya sudah menjalinkan kerjasama dengan Jazz & Co bagi mempromosikan nilai positif serta keyakinan diri sebelum ini. Berikutan kerjasama yang cukup berjaya, Dina sekali lagi diundang bagi menggayakan koleksi raya pada tahun ini.

LONG SLEEVE TUNIC KURUNG IN BROWN with PALAZZO LONG PANTS IN MAROON

“Sebagai duta, saya berpeluang mendekati wanita yang turut berhadapan masalah rendah diri dan kurang keyakinan diri disebabkan masalah berat badan. Walaupun setiap individu disaran berusaha untuk kekal sihat, namun keyakinan serta kepercayaan kepada diri adalah kunci kejayaan paling utama,” kata Dina.

Tambah Dina lagi, kebanyakan wanita berbadan besar bimbang ketika mendapatkan busana kegemaran mereka disebabkan tiada ukuran. Namun menerusi platform seperti Jazz & Co, semua kebimbangan ini dapat diatasi apabila mereka boleh mendapatkan pakaian kegemaran pada bila-bila masa.

“Koleksi raya kali ini pastinya akan lebih diingati disebabkan konsepnya yang boleh digayakan ke pejabat atau beraya di rumah,” katanya.

Koleksi baju raya Dina menampilkan motif bergaya corak bunga serta bentuk geometri bagi memberikan pelbagai pilihan kepada penggemarnya. Ia tampil dengan palet rona gelap bagi menampakkan imej sofistikated terutamanya bagi wanita moden yang mementingkan gaya. Warna terang pula membangkitkan gaya segar dan terkini kepada si pemakai. Pastinya koleksi ini bakal menjadi ikutan pada lebaran kali ini. Selain itu, rekaan serta perincian pada busana membolehkan ia untuk digayakan bukan sahaja ketika musim perayaan tetapi juga ke pejabat dan untuk aktiviti kasual.

Menurut Pengarah Jazz & Co Jasdeep Katari, koleksi raya 2019 menampilkan padanan yang lebih segar serta nampak lebih muda. Aksi gaya bersahaja yang ditonjolkan menjadikan busana digayakan tampil anggun dan memikat.

“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Dina untuk kesekian kalinya. Ini kerana kami sangat memahami keresahan golongan ini apabila tidak berjaya memperoleh busana disebabkan tiada saiz, potongan yang kurang menarik serta pilihan yang tidak menggambarkan usia mereka,” katanya.

Memahami kehendak pelanggan, Jazz & Co menyediakan rekaan yang lebih mesra serta membiarkan pembeli meneroka siluet dengan gaya yang cukup berbeza.

Tambah Jasdeep,

“Secara langsung atau tidak, diskriminasi terhadap komuniti bertubuh besar bukanlah perkara yang aneh. Oleh itu, sebagai jenama pakaian yang mewakili komuniti ini, kami ingin memainkan peranan untuk memperkasakan pengguna kami dan menyuntik semangat baru bagi mereka semua. Pada akhirnya, ia bukan mengenai saiz yang dipakai, sebaliknya bagaimana mereka memakainya.”

Selain Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir, Jazz & Co turut menyediakan pakaian kasual dan ke pejabat pada harga yang sangat berpatutan. Di samping membeli pakaian berkualiti dengan potongan busana yang cantik, pembeli Jazz & Co boleh membuat pilihan ukuran saiz mereka sama ada 12 hingga 22 untuk wanita dan L sehingga 5XL untuk lelaki.

Bermula 9 Mei sehingga 30 Jun 2019, pelanggan boleh mendapat potongan harga sehingga 30 peratus apabila mereka memasukkan kod promo:

JAZZRAYA2019

Diskaun ini hanya boleh diperoleh sekali untuk satu akaun pembeli, selagi stok masih ada. Di samping itu, penghantaran dalam Malaysia adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jazz & Co, sila layari:

Jazz & Co Beri Keyakinan Pada Si ‘Plus Size’

Bukan mudah mencari pakaian yang sesuai kalau punya badan ‘plus size’. Kadang-kadang dah excited bila jumpa yang cantik tapi tak muat pulak. Frust betul!!

Tak apa, sekarang tak perlu lagi pening nak cari baju yang sesuai.

Jazz & Co Media Launch (5)

Baru-baru ini. Jazz & Co melancarkan koleksi untuk mereka yang mempunyai badan ‘plus size’ di pusat beli-belah di Bangsar. Ia dilancarkan sempena musim perayaan yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Koleksi pakaian jenama ini menampilkan nilai kecantikan asli secara tak langsung memberi keyakinan diri kepada pemakainya.

