PEPPER LUNCH BUKA BUAT PERTAMA KALI DI MALAYSIA

Tahniah Pepper Lunch Malaysia yang berkerjasama dengan Boga Group membuka restoran hidangan stik DIY atau “masak sendiri” di pusat beli-belah East Mall Kuala Lumpur.

IMG20220908112221 (2)

Dengan kerjasama ini, Pepper Lunch Malaysia dan Boga Group menjadi francaisi induk Pepper Lunch di Malaysia dan sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2019, usaha sama ini menjanjikan potensi yang amat menarik iaitu pembukaan lebih banyak lagi cawangan Pepper Lunch menjelang 2023.

Untuk makluman,

IMG20220908112412 (2)

Pepper Lunch adalah restoran “stik segera” Jepun yang mempunyai hampir 500 cawangan di seluruh dunia. Ia menampilkan konsep baharu hidangan berasaskan stik seperti:

  • Sizzling Steak
  • Pasta
  • Curry Rice
  • Hidangan istimewanya Pepper Rice

Antara hidangan yang paling popular di Pepper Lunch ialah Sirloin Steak, Beef Pepper Rice, Chicken Pepper Rice, Beef Aglio Olio dan Cheesy Omelette Chicken/Beef.

Pepper Lunch menjanjikan pengalaman kulinari yang dinamik dan segar untuk dinikmati oleh semua orang pada harga mampu milik.

Image 5 (20)

Pengarah Pepper Lunch Malaysia, Goh Ching Mun berkata,

“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Boga Group untuk terus mengembangkan lagi operasi kami di Malaysia. Kami percaya bahawa pengalaman mereka sebagai francaisi induk di Indonesia akan memberikan manfaat kepada kami dan membimbing kami ke arah yang betul bagi membolehkan lebih ramai lagi pelanggan menikmati Pepper Rice yang digemari ramai.”

Setelah membuka restoran pertamanya di Ofuna, Kanagawa pada 1994, Pepper Lunch membolehkan pelanggan-pelanggannya menjadi “Master Chef” atau Ketua Cef mereka sendiri. Restoran itu menyediakan bahan-bahan yang terbaik dan segar untuk dimasak dengan menggunakan teppan (plat besi) panas yang telah dipatenkan, di mana pelanggan boleh merasai pengalaman memasak hidangan mengikut cita rasa mereka sendiri. Bagi mereka yang sukakan kelainan, pelanggan boleh bereksperimen dengan menggunakan sos istimewa yang disediakan bagi mencipta rasa mereka sendiri. Percayalah apabila kami katakan, ianya pasti menyelerakan!

Image pepper (2)

Pengarah Presiden Boga Group, Kusnaidi menyatakan bahawa permintaan terhadap Pepper Lunch semakin meningkat, maka tidak hairanlah kenapa kumpulan itu telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pepper Lunch Malaysia bagi menjadi francaisi induk di Malaysia.

“Kami berharap untuk terus bekerjasama agar kami dapat terus membangun dan berkembang di Malaysia. Matlamat kami ialah untuk membuka 20 cawangan dalam tempoh 5 tahun dan kami percaya bahawa Pepper Lunch Malaysia merupakan rakan kongsi yang ideal bagi merealisasikan rancangan pengembangan kami.”

Di Pepper Lunch, hidangan dimasak dengan menggunakan alat memasak elektromagnet. Plat besi yang digunakan boleh dipanaskan sehingga mencapai suhu 260C dalam hanya 70 saat dan kekal panas pada suhu kira-kira 80C selama lebih daripada 20 minit. Daging yang digril pada julat suhu tersebut akan kekal lembut dan berjus. Plat besi itu akan memastikan makanan kekal panas untuk suatu tempoh yang lebih lama supaya pelanggan dapat menikmati sepenuhnya hidangan yang padat dengan rasa.

Dengan pengumuman francaisi induk di antara Pepper Lunch Malaysia dan Boga Group ini, tiada perubahan akan dilakukan ke atas menu sedia ada. Walau bagaimanapun, beberapa menu baharu akan diperkenalkan dari masa ke masa. SFBI (Asia-Pacific) Pte Ltd ketika ini adalah francaisor untuk Pepper Lunch di Asia.

MARRYBROWN Bekerjsama Dengan Doraemon Rai Hari Kanak-Kanak

Restoran rangkaian makanan halal segera yang terbesar di Malaysia ini telah bekerjasama dengan Doraemon dalam usaha pertama mereka bagi melancarkan pakej sambutan hari jadi, bermula pada Disember 2019. Orang ramai berpeluang meraikan sambutan hari jadi bersama salah satu daripada watak kartun Jepun yang diminati seluruh dunia.

dav

Doraemon merupakan sebuah siri manga keluaran Jepun yang sangat popular dari Fujiko F Fujio yang diperkenalkan pada tahun 1969, berkisahkan pengembaraan Doraemon, robot jenis kucing dari masa depan. Dengan kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon, Marrybrown akan memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun yang penuh bermakna.

