Restoran Burger PEBBLE Kini di Buka di Bangsar Baru

Restoran yang memfokus pada menu berasaskan burger ini melangkah setapak ke hadapan dengan membuka sebuah lagi outlet terbaru di Bangsar Baru.

IMG_20190708_114715

Dibuka buat pertama kali di Taman Tun Dr Ismail tahun lepas, Pebble mengguna bahan berkualiti tinggi dalam menghasilkan burger yang enak seperti 100 peratus daging lembu Australia, ayam tempatan dan sayur-sayuran segar.

IMG_20190708_114555

Sos yang digunakan dalam hidangan burger pula adalah ‘home-made’ yang dicipta khusus agar dapat memenuhi citarasa pelanggan yang datang menikmati hidangan di restoran ini.

Kombinasi bahan berkualiti bersama sos ditambah dengan kemahiran dan kreativiti Cef menghasilkan rangkaian menu burger yang enak.

 

IMG_20190708_123249

Baru-baru ini, Pebble telah menghasilkan LIMA set burger terbaru untuk rangkaian “Pebble International Signature Burger” yang terdiri daripada:

  1. Mala Burger (China)-RM16.85
    Peha ayam digoreng garing dan digandingkan bersama sos Mala peppercorn yang pedas. Memang pedas menyengat!
  2. Falafel Burger (Timur Tengah)-RM19.60
    Burger ‘vegetarian’ ini dicipta mengguna chickpea patty, ranch sauce dan cili benggala yang digoreng garing
  3. Korean Burger (Korea)-Rm16.85
    Peha ayam digoreng garing yang mana permukaannya diletakkan sos soya bawang putih dari Korea yang istimewa, keju cedar dan sayur kobis ungu
  4. Crispy Chicken Rendang Burger (Malaysia)-RM16.85
    Menggabungkan ayam yang digoreng garing dan dilitupi kuah rendang pedas bersama telur goreng dan timun
  5. Salmon Sushi Burger (Jepun)-RM18.85
    Hirisan ikan salmon mentah digunakan dalam hidangan ini bersama sriracha aioli dan atasnya diletakkan rumpai laut

Kelima-lima hidangan Pebble International Signature Burger ini mempunyai keunikan masing-masing dengan rasa yang enak. Orang ramai digalakkan merasai sendiri hidangan yang disediakan oleh restoran Pebble ini.

Selain rangkaian International Signature Burger ini, orang ramai juga boleh merasai burger Signature mereka iaitu Pebble Signature Burger yang mengguna 100 peratus daging lembu Australia dan sos BBQ pada harga RM18.95.

Pebble juga menawarkan Set Makan Tengah Hari yang terdiri daripada burger keju, kentang goreng dan air soda pada harga RM19.90 bersih. Setiap hari Jumaat pula, Pebble akan menawarkan kempen Friday Night Burger di mana orang ramai berpeluang memenangi burger secara percuma.

Saranghae-ny Stix Diperkenalkan di Tayangan Perdana K-Filem

Memang seronok sambil makan produk baru Domino’s Saranghae-ny Stix sambil layan wayang Korea. 

Photo 4 (3)

Peminat K-Drama pasti teruja dengan pelancaran produk terkini daripada Domino’s Pizza, Saranghae-ny Stix yang serba baharu! Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, Domino’s Pizza menganjurkan malam yang tidak dapat dilupakan dengan menjamu semua tetamu jemputannya dengan Saranghae-ny Stix, bersama Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang memang pedas. Sejajar dengan matlamat jenama untuk terus menambat hati peminat Korea, tetamu dihiburkan dengan hari pertama tayangan filem seram ‘0.0MHz’ yang mendebarkan, selepas mereka menjamu selera dengan produk lazat terkini Domino’s.

Photo 5 (2)

Saranghae-ny Stix Domino’s dihidangkan secara eksklusif kepada para tetamu sebelum tayangan filem. Dibakar di dalam ketuhar sehingga perang keemasan, pencuci mulut lazat ini penuh berperisa dengan titisan mentega madu dan sos karamel masin. Sajian ini pasti menambat selera dan membuatkan anda nak lagi! Manisan menyelerakan ini dilancarkan sebagai sajian sampingan kepada Piza Ssamjeang pedas yang baru-baru ini kembali masuk menu untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas.