Dengan penampilan khas pengacara radio selebriti dan Naib Juara Malaysian Idol 2004, Dina Nadzir sebagai pengacara majlis, acara ini adalah inisiatif Jazz & Co untuk membawakan trend fesyen yang bermakna dalam industri ‘plus size’. Sebagai salah seorang komuniti ‘plus size’ yang berpengaruh, Dina turut membuat persembahan bagi memeriahkan lagi suasana majlis.

Pelanggan utama Jazz & Co yang terdiri daripada komuniti ‘plus size’ menjadikan jenama ini bermatlamat untuk memperkasakan mesej kecintaan dan penerimaan diri.

Busana lengkap Jazz & Co direka dengan penuh gaya bagi memenuhi keperluan lelaki dan juga wanita. Koleksi pertama yang ditampilkan merangkumi kira-kira 24 set pakaian kasual yang digayakan secara profesional supaya pemakai dapat mencapai keselesaan dan tampil bergaya. Koleksi ini membuktikan komitmen Jazz & Co dalam memenuhi keperluan pembeli dalam talian yang mana majoritinya ialah golongan muda.

Jazz & Co Media Launch (3)

“Pembeli utama kami terdiri daripada golongan muda yang ingin kelihatan unggul seperti orang lain, sama ada di rumah ataupun di tempat kerja. Oleh sebab itu, koleksi busana kasual dan pejabat kami adalah antara yang terlaris di pasaran.” kata Pengarah Jazz & Co, Jasdeep Katari.

Selain pilihan yang pelbagai, pembeli juga tidak perlu risau untuk mencari saiz pakaian yang sesuai dengan mereka. Hal ini demikian kerana jenama ini mengikuti panduan carta saiz tunggal yang tepat untuk setiap keluaran koleksi; memastikan ukurannya adalah seragam.

Oleh itu, meskipun tanpa dicuba secara fizikal, pembeli Jazz & Co tidak perlu risau kerana setiap pesanan akan muat dengan sempurna apabila ia tiba ke tangan mereka. Walaupun kejadian pemulangan jarang berlaku, namun laman dalam talian Jazz & Co tetap menawarkan dasar pertukaran item yang fleksibel.

Koleksi kedua Jazz & Co yang dipamerkan semasa acara pra-tonton eksklusif menampilkan pakaian pejabat dan juga busana malam hari. Rekaan unik yang dihasil dengan sempurna mencuri tumpuan tetamu majlis; lebih-lebih lagi apabila kebanyakannya diperbuat daripada fabrik premium Eropah.

“Bagi memastikan kualiti produk kami mematuhi piawaian yang ditetapkan, semua koleksi akan menjalani proses kelulusan yang ketat, membolehkan pembeli merasa terjamin dengan apa yang dibeli. Suatu ketika dahulu, saya tidak dapat mencari jenis pakaian bersaiz besar yang benar-benar saya ingini. Hal ini menyedarkan saya akan kekurangan pilihan pakaian ‘plus size’ dalam pasaran. Jika anda dapat menemuinya sekalipun, stailnya adalah biasa-biasa sahaja.” jelas Jasdeep.

Misi utama Jazz & Co adalah untuk menawarkan pelbagai pilihan pakaian ‘plus size’ yang bersifat fungsional dan estetik. Ia diilham dan dimotivasikan daripada pengalaman peribadi Jasdeep sebelum beliau membangunkan laman portal berkenaan.

Bagi memenuhi keghairahan pengasasnya dalam merapatkan jurang industri fesyen di Malaysia, Jazz & Co menyediakan pakaian penuh gaya untuk komuniti ‘plus size’.

Dalam usaha mencetuskan minat pembelinya, Jazz & Co telah berjaya dengan mencipta keunikan yang membezakan jenamanya berbanding jenama tempatan yang lain.
Sebagai jenama yang mensasarkan setiap peringkat umur, Jazz & Co tampil dengan koleksi yang bergaya, bersemangat dan ceria. Ini adalah bertentangan dengan persepsi umum bahawa pakaian bersaiz besar adalah bersifat hambar dan serius.