IMG 1

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi. Kami pastid engan kerjasama ini, akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak ini,” kata Datin Nancy Liew, Pengarah Urusan Marrybrown.

IMG 2

Bersempena sambutan hari kanak-kanan dan mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih cerah, Marrybrown membawa lebih daripada 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang untuk meraikan hari yang penuh keseronokan bersama Doraemon.

Bagi menambah kegembiraan dan mengurangkan beban, setiap daripada mereka diberikan barangan kelengkapan seperti alat tulis dan beg sebagai persediaan ke sekolah.

Sebagai restoran makanan segera yang menyediakan sajian ayam goreng rangup selama 38 tahun, Marrybrown kini bekerjasama dengan Doraemon bagi membawa lebih kegembiraan kepada rakyat Malaysia dimana mereka kini boleh menyambut hari jadi bersama Doraemon beserta barangan dan dekorasi yang akan membuatkan mereka lebih gembira.

Datin Nancy berkata bahawa kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif yang bermakna bagi Marrybrown kerana kerjasama ini mampu menghubungkan rakyat Malaysia yang berkongsi minat yang sama.

“Marrybrown sentiasa berada dalam visi menyajikan makanan dan minuman yang mampu menyentuh hati dan menghubungkan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, tiada halangan dari pihak kami untuk bekerjasama dengan Doraemon kerana kami tahu watak kartun tersebut sentiasa dekat dihati rakyat Malaysia seperti mana makanan kami di Marrybrown,” kata Datin Nancy.

Pakej Hari Jadi Doraemon boleh didapati secara eksklusif di semua outlet Marrybrown beserta dengan promosi dari Disember 2019 sehingga Mei 2020.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang pakej sambutan hari jadi Doraemon ini, sila layari https://marrybrown.com/birthday-party/

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmmy
Youtube: MarrybrownTV

MARRYBROWN Perkenal Kombo ‘Korean Sensasi’ Ayam Terhangat

Bukan satu, tetapi DUA menu baharu sekali gus!!

IMG 3

Kedua-duanya sedap dan menyengat sesuai dengan kepedasan hidangan Korea.

Jadi jika anda peminat ayam goreng Korea, bolehlah merasai promo popular “Korean Sensasi” yang ditawarkan semula oleh Marrybrown®- rangkaian makanan segera Halal yang pertama dan terbesar di Malaysia.

IMG 4

Marrybrown® memperkenalkan Kombo Ayam Terhangat yang terdiri daripada:

  • Kepak Ayam Terhangat
  • Burger Ayam Terhangat

Kombo Ayam Terhangat ini boleh dibeli mulai 12 Julai hingga 1 September 2019 di semua cawangan restoran Marrybrown® seluruh Malaysia.

Kombo “Korean Sensasi” Ayam Terhangat kembali dengan gabungan kerangupan ayam Marrybrown® yang enak disaluti sos pedas Korea – ciptaan yang sempurna direka untuk menepati citarasa mereka yang suka rasa manis dan pedas dalam setiap sajian.

Hidangan lazat ini juga bakal mencabar daya tahanan anda apabila rasa enak dan pedas bergabung dalam setiap gigitan yang lazat. Bagi melengkapkan pengalaman “Korean Sensasi” anda, setiap hidangan datang dengan set kentang goreng rangup dan minuman ringan.

Bersempena dengan promosi ini, Marrybrown® juga akan mengadakan peraduan yang menyeronokkan di laman media sosial mereka iaitu cabaran “Korean Hot Chicks Sensation Mukbang” yang akan berterusan hingga 26 Ogos 2019.

IMG 1

“Merujuk kepada permintaan ayam goreng Korea yang semakin berkembang, kami amat gembira untuk membawa kembali promo popular ‘Korean Sensasi’ pada tahun ini. Kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberi oleh para pelanggan yang menjadikan ‘Korean Sensasi’ pada tahun lepas satu kejayaan yang besar, malah, kami teruja untuk memastikan pelanggan menerima servis dan produk yang terbaik,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.

Marrybrown® turut berasa bangga untuk meraikan pencapaian tahun ke-38 sebagai jenama rangkaian makanan segera Halal yang pertama dan terbesar buatan Malaysia. Jenama ini telah membangun dengan pesat dalam 38 tahun ini, dengan pelan pengembangan bagi domestik dan antarabangsa untuk tahun 2019/2020.

“Matlamat kami adalah untuk terus memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan hidangan penuh enak untuk para pelanggan menikmati bersama-sama ahli keluarga serta rakan-rakan mereka di Marrybrown®. Oleh itu, dalam perancangan masa hadapan, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu pengalaman para pelanggan dengan memberikan mereka pilihan lebih mudah seperti mewujudkan e-wallet menerusi hubungan kerjasama dengan GrabPay serta melancarkan perkhidmatan penghantaran dalam talian. Kami berharap agar terus mendapat sokongan para pelanggan Marrybrown® melalui penambahan ini,” tambah Dato’ Joshua.

