foodpanda Lebarkan Sayap ke Lebih Banyak Bandar

Enam bandar baharu telah dipilih iaitu Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu dalam hanya tempoh enam bulan.

DES_9028

Setakat ini, foodpanda telah mencipta nama di lebih 80 bandar merentasi lapan negara di Asia Pasifik.

DES_9281

Sebahagian daripada jenama Delivery Hero – bisnes terkemuka global dalam industri penghantaran makanan yang beribu pejabat di Berlin dan beroperasi di lebih 30 negara seluruh dunia – foodpanda berpegang teguh dalam misi membawa makanan kepada rakyat Malaysia setiap hari dan dengan pengembangan ini, yang merupakan antara yang terbesar bagi jenama penghantaran makanan turut disertai lebih 6,000 peniaga.

“Kami gembira dapat menawarkan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pengguna Malaysia di luar sana dalam tempoh enam bulan ini. Misi kami adalah untuk membawakan kemudahan dan kepelbagaian kepada pelanggan. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan kami kepada lebih ramai rakyat Malaysia merentasi bandar-bandar baharu dalam bulan-bulan yang akan datang,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia.

Setakat ini, foodpanda telah menambah lebih banyak rakan restoran di seluruh negara. Pelanggan seluruh negara kini boleh menikmati pilihan makanan dari restoran kegemaran mereka termasuk KFC, Pizza Hut, OLD TOWN White Coffee dan Gong Cha.

Beliau menambah:

“Rakan restoran kami memainkan peranan penting dalam kejayaan kami di Malaysia. Dalam tahun sebelum ini, rakan restoran foodpanda telah bertumbuh sebanyak lebih 200% dan matlamat kami untuk sepanjang tahun ini adalah untuk terus berkerjasama dengan mereka untuk berkembang dan mencapai lebih ramai rakyat Malaysia.”

DES_9038

Selain itu, peminat Gong Cha boleh bergembira kerana bubble berperisa coklat akan ditambah kepada menu mereka Julai ini dan akan dilancarkan secara eksklusif di foodpanda sebelum sampai ke cawangan-cawangan mereka.

Semenjak tahun 2019 lagi, foodpanda sering mencari inovasi dalam memberikan kemudahan tambahan yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Semenjak foodpanda menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 2012, perkhidmatan penghantaran makanan ini telah ditambah baik dengan ciri unik seperti:
● Order minima serendah RM5 setiap pesanan
● Caj penghantaran terendah pada harga RM3 di Lembah Klang dan RM2 di seluruh negara
● Pelbagai pilihan makanan termasuk restoran rantaian antarabangsa dan pelbagai makanan tempatan kegemaran rakyat Malaysia
● Lebih 6,000 restoran di seluruh Malaysia
● Pengembangan yang pesat di bandar-bandar seluruh negara
● Penghantaran makanan 24 jam 7 hari seminggu
● Aplikasi mesra pengguna – yang membolehkan pelbagai kaedah pembayaran, pesanan awal dan pesanan semula, kepelbagaian dalam menapis pilihan, swimlane dan dompet baucar buat pengguna
● Lebih 1,000 tawaran dan diskaun setiap bulan termasuk kerap menawarkan caj penghantaran percuma dalam aplikasi

Peminat makanan boleh memuat turun aplikasi foodpanda dari Play Store dan App Store atau layari laman web foodpanda untuk menikmati penghantaran makanan yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s