Secara ringkasnya, Jazz & Co percaya bahawa komuniti ‘plus size’ juga mampu membawakan gaya fesyen yang sama seperti orang lain. Selari dengan situasi masyarakat yang semakin menerima bentuk tubuh badan bersifat bukan konvensional, pembeli digalakkan untuk menerima kecantikan dalaman dan luaran mereka. Ia merupakan cara terbaik untuk menunjukkan rasa kecintaan diri.

Dengan acara pra-tonton fesyen eksklusif ini, Jazz & Co berharap dapat memberi inspirasi kepada komuniti ‘plus size’ untuk mengikuti tren fesyen semasa seperti individu lain, terutamanya ketika musim perayaan.

Pada masa yang akan datang, pelanggan akan dapat mengikuti lebih banyak lagi kempen dan promosi menarik di portal. Ia adalah sebagai inisiatif Jazz & Co untuk mengembangkan lagi koleksi dan pasarannya.

“Fokus utama kami pada masa ini adalah untuk mengembangkan pasaran Jazz & Co menjangkaui peringkat antarabangsa. Pihak kami sedang berusaha keras untuk merealisasikan impian ini.” kata Jasdeep.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Jazz & Co, sila layari:

  • laman sesawang Instagram dan Facebook @jazzncofashion
  • laman web www.jazznco.com untuk koleksi busana ‘plus size’ serta pelbagai lagi koleksi yang menarik

CARRISA Boutique Perkenal Koleksi Raya di “A Night With Carrisa X Bienda”

Dah beli baju raya?

Kalau belum, bolehlah usha koleksi baju raya dari Carrisa Boutique. Cantik-cantik semuanya lebih-lebih lagi

Selain baju, Carrisa Boutique juga menjual tudung, beg, blause, skirt dan macam-macam lagi dengan rekaan yang menarik.

 

IMG-20180422-WA0013

Baru-baru ini, bertempat di The Glass Suite, Bora Ombak Putrajaya, Carrisa Boutique telah mengadakan pertunjukan fesyen ‘A Night With Carrisa X Bienda’ yang mempamerkan koleksi terkini pakaian dan tudung sempena hari raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

IMG-20180422-WA0027

Majlis yang mendapat usahasama dengan SDM, Blonde Foundation, Red Velvet Cookies, Narabelle, Jedan, Erin Popiah, CHB Builders, Scha Fadly dan Bora Ombak Putaraja ini dihadiri oleh ramai VVIP dan selebriti terkenal tanah air antaranya penyanyi Zur Eda, Sheeda Dangdut, Maria Tunku Sabri, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Pertunjukan fesyen yang dihoskan oleh Embun, dimulakan dengan nyanyian daripada Basil, anak kepada pemilik Carrisa Boutique, Zurin Zakaria. Seterusnya, pertunjukan fesyen diteruskan dengan koleksi ‘Carrisa Ready to Wear’ (RTW) dan ‘Carrisa X Bienda‘.

Antara koleksi baju kurung moden yang diperagakan daripada rangkaian Carrisa RTW adalah Kurung Pleat Silang, Kurung Adelle, Kurung Pleat Tepi, Kurung Moden Riben, Kurung Flare, Kurung Peplum Pleat dan juga rangkaian selendang serta bawal.

Kesemua koleksi baju kurung ini mengguna fabrik Satin Crepe, Scuba dan Bubble Crepe yang menampilkan gaya elegen dan mewah pada si pemakai. Bukan itu sahaja, ia juga selesa dipakai. Penggunaan warna-warna lembut dan ceria seperti coklat, nude, royal blue, soft blue, kelabu, gold, maroon, purple, green turquiose, army green mustard dan peach menyerikan penampilan.

IMG-20180422-WA0009

Dalam majlis itu juga, Carrisa Boutique turut memperkenalkan artis serba boleh yang terkenal dengan muzik bernuansa Timur Tengah, Bienda sebagai ‘Wajah Carrisa‘. Bienda dan Carrisa Boutique akan bekerjasama selama setahun dalam menghasilkan koleksi Hari Raya Carrisa X Bienda.

Tahun ini, Bienda kembali mewarnai industri muzik dengan menampilkan single terbaru berjudul “Lagu Jaga Hati”. Lagu tersebut ditulis oleh DJ Fuzz selaku komposer dan Alabbas selaku penulis lirik.

Lagu “Jaga Hati” merupakan percubaan pertama Bienda untuk lagu berirama rentak moden beat yang diselitkan dengan meodi yang berbaur elemen tradisional setelah empat tahun tidak memasarkan mahupun menerbitkan album baru.