Tahukah anda?

Marrybrown® juga adalah rangkaian makanan segera yang pertama di Malaysia yang membawa makanan warisan tempatan yang popular di dalam menu mereka seperti Nasi MB, Bubur Ayam dan Mi Kari.

Jenama kelahiran lokal ini juga amat berbangga dengan keupayaan menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang inovatif dan lazat menggunakan bahan-bahan yang berkualiti daripada pembekal yang dipercayai.

Untuk meraikan pencapaian tahun yang ke-38, Marrybrown® akan memperkenalkan kupon ulang tahun dengan promosi istimewa pada bulan September 2019 di mana, butiran lebih lanjut akan dikongsikan tidak lama lagi.

Marrybrown® kini berkhidmat buat berjuta pelanggan melalui lebih daripada 500 restoran di 16 buah negara dengan matlamat utama untuk menyediakan kualiti, servis, serta nilai kebersihan dan kepuasan yang tinggi bagi pengalaman menjamu selera yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi di Marrybrown® dan juga cabaran “Korean Hot Chicks Sensation Mukbang”, sila layari:

  • Facebook: Marrybrown Malaysia
  • Instagram: @marrybrownmy
  • Youtube: MarrybrownTV

Saranghae-ny Stix Diperkenalkan di Tayangan Perdana K-Filem

Memang seronok sambil makan produk baru Domino’s Saranghae-ny Stix sambil layan wayang Korea. 

Photo 4 (3)

Peminat K-Drama pasti teruja dengan pelancaran produk terkini daripada Domino’s Pizza, Saranghae-ny Stix yang serba baharu! Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, Domino’s Pizza menganjurkan malam yang tidak dapat dilupakan dengan menjamu semua tetamu jemputannya dengan Saranghae-ny Stix, bersama Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang memang pedas. Sejajar dengan matlamat jenama untuk terus menambat hati peminat Korea, tetamu dihiburkan dengan hari pertama tayangan filem seram ‘0.0MHz’ yang mendebarkan, selepas mereka menjamu selera dengan produk lazat terkini Domino’s.

Photo 5 (2)

Saranghae-ny Stix Domino’s dihidangkan secara eksklusif kepada para tetamu sebelum tayangan filem. Dibakar di dalam ketuhar sehingga perang keemasan, pencuci mulut lazat ini penuh berperisa dengan titisan mentega madu dan sos karamel masin. Sajian ini pasti menambat selera dan membuatkan anda nak lagi! Manisan menyelerakan ini dilancarkan sebagai sajian sampingan kepada Piza Ssamjeang pedas yang baru-baru ini kembali masuk menu untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas.

Majlis khas ini dihadiri oleh lebih seratus tetamu, termasuk pelanggan setia Domino’s yang telah memberikan sokongan padu kepada Domino’s selama ini. Oleh itu, majlis ini merupakan cara Domino’s menunjukkan penghargaan kepada mereka. Wakil media dan juga influencer media sosial turut hadir untuk memeriahkan majlis ini. Langkah memperkenalkan Saranghae-ny Stix di MBO The Starling sebelum tayangan filem Korea seram penuh drama ini mencerminkan komitmen Domino’s untuk terus membawakan pengalaman yang unik lagi menarik kepada semua.

Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura,

“Sejajar dengan janji kami, ‘It’s All About You’, kami memberikan komitmen penuh untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami. Justeru, kami sukacita untuk memperkenalkan Saranghae-ny Stix serba baharu sebagai sajian unik kepada pelanggan, lebih-lebih lagi ia menjadi pelengkap kepada Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang kini kembali untuk memenuhi rindu peminat. Diilhamkan oleh minat rakyat Malaysia yang gemar menjamu selera, Piza Ssamjeang terbukti sangat laris tahun lepas, dan kami teruja untuk membawakannya kembali tahun ini, bersama Saranghae-ny Stix yang lazat. Kami yakin bahawa pengguna kami, terutamanya peminat Korea pasti teruja dengan manisan terbaru ini yang merupakan gandingan sempurna kepada Piza Ssamjeang kegemaran mereka!”

Piza Ssamjeang boleh didapati dalam tiga pilihan, iaitu Piza Daging Ssamjeang, Piza Ayam Ssamjeang dan Piza Tuna Ssamjeang. Rahsia kepada produk lazat Domino’s ialah sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai dasar bagi Ssamjeang Pizza. Sos Ssamjeang unik menampilkan adunan menarik rasa manis dan pedas yang pasti menghangatkan selera anda.

“Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, kami menganjurkan malam K-Drama untuk para pelanggan utama, peminat piza, wakil media dan influencer media sosial. Langkah menganjurkan tayangan filem ‘0.0MHz’ merupakan cara unik kami memperkenalkan Saranghae-ny Stix sambil memberikan sentuhan aksi K-Drama yang menarik. Dalam segala yang kami lakukan, kami berusaha untuk memastikan bahawa pengguna dan tetamu kami menikmati pengalaman yang sukar dilupakan bersama produk lazat dan berkualiti pada nilai hebat.”