Majlis khas ini dihadiri oleh lebih seratus tetamu, termasuk pelanggan setia Domino’s yang telah memberikan sokongan padu kepada Domino’s selama ini. Oleh itu, majlis ini merupakan cara Domino’s menunjukkan penghargaan kepada mereka. Wakil media dan juga influencer media sosial turut hadir untuk memeriahkan majlis ini. Langkah memperkenalkan Saranghae-ny Stix di MBO The Starling sebelum tayangan filem Korea seram penuh drama ini mencerminkan komitmen Domino’s untuk terus membawakan pengalaman yang unik lagi menarik kepada semua.

Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura,

“Sejajar dengan janji kami, ‘It’s All About You’, kami memberikan komitmen penuh untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami. Justeru, kami sukacita untuk memperkenalkan Saranghae-ny Stix serba baharu sebagai sajian unik kepada pelanggan, lebih-lebih lagi ia menjadi pelengkap kepada Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang kini kembali untuk memenuhi rindu peminat. Diilhamkan oleh minat rakyat Malaysia yang gemar menjamu selera, Piza Ssamjeang terbukti sangat laris tahun lepas, dan kami teruja untuk membawakannya kembali tahun ini, bersama Saranghae-ny Stix yang lazat. Kami yakin bahawa pengguna kami, terutamanya peminat Korea pasti teruja dengan manisan terbaru ini yang merupakan gandingan sempurna kepada Piza Ssamjeang kegemaran mereka!”

Piza Ssamjeang boleh didapati dalam tiga pilihan, iaitu Piza Daging Ssamjeang, Piza Ayam Ssamjeang dan Piza Tuna Ssamjeang. Rahsia kepada produk lazat Domino’s ialah sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai dasar bagi Ssamjeang Pizza. Sos Ssamjeang unik menampilkan adunan menarik rasa manis dan pedas yang pasti menghangatkan selera anda.

“Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, kami menganjurkan malam K-Drama untuk para pelanggan utama, peminat piza, wakil media dan influencer media sosial. Langkah menganjurkan tayangan filem ‘0.0MHz’ merupakan cara unik kami memperkenalkan Saranghae-ny Stix sambil memberikan sentuhan aksi K-Drama yang menarik. Dalam segala yang kami lakukan, kami berusaha untuk memastikan bahawa pengguna dan tetamu kami menikmati pengalaman yang sukar dilupakan bersama produk lazat dan berkualiti pada nilai hebat.”

Rebutlah peluang untuk menikmati tawaran nilai hebat dalam kempen ‘So Spicy, So Drama’, dengan promosi seperti Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM25.60. Pelanggan juga boleh membeli Ssamjeang Super Combo, yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Piza Saiz Biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada harga hanya RM54.90, dan menjimatkan RM37.60.

Untuk nilai yang lebih hebat, pesan 2 Pizza Deals dan nikmati Piza Ssamjeang dengan keju tambahan. Tawaran ini boleh dinikmati pada harga RM35.90 untuk dua Piza saiz biasa (Regular), RM56.90 untuk dua Piza saiz besar (Large) dan RM77.90 untuk dua Piza ekstra besar (Xtra Large). Di samping itu, Piza Ssamjeang saiz peribadi (Personal) boleh dipesan menerusi tawaran Super Tuesday pada setiap Selasa dari harga serendah RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan menerusi kaunter. Piza Ssamjeang juga sebahagian daripada tawaran hebat setiap hari yang bermula daripada harga serendah RM5.00 untuk setiap piza peribadi, tertakluk kepada terma dan syarat.

Saranghae-ny Stix baharu dibakar segar di dalam ketuhar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara dan boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja, pada harga pengenalan hanya RM7.90.

Rebut tawaran mulai 17 Jun, kunjungi cawangan kami, buat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my, atau menerusi telefon 1300-888-333.

Ambil kesempatan ini untuk berkongsi gambar dan video detik pedas lagi manis bersama Saranghae-ny Stix dan Piza Ssamjeang Domino’s di media sosial dan tag kami seperti berikut @dominosMY, #dominosMy, #DominosSsamjeang, #SoSpicySoDrama and #ItsAllAboutYou!

Untuk maklumat lanjut tentang Saranghae-ny Stix, Piza Ssamjeang dan juga promosi lain yang sedang dianjurkan oleh Domino’s Pizza Malaysia, sila kunjungi http://www.dominos.com.my/.