Ia adalah kesinambungan kembalinya Bienda ke persada nyanyian selepas muncul dalam program “Gema Gegar Vaganza” tahun lalu.

“Jaga Hati ternyata berbeza dengan genre yang biasa dibawa. Kerjasama dengan  DJ Fuzz  untuk lagu Jaga Hati adalah yang kali pertama bagi mengubah konsep muzik yang biasa dinyanyikan dan kini beralih kepada muzik yang rancak. DJ Fuzz  memang terkenal dengan lagu-lagunya yang catchy.”

Penggambaran muzik video “Jaga Hati” telah dirakamkan di Lombok, Indonesia dengan berlatar belakangkan pemandangan tepi laut yang indah dengan kerjasama Carrisa selaku Penerbit Eksekutif.

Muzik video “Jaga Hati” boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia manakala lagu “Jaga Hati” pula boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan Carrisa Collection?

Kunjungi:

  1. Boutique : Carrisa Collection,
    55-G, Jalan PJU 5/20E,
    The Strand Kota Damansara, Selangor.
    (Berhadapan Giant Kota Damansara)
    Selasa-Khamis (10am-7pm)
    Ahad/Cuti awam (10am-6pm)
     
  2.  Booth : Level 3 & 2, SACC Mall Shah Alam, Selangor
    Isnin-Khamis (10am-9.30pm)
    Jumaat-Ahad (10am-10pm)
     
  3. Online Order : PM / Whatsapp 016.6665330

Butik Tateh Perkenal Koleksi Raya di ‘Tateh Fashion Show 2018’

Cantik dan comel saja baju-baju bayi dan kanak-kanak Butik Tateh yang digayakan sewaktu Peragaan Fesyen Tateh tempohari. Baju untuk ibu mengandung pun elegen dan nampak eksklusif, tak nampak macam baju mengandung. Macam ni bolehlah tampil bergaya meskipun sedang sarat mengandung. Ikutkan hati memang rasa macam nak beli je semuanya!

IMG-20180408-WA0055

Ibu-ibu pastinya kenal sangat dengan Butik Tateh ini. Menawarkan rangkaian kelengkapan ibu berpantang, produk barangan dan pakaian bayi serta kanak-kanak, aksesori dan bermacam-macam lagi, ia kini mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia.

Pada akhir Mac lalu, buat julung kalinya Butik Tateh telah mengadakan pertunjukan peragaan fesyen ‘Tateh Fashion Show”. Bertempat di Bangi, ia diadakan untuk meraikan pelanggan setia Butik Tateh sejak ia mula dibuka pada tahun 2012.

Ia dihadiri oleh Mum Blogger dan pelanggan Butik Tateh yang membelanjakan sebanyak RM1,000 dan ke atas di mana-mana cawangan Butik Tateh.

Dalam peragaan fesyen itu, Butik Tateh telah memperkenalkan:

  • Koleksi Tateh Raya Collection Girls & Boys- pakaian raya untuk kanak-kanak
  • Koleksi Tateh Tropical Raya -pakaian untuk adik-beradik
  • Jenama 40 Weeks-baju raya khas untuk ibu mengandung
  • Jenama Eiman Kurta-pilihan baju raya kurta untuk kanak-kanak
  • Jenama Fathiyah Dream-koleksi baju kurung dan kebaya untuk kanak-kanak
  • Jenama Storksak Babymel-beg Diaper Dewasa
  • Jenama Zip Zoe Kids Bag-beg

IMG-20180408-WA0008

Meskipun baru pertama kali diadakan, “Tateh Fashion Show” ini telah menerima banyak sokongan daripada pelbagai pihak yang sudi menjadi penaja antaranya yang utama adalah Babymel London, Storksak, Zip Zoe, 40 Weeks, Eiman Kurta dan Fathiyah Dream.

Selain itu, pertunjukan fesyen ini juga menerima penajaan daripada Mak Yang, Cik Gebu, Voovoo (como tomo), Ku-ku Duckbill & Otomo, Kolok Baby, Ibu Sue, Pump It, Fizah Shower Baby Headband, Lazuli World, Sunny Beam, Mimosa, Gabag, Tropika, Ning Salmah, Bablicious, Ajwa Bakery, Sofisofian Gift, El Zahra Kids dan juga Olemera.

Bagi yang ingin mendapatkan pakaian koleksi raya Tateh, bolehlah berkunjung ke Butik Tateh yang berdekatan atau layari www.tateh.com.my.