Rebutlah peluang untuk menikmati tawaran nilai hebat dalam kempen ‘So Spicy, So Drama’, dengan promosi seperti Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM25.60. Pelanggan juga boleh membeli Ssamjeang Super Combo, yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Piza Saiz Biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada harga hanya RM54.90, dan menjimatkan RM37.60.

Untuk nilai yang lebih hebat, pesan 2 Pizza Deals dan nikmati Piza Ssamjeang dengan keju tambahan. Tawaran ini boleh dinikmati pada harga RM35.90 untuk dua Piza saiz biasa (Regular), RM56.90 untuk dua Piza saiz besar (Large) dan RM77.90 untuk dua Piza ekstra besar (Xtra Large). Di samping itu, Piza Ssamjeang saiz peribadi (Personal) boleh dipesan menerusi tawaran Super Tuesday pada setiap Selasa dari harga serendah RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan menerusi kaunter. Piza Ssamjeang juga sebahagian daripada tawaran hebat setiap hari yang bermula daripada harga serendah RM5.00 untuk setiap piza peribadi, tertakluk kepada terma dan syarat.

Saranghae-ny Stix baharu dibakar segar di dalam ketuhar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara dan boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja, pada harga pengenalan hanya RM7.90.

Rebut tawaran mulai 17 Jun, kunjungi cawangan kami, buat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my, atau menerusi telefon 1300-888-333.

Ambil kesempatan ini untuk berkongsi gambar dan video detik pedas lagi manis bersama Saranghae-ny Stix dan Piza Ssamjeang Domino’s di media sosial dan tag kami seperti berikut @dominosMY, #dominosMy, #DominosSsamjeang, #SoSpicySoDrama and #ItsAllAboutYou!

Untuk maklumat lanjut tentang Saranghae-ny Stix, Piza Ssamjeang dan juga promosi lain yang sedang dianjurkan oleh Domino’s Pizza Malaysia, sila kunjungi http://www.dominos.com.my/.

 

Burger Ayam Portugal Menu Baharu di McDonald’s Malaysia

Dihidangkan bersama sos piri-piri yang unik menambah lagi keenakan dan kelazatan burger baharu ini.

Photo 3 (8)

McDonald’s Malaysia kini membawakan hidangan menarik dari negara lain pula kepada rakyat Malaysia iaitu Burger Ayam Portugal terbaharu!

Photo 2 (5)

Diinspirasikan oleh pemandangan, suasana dan cita rasa Portugal, Burger Ayam Portugal adalah item menu menarik yang kedua diperkenalkan sempena kempen ‘Discover the World 2019’ McDonald’s Malaysia.

Burger lazat ini dimantapkan dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak, dicelup ke dalam sos piri-piri unik, dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh ban mengandungi emping cili terbaharu. Hasilnya, satu hidangan yang mengecurkan air liur, kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah-ratus yang menyerlahkan cita rasa ala Portugal.

“Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan kami, di mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen ‘Discover the World’. Kali ini, kami menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa dan memperkenalkan Burger Ayam Portugal baharu, yang disajikan bersama sos piri-piri istimewa kami,” kata Eugene Lee, Pengarah Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

“Apabila menghasilkan item-item menu yang inovatif, McDonald’s sentiasa mengutamakan keceriaan para pelanggan kami dan memberi kejutan kepada mereka dengan memperkenalkan perisa-perisa hebat terbaharu dan burger ini pastinya akan membuka selera dengan cita rasa yang lain daripada apa yang telah kami sajikan sebelum ini,” tambah Eugene.

Untuk pencuci mulut pula, McDonald’s Malaysia juga membawa kembali Dinosaur McFlurry yang popular, penuh dengan pusaran coklat yang enak dan dihiasi bijirin coklat.

Bagi menambah keseronokan sempena pelancaran Burger Ayam Portugal baharu ini, bermula 4 Julai, McDonald’s Malaysia akan memperkenalkan satu permainan ‘Augmented Reality’ baharu yang dinamakan Catching Nonando, di mana pelanggan perlu ‘menangkap’ sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata. Pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portugal, bergantung kepada bilangan Nonando yang ditangkap.

Dan untuk menjadikannya lebih menarik, satu ‘leaderboard’ akan diperkenalkan di seluruh negara untuk menjejaki para pemain yang berada pada kedudukan teratas, di mana pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points!

Untuk bermain permainan ini, pelanggan hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald’s Malaysia atau halaman Facebook rasmi.

Set hidangan Burger Ayam Portugal disajikan dengan French Fries dan pilihan sama ada Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa, dengan harga bermula dari RM16.99. Ianya boleh didapati di semua restoran McDonald’s untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran pelbagai menu menarik McDonald’s, sila lawati www.mcdonalds.com.my.

foodpanda Lebarkan Sayap ke Lebih Banyak Bandar

Enam bandar baharu telah dipilih iaitu Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu dalam hanya tempoh enam bulan.