 

Burger Ayam Portugal Menu Baharu di McDonald’s Malaysia

Dihidangkan bersama sos piri-piri yang unik menambah lagi keenakan dan kelazatan burger baharu ini.

Photo 3 (8)

McDonald’s Malaysia kini membawakan hidangan menarik dari negara lain pula kepada rakyat Malaysia iaitu Burger Ayam Portugal terbaharu!

Photo 2 (5)

Diinspirasikan oleh pemandangan, suasana dan cita rasa Portugal, Burger Ayam Portugal adalah item menu menarik yang kedua diperkenalkan sempena kempen ‘Discover the World 2019’ McDonald’s Malaysia.

Burger lazat ini dimantapkan dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak, dicelup ke dalam sos piri-piri unik, dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh ban mengandungi emping cili terbaharu. Hasilnya, satu hidangan yang mengecurkan air liur, kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah-ratus yang menyerlahkan cita rasa ala Portugal.

“Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan kami, di mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen ‘Discover the World’. Kali ini, kami menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa dan memperkenalkan Burger Ayam Portugal baharu, yang disajikan bersama sos piri-piri istimewa kami,” kata Eugene Lee, Pengarah Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

“Apabila menghasilkan item-item menu yang inovatif, McDonald’s sentiasa mengutamakan keceriaan para pelanggan kami dan memberi kejutan kepada mereka dengan memperkenalkan perisa-perisa hebat terbaharu dan burger ini pastinya akan membuka selera dengan cita rasa yang lain daripada apa yang telah kami sajikan sebelum ini,” tambah Eugene.

Untuk pencuci mulut pula, McDonald’s Malaysia juga membawa kembali Dinosaur McFlurry yang popular, penuh dengan pusaran coklat yang enak dan dihiasi bijirin coklat.

Bagi menambah keseronokan sempena pelancaran Burger Ayam Portugal baharu ini, bermula 4 Julai, McDonald’s Malaysia akan memperkenalkan satu permainan ‘Augmented Reality’ baharu yang dinamakan Catching Nonando, di mana pelanggan perlu ‘menangkap’ sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata. Pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portugal, bergantung kepada bilangan Nonando yang ditangkap.

Dan untuk menjadikannya lebih menarik, satu ‘leaderboard’ akan diperkenalkan di seluruh negara untuk menjejaki para pemain yang berada pada kedudukan teratas, di mana pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points!

Untuk bermain permainan ini, pelanggan hanya perlu klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald’s Malaysia atau halaman Facebook rasmi.

Set hidangan Burger Ayam Portugal disajikan dengan French Fries dan pilihan sama ada Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa, dengan harga bermula dari RM16.99. Ianya boleh didapati di semua restoran McDonald’s untuk masa yang terhad dan sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran pelbagai menu menarik McDonald’s, sila lawati www.mcdonalds.com.my.

foodpanda Lebarkan Sayap ke Lebih Banyak Bandar

Enam bandar baharu telah dipilih iaitu Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu dalam hanya tempoh enam bulan.

DES_9028

Setakat ini, foodpanda telah mencipta nama di lebih 80 bandar merentasi lapan negara di Asia Pasifik.

DES_9281

Sebahagian daripada jenama Delivery Hero – bisnes terkemuka global dalam industri penghantaran makanan yang beribu pejabat di Berlin dan beroperasi di lebih 30 negara seluruh dunia – foodpanda berpegang teguh dalam misi membawa makanan kepada rakyat Malaysia setiap hari dan dengan pengembangan ini, yang merupakan antara yang terbesar bagi jenama penghantaran makanan turut disertai lebih 6,000 peniaga.

“Kami gembira dapat menawarkan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pengguna Malaysia di luar sana dalam tempoh enam bulan ini. Misi kami adalah untuk membawakan kemudahan dan kepelbagaian kepada pelanggan. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan kami kepada lebih ramai rakyat Malaysia merentasi bandar-bandar baharu dalam bulan-bulan yang akan datang,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia.

Setakat ini, foodpanda telah menambah lebih banyak rakan restoran di seluruh negara. Pelanggan seluruh negara kini boleh menikmati pilihan makanan dari restoran kegemaran mereka termasuk KFC, Pizza Hut, OLD TOWN White Coffee dan Gong Cha.