DES_9028

Setakat ini, foodpanda telah mencipta nama di lebih 80 bandar merentasi lapan negara di Asia Pasifik.

DES_9281

Sebahagian daripada jenama Delivery Hero – bisnes terkemuka global dalam industri penghantaran makanan yang beribu pejabat di Berlin dan beroperasi di lebih 30 negara seluruh dunia – foodpanda berpegang teguh dalam misi membawa makanan kepada rakyat Malaysia setiap hari dan dengan pengembangan ini, yang merupakan antara yang terbesar bagi jenama penghantaran makanan turut disertai lebih 6,000 peniaga.

“Kami gembira dapat menawarkan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pengguna Malaysia di luar sana dalam tempoh enam bulan ini. Misi kami adalah untuk membawakan kemudahan dan kepelbagaian kepada pelanggan. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan kami kepada lebih ramai rakyat Malaysia merentasi bandar-bandar baharu dalam bulan-bulan yang akan datang,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia.

Setakat ini, foodpanda telah menambah lebih banyak rakan restoran di seluruh negara. Pelanggan seluruh negara kini boleh menikmati pilihan makanan dari restoran kegemaran mereka termasuk KFC, Pizza Hut, OLD TOWN White Coffee dan Gong Cha.

Beliau menambah:

“Rakan restoran kami memainkan peranan penting dalam kejayaan kami di Malaysia. Dalam tahun sebelum ini, rakan restoran foodpanda telah bertumbuh sebanyak lebih 200% dan matlamat kami untuk sepanjang tahun ini adalah untuk terus berkerjasama dengan mereka untuk berkembang dan mencapai lebih ramai rakyat Malaysia.”

DES_9038

Selain itu, peminat Gong Cha boleh bergembira kerana bubble berperisa coklat akan ditambah kepada menu mereka Julai ini dan akan dilancarkan secara eksklusif di foodpanda sebelum sampai ke cawangan-cawangan mereka.

Semenjak tahun 2019 lagi, foodpanda sering mencari inovasi dalam memberikan kemudahan tambahan yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Semenjak foodpanda menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 2012, perkhidmatan penghantaran makanan ini telah ditambah baik dengan ciri unik seperti:
● Order minima serendah RM5 setiap pesanan
● Caj penghantaran terendah pada harga RM3 di Lembah Klang dan RM2 di seluruh negara
● Pelbagai pilihan makanan termasuk restoran rantaian antarabangsa dan pelbagai makanan tempatan kegemaran rakyat Malaysia
● Lebih 6,000 restoran di seluruh Malaysia
● Pengembangan yang pesat di bandar-bandar seluruh negara
● Penghantaran makanan 24 jam 7 hari seminggu
● Aplikasi mesra pengguna – yang membolehkan pelbagai kaedah pembayaran, pesanan awal dan pesanan semula, kepelbagaian dalam menapis pilihan, swimlane dan dompet baucar buat pengguna
● Lebih 1,000 tawaran dan diskaun setiap bulan termasuk kerap menawarkan caj penghantaran percuma dalam aplikasi

Peminat makanan boleh memuat turun aplikasi foodpanda dari Play Store dan App Store atau layari laman web foodpanda untuk menikmati penghantaran makanan yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Rasai Pengalaman Seperti di Afrika Bersama Smoky PERI-PERI

Berasap, PEDAS tapi SEDAP!

Itu yang boleh dikatakan mengenai menu baru ayam panggang Smoky PERI-PERI Nando’s. 

Diilhamkan oleh gabungan ajaib warna-warni Afrika, warisan unik  dengan rasa berasap hasil kaedah memasak terbuka, Smoky PERI-PERI yang ”super-natural’ terhasil. Dengan rasa paprika yang kaya, manis dan berasap, sedikit rasa limau, gabungan herba yang menarik bersama sentuhan cili api PERI-PERI tersendiri Nando’s. Semuanya memberikan rasa berasap unik yang mengimbau suasana barbekue yang hebat.

Mengikut PERI-ometer Nando’s. Smoky PERI-PERI ini lebih pedas daripada Lemon & Herba tetapi kurang pedas daripada rasa sederhanaya. Ia sesuai untuk mereka yang menggemari makanan berperisa tetapi tidak terlalu pedas dan ia menperkenalkan satu dimensi baru ke rangkaian ayam panggang Nando’s.

“Kami mahu memberi peminat kami satu rasa yang ajaib di musim ini dengan ayam panggang PERI-PERI kami. Selama bertahun-tahun kami telah cuba menghasilkan pelbagai resipi yang berlainan untuk mencari rasa istimewa yang akan memberi peminat kami sesuatu yang baharu yang dapat dinikmati dan kami memutuskan untuk mencuba dengan Smoky PERI-PERI. Ia memberi gabungan rasa hebat yang menarik dan unik tetapi sinonim dengan Nando’s pada masa yang sama.” kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s.

Sempena musim perayaan yang bakal diraikan tidak lama lagi, hidangan Smoky PERI_PERI boleh didpati pada harga RM99 untuk 4 orang.

Apa lagi, jom kunjungi Nando’s untuk merasai keenakan rasa Afrika ini.

McDonald’s Delivery Perluas Rangkaian Penghantaran Dengan Food Panda

Capaian dan liputan kawasan McDelivery akan diperluas sehingga 310 titik penghantaran menjelang akhir tahun. 

Bukan itu sahaja, 90 peratus restoran menyediakan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025

2 (1)

McDonald’s Malaysia kini meluaskan lagi rangkaian perkhidmatan penghantaran McDelivery. Aplikasi mudah alih bahru McDonald’s dan kerjasama dengan foodpanda sebagai satu pakatan perkongsian strategik kini membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

3

Usaha meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran ini dilakukan selepas McDonald’s mengamati perubahan trend dan kecenderungan pengguna serta perubahan dalam landskap perniagaan yang telah mengwujudkan peluang untuk menghantar hidangan makanan McDonald’s , manisan atau minuman McCafe dengan memanfaatkan kemudahan e-dagang.

Dengan peluasan rangkaian McDelivery dan kerjasama dengan foodpanda, McDonald’s menjangkakan kenaikan ketara sumbangan hasil daripada McDelivery seiring perkembangan pesat saluran perniagaan ini. Untuk tempoh antara Januari hingga Jun 2018, McDelivery sudah pun mencatat kadar pertumbuhan 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Aplikasi mudah alih baharu McDonald’s, yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store, bukan sekadar aplikasi untuk membuat pesanan makanan. Fungsi lain yang menarik termasuk promosi dan tawaran eksklusif harian untuk pelanggan, tempahan untuk majlis hari jadi, mencari lokasi restoran, permohonan pekerjaan, berita dan maklumat terkini daripada McDonald’s, dan juga maklum balas pelanggan.

Bukan setakat itu sahaja, pelanggan McDonald’s juga ditawarkan promosi tersuai menggunakan aplikasi baharu ini berdasarkan rekod pembelian bagi memastikan mereka menerima tawaran paling relevan untuk mereka. Fungsi baharu ini membuktikan bahawa aplikasi direka bentuk sebagai “pusat setempat” untuk menyenangkan pelanggan zaman sekarang yang sentiasa sibuk ke sana sini.

Selain daripada itu, peminat setia McDonald’s boleh merasa gembira kerana McDelivery kini boleh didapati 24 jam sehari.

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden / Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, usaha meluaskan perkhidmatan McDelivery adalah kerana peningkatan permintaan, yang sebahagian besarnya didorong oleh perubahan gaya hidup pengguna dan juga anjakan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah.

“Pada zaman sekarang, rakyat Malaysia mendapati sukar untuk keluar makan disebabkan kesibukan dan jadual tugas yang ketat. Sama ada mereka tersangkut dalam mesyuarat kerja, kesesakan jalan raya, atau lebih suka berehat di rumah, mereka patut diberi pilihan untuk menikmati makanan kegemaran mereka.

Sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan ini, McDonald’s komited untuk mencuba saluran yang belum diterokai sebelum ini bagi mencapai matlamat yang kami tetapkan, seperti menyediakan lebih 310 titik penghantaran menjelang tahun ini,” katanya sambil menjelaskan bahawa strategi jangka panjang adalah untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 90 peratus restoran McDonald’s dengan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025.”

Pakatan perkongsian strategik dengan foodpanda akan memperluas dan mendekati lebih ramai pelanggan McDonald’s di seluruh negara, dan menghantar ke kawasan baharu menerusi rangkaian penghantaran foodpanda yang luas.

Melati seterusnya menjelaskan bahawa sebagai rakan kerjasama terbesar foodpanda, McDonald’s teruja kerana dapat memanfaatkan rangkaian luas yang telah dibina oleh foodpanda untuk mendekati kepada lebih ramai pelanggan di Malaysia.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, berkata,

“Kami amat gembira untuk meletakkan McDonald’s Malaysia dalam rangkaian pengurusan penghantaran foodpanda. Pakatan perkongsian strategik ini selaras dengan misi kami untuk membawa makanan yang menceriakan kehidupan seharian dan memuaskan selera pelanggan kami yang meminati McDonald’s dalam keselesaan rumah atau pejabat mereka sendiri.”

Memandangkan perkhidmatan penghantaran makanan kini menjadi lebih relevan, McDonald’s berhasrat untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan pengendali pihak ketiga pada masa akan datang.

Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga memperlihatkan logo baharu McDelivery kepada wakil media, dengan janji untuk membawa senyuman kepada pelanggan dari satu tempat ke satu tempat.