Beliau menambah:

“Rakan restoran kami memainkan peranan penting dalam kejayaan kami di Malaysia. Dalam tahun sebelum ini, rakan restoran foodpanda telah bertumbuh sebanyak lebih 200% dan matlamat kami untuk sepanjang tahun ini adalah untuk terus berkerjasama dengan mereka untuk berkembang dan mencapai lebih ramai rakyat Malaysia.”

DES_9038

Selain itu, peminat Gong Cha boleh bergembira kerana bubble berperisa coklat akan ditambah kepada menu mereka Julai ini dan akan dilancarkan secara eksklusif di foodpanda sebelum sampai ke cawangan-cawangan mereka.

Semenjak tahun 2019 lagi, foodpanda sering mencari inovasi dalam memberikan kemudahan tambahan yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Semenjak foodpanda menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 2012, perkhidmatan penghantaran makanan ini telah ditambah baik dengan ciri unik seperti:
● Order minima serendah RM5 setiap pesanan
● Caj penghantaran terendah pada harga RM3 di Lembah Klang dan RM2 di seluruh negara
● Pelbagai pilihan makanan termasuk restoran rantaian antarabangsa dan pelbagai makanan tempatan kegemaran rakyat Malaysia
● Lebih 6,000 restoran di seluruh Malaysia
● Pengembangan yang pesat di bandar-bandar seluruh negara
● Penghantaran makanan 24 jam 7 hari seminggu
● Aplikasi mesra pengguna – yang membolehkan pelbagai kaedah pembayaran, pesanan awal dan pesanan semula, kepelbagaian dalam menapis pilihan, swimlane dan dompet baucar buat pengguna
● Lebih 1,000 tawaran dan diskaun setiap bulan termasuk kerap menawarkan caj penghantaran percuma dalam aplikasi

Peminat makanan boleh memuat turun aplikasi foodpanda dari Play Store dan App Store atau layari laman web foodpanda untuk menikmati penghantaran makanan yang terbaik pada harga yang berpatutan.

McDonald’s Delivery Perluas Rangkaian Penghantaran Dengan Food Panda

Capaian dan liputan kawasan McDelivery akan diperluas sehingga 310 titik penghantaran menjelang akhir tahun. 

Bukan itu sahaja, 90 peratus restoran menyediakan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025

2 (1)

McDonald’s Malaysia kini meluaskan lagi rangkaian perkhidmatan penghantaran McDelivery. Aplikasi mudah alih bahru McDonald’s dan kerjasama dengan foodpanda sebagai satu pakatan perkongsian strategik kini membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

3

Usaha meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran ini dilakukan selepas McDonald’s mengamati perubahan trend dan kecenderungan pengguna serta perubahan dalam landskap perniagaan yang telah mengwujudkan peluang untuk menghantar hidangan makanan McDonald’s , manisan atau minuman McCafe dengan memanfaatkan kemudahan e-dagang.

Dengan peluasan rangkaian McDelivery dan kerjasama dengan foodpanda, McDonald’s menjangkakan kenaikan ketara sumbangan hasil daripada McDelivery seiring perkembangan pesat saluran perniagaan ini. Untuk tempoh antara Januari hingga Jun 2018, McDelivery sudah pun mencatat kadar pertumbuhan 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Aplikasi mudah alih baharu McDonald’s, yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store, bukan sekadar aplikasi untuk membuat pesanan makanan. Fungsi lain yang menarik termasuk promosi dan tawaran eksklusif harian untuk pelanggan, tempahan untuk majlis hari jadi, mencari lokasi restoran, permohonan pekerjaan, berita dan maklumat terkini daripada McDonald’s, dan juga maklum balas pelanggan.

Bukan setakat itu sahaja, pelanggan McDonald’s juga ditawarkan promosi tersuai menggunakan aplikasi baharu ini berdasarkan rekod pembelian bagi memastikan mereka menerima tawaran paling relevan untuk mereka. Fungsi baharu ini membuktikan bahawa aplikasi direka bentuk sebagai “pusat setempat” untuk menyenangkan pelanggan zaman sekarang yang sentiasa sibuk ke sana sini.

Selain daripada itu, peminat setia McDonald’s boleh merasa gembira kerana McDelivery kini boleh didapati 24 jam sehari.

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden / Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, usaha meluaskan perkhidmatan McDelivery adalah kerana peningkatan permintaan, yang sebahagian besarnya didorong oleh perubahan gaya hidup pengguna dan juga anjakan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah.