Mengenai foodpanda Malaysia

Foodpanda memainkan peranan membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 27,000 rakan restoran di lebih 190 bandar raya di 11 negara Asian dan Eropah Tengah. foodpanda aktif di Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, India, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh Delivery Hero, pemimpin industri penghantaran makanan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.foodpanda.my
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Rozita Ahmad | Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia
+603.7843.3236
Rozita.Ahmad@my.mcd.com | WanShariena.Bahrom@my.mcd.com

Lisa Santa Maria, Pengurus Perhubungan Awam foodpanda
+6017.675.4692
l.santamaria@foodpanda.my

Ayam Brand Untuk Hidangan Iftar, Sahur dan Hari Raya

Mudah dan cepat disediakan menyebabkan rangkaian Ayam Brand jadi pilihan sewaktu berbuka puasa, bersahur dan juadah hari raya.

Ini kerana produk Ayam Brand kaya dengan ikan, serat, lemak bermanfaat dengan kandungan indeks glisemik (GI) yang lebih rendah memberikan perbezaan yang ketara.

Rakyat Malaysia sangat menyukai ikan malah, kadar pengambilan ikan per kapita oleh rakyat Malaysia adalah kedua tertinggi antara negara-negara Asia, dan yang kelima tertinggi di seluruh dunia .

Kelapa juga adalah bahan yang kebiasaannya digunakan dalam masakan Asia Tenggara. Santan pula digunakan secara meluas dalam pelbagai hidangan serta manisan, sementara minyak kelapa digunakan untuk tujuan masakan dan kecantikan.

Pakar anti-penuaan terkemuka, Professor Dr. Takuji Shirasawa, telah mengkaji kebaikan santan, minyak kelapa dan ikan secara terperinci, dan mencadangkan pengambilannya kerana kandungan laurik acid dan asid lemak rantaian sederhana (MCT) yang tinggi, serta Omega-3 mengikut turutan, yang sangat bermanfaat untuk kesihatan otak dan juga kesihatan kardiovaskular. Dr Shirasawa adalah pengarang beberapa buku tentang anti-penuaan, termasuk ‘Food For The Brain’ bersama resepi yang disesuaikan untuk menepati amalan kulinari pembaca Asia. Beliau juga adalah duta produk kelapa Ayam Brand™.

Jenama ini memahami keperluan untuk setiap keluarga untuk menyediakan makanan dengan cepat, sihat dan mudah dengan harga berpatutan sepanjang bulan Ramadan, terutamanya waktu sahur. Hidangan wajib Hari Raya yang sihat dan lazat juga akan menawan hati.

Dengan penambahan sentuhan moden, yang menjimatkan masa pada hidangan tradisi, Ayam Brand™ telah menyediakan 10 resepi untuk Ramadan dan Raya:

  1. Semangkuk Bubur Kacang dengan Jagung ala Kelantan akan memberikan anda rangsangan tambahan tenaga kerana kandungan santan yang kaya dengan asid laurik dan MCT yang membuatkan ia lebih mudah untuk dimetabolismakan oleh tubuh
  2. Sambal Petai dengan Makerel yang dimakan dengan nasi kukus adalah makanan kesukaan ramai yang mengenyangkan dengan tambahan kebaikan DHA dan EPA daripada makarel lautan sejuk yang boleh membantu menambahbaik fungsi kardivaskular .
  3. Cuba pula Fish Cake Siam untuk kandungan proteinnya yang tinggi yang mampu memberikan tenaga berterusan sepanjang hari.
  4. Berbuka puasa dengan kuih Seri Muka yang manis dan lemak kerana santan yang digunakan dalam resepi ini akan dipecahkan oleh tubuh kepada monolaurin yang mempunyai sifat antivirus dan antibakteria
  5. Seterusnya, lengkapi sajian buka puasa anda dengan Pasta Pesto Ayam yang mudah disediakan serta mengenyangkan
  6. Hidangkan bersama Sardin Selasih Thai untuk rasa pedas yang menyengat
  7. Tunjukkan skil masakan pada Hari Raya ini dengan hidangan Kelantan yang beraroma iaitu Ayam Percik
  8. Lengkapkan dengan sajian sampingan tempatan yang klasik, Asam Laksa Sardin. Ikan Sardin yang digunakan untuk masakan asam laksa ini adalah sumber Omega-3 yang bagus yang diperlukan oleh badan untuk meningkatkan pertumbuhan otak serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit jantung.
  9. Hidangkan tetamu anda dengan Kuih Cara tradisional
  10. Akhiri sajian Hari Raya dengan Panacotta Kelapa yang manis dan hiaskan dengan buah-buahan mengikut citarasa anda.

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara.

Untuk resepi yang lebih kreatif dan menyeronokkan, layari:

Rapper Singapura Buka Restoran Burger FatPapas Versi Halal di Publika

Tak perlu ragu-ragu atau was-was lagi kalau nak makan di FatPapas sebab sekarang ada restoran yang halal 

Photo by Andy Kho

Penyanyi Rap terkemuka Singapura, Sheikh Haikel merasmikan pembukaan restoran burger Halal FatPapas  di Publika.

“Niat saya pada mulanya adalah untuk menikmati burger yang enak dengan semua orang dan menjadikannya Halal. Lebih kurang 7 tahun lepas, saya telah bertemu dengan pengusaha dan pencipta FatBoy’s iaitu saudara Kennie dan Bernie Tay lalu menyatakan hasrat saya untuk menjadikannya Halal agar dapat dinikmati oleh penduduk Muslim di 
Singapura, tetapi mereka belum bersedia dengan idea tersebut.

Sehinggalah pada bulan Februari tahun lepas, akhirnya mereka bersetuju dan tertubuhlah cawangan kami yang pertama di 17 Bali Lane. Rakan niaga dan saya bersepakat untuk menamakannya ‘FatPapas’ dengan pengiktirafan Halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Alhamdulillah kerana sambutan hangat yang diterima dan saya tidak menjangkakan barisan panjang setiap kali kami beroperasi sejak penubuhannya. Bukan itu sahaja, gambar pengunjung FatPapas sedang menikmati makanan yang kami sediakan dimuatnaik ke media sosial lalu dikongsi dan dilihat oleh netizen sehingga menjadi tular.

Fokus saya pada mulanya adalah untuk memastikan makanan yang kami sediakan seakan- akan FatBoy’s tetapi dalam versi Halal, dan saya juga pastikan sendiri setiap bahan yang digunakan seperti garam dan sos mestilah diiktiraf Halal sebelum ia dibenarkan memasuki premis kami, dan hasilnya adalah burger Halal dengan rasa yang menakjubkan yang disediakan daripada hati bagi memastikan kepuasan pelanggan Muslim serta bukan Muslim kami.”

Photo by Andy KhoDari permulaan yang sangat sederhana dengan hanya sebuah cawangan, kini FatPapas telah berkembang ke 2 buah cawangan lagi, 1 di Katong dan 1 di Northpoint. Pada bulan Mei nanti, satu lagi cawangan bakal dibuka di Waterway Point.

Bercerita mengenai pengalaman pertama Sheikh Haikel merasai Country Fried Steak yang merupakan penyebab bagaimana ini semua terjadi dan mahu semua orang mencubanya:

“Bayangkanlah daging stik seberat 180 gm berkualiti tinggi, diketuk sehingga nipis sempurna lalu diselaputi habuk roti yang empuk digoreng serata sehingga keemasan dan dicurahkan pula dengan sos béchamel… sangat menakjubkan!

Di FatPapas, kami menyediakan pelbagai jenis burger bagi memenuhi selera pelanggan yang berlainan. Kami juga turut menyediakan menu istimewa lain seperti BBQ Beef Ribs, Honey Mustard Chicken Kebab, Salted Egg Crab Pasta dan paling istimewa FatPapas Hotdog yang diberi nama ‘The Stiffee Foot-Long’.

Selain itu, kami juga turut menyediakan ‘Secret Menu’ dimana jika anda bertuah, anda dapat merasai pesanan rahsia kami yang dipanggil ‘The Sheikh Haikel Burger’ yang diinspirasikan daripada Country Fried Stake yang merupakan permulaan bagi segalanya.

Pelanggan juga boleh menjadi lebih kreatif dengan ‘Build Your Own Burger’ di mana anda sendiri dapat menentukan roti jenis apa yang anda mahukan dengan pilihan yang pelbagai – dari pemilihan daging (lembu, kambing, ayam rangup) ke jenis-jenis sos yang berlainan (truffle mayo, smoked chipotle or salted egg) bagi memenuhi kehendak selera masing- masing.

Seterusnya, apalah burger tanpa minuman milkshake yang menyelerakan, di FatPapas banyak perisa yang ditawarkan untuk setiap pelanggan!

Bercerita lanjut mengenai konsep restoran dan apa sebenarnya FatPapaps, Sheikh Haikel mengulas,

“Kalau di Singapura, kami telah berkolaborasi dengan artis grafiti tempatan yang merupakan pencipta logo utama FatPapas dan untuk cawangan pertama kami di Kuala Lumpur, kami telah menjemput artis grafiti dan pelukis profesional Malaysia bernama Katun yang merupakan pakar dalam penghasilan karakter-karakter berteraskan buku komik dan hasilnya adalah menakjubkan. Selain itu, uniform para staf dan cenderamata yang boleh dibeli jika berkunjung di restoran kami adalah hasil kolaborasi dengan jenama Eastside Barrio.

Apa yang boleh saya ungkapkan di sini adalah FatPapas merupakan tempat di mana  penggiat industri hiburan dapat berkumpul dalam situasi yang tidak perlu berpura-pura dan bersama-sama menikmati juadah enak yang disediakan.”

Antara selebriti yang pernah berkunjung ke FatPapas adalah Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Anis Nabilah dan juga artis-artis dari Singapura.