“Pada zaman sekarang, rakyat Malaysia mendapati sukar untuk keluar makan disebabkan kesibukan dan jadual tugas yang ketat. Sama ada mereka tersangkut dalam mesyuarat kerja, kesesakan jalan raya, atau lebih suka berehat di rumah, mereka patut diberi pilihan untuk menikmati makanan kegemaran mereka.

Sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan ini, McDonald’s komited untuk mencuba saluran yang belum diterokai sebelum ini bagi mencapai matlamat yang kami tetapkan, seperti menyediakan lebih 310 titik penghantaran menjelang tahun ini,” katanya sambil menjelaskan bahawa strategi jangka panjang adalah untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 90 peratus restoran McDonald’s dengan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025.”

Pakatan perkongsian strategik dengan foodpanda akan memperluas dan mendekati lebih ramai pelanggan McDonald’s di seluruh negara, dan menghantar ke kawasan baharu menerusi rangkaian penghantaran foodpanda yang luas.

Melati seterusnya menjelaskan bahawa sebagai rakan kerjasama terbesar foodpanda, McDonald’s teruja kerana dapat memanfaatkan rangkaian luas yang telah dibina oleh foodpanda untuk mendekati kepada lebih ramai pelanggan di Malaysia.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, berkata,

“Kami amat gembira untuk meletakkan McDonald’s Malaysia dalam rangkaian pengurusan penghantaran foodpanda. Pakatan perkongsian strategik ini selaras dengan misi kami untuk membawa makanan yang menceriakan kehidupan seharian dan memuaskan selera pelanggan kami yang meminati McDonald’s dalam keselesaan rumah atau pejabat mereka sendiri.”

Memandangkan perkhidmatan penghantaran makanan kini menjadi lebih relevan, McDonald’s berhasrat untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan pengendali pihak ketiga pada masa akan datang.

Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga memperlihatkan logo baharu McDelivery kepada wakil media, dengan janji untuk membawa senyuman kepada pelanggan dari satu tempat ke satu tempat.

Mengenai foodpanda Malaysia

Foodpanda memainkan peranan membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 27,000 rakan restoran di lebih 190 bandar raya di 11 negara Asian dan Eropah Tengah. foodpanda aktif di Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, India, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh Delivery Hero, pemimpin industri penghantaran makanan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.foodpanda.my
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Rozita Ahmad | Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia
+603.7843.3236
Rozita.Ahmad@my.mcd.com | WanShariena.Bahrom@my.mcd.com

Lisa Santa Maria, Pengurus Perhubungan Awam foodpanda
+6017.675.4692
l.santamaria@foodpanda.my

Kunjungi The Chicken Rice Shop Untuk Rasai Ais Kacang Telur Masin

Biar betul! Agak-agaknya apa aje rasa Ais Kacang Telur Masin yang dicipta oleh The Chicken Rice Shop (TCRS) ni.

IMG-20171219-WA0007

Mengguna produk Etika Group of Companies (Etika) iaitu susu Dairy Champ, TCRS mengguna produk itu untuk digandingkan bersama ciptaan terbarunya iaitu Ais Kacang (ABC) Telur Masin.

Ciptaan inovasi terbaharu ini adalah sebagai tanda ingatan dalam memperbaharui perkongsian antara TCRS dan Etika yang telah diadakan di cawangan TCRS di pusat beli-belah Mid Valley. Kerjasama ini bukannya satu perkara baru malah sebenarnya kedua-dua syarikat ini telahpun bekerjasama lebih 15 tahun memandangkan Etika adalah pembekal kepada TCRS.

Sebab itu tidak hairanlah jenama produk di bawah Etika telah banyak digunakan oleh TCRS dalam meghasilkan hidangan yang enak dan sedap.

Dalam majlis tandatangan itu, ikon perniagaan dan Ratu sosial media, Dato’ Seri Vida yan juga Duta kepada Dairy Champ turut hadir memeriahkan majlis. Kehadiran beliau menunjukkan sokongan padunya bersama Pengarah Urusan yang juga Pengasas TCRS, Gaik Wong dan Presiden & Ketua Pengawai Eksekutif Etika, Erwin Selvarajah yang sama-sama melancarkan menu hidangan terbaru itu.

Dalam majlis itu juga telah diadakan sesi pembidaan di mana tetamu yang hadir membuat bidaan untuk Ais Kacang berkenaan. Hasil bidaan tersebut bakal disalurkan kepada MERCY yang aktif dalam kegiatan memberi bantuan kepada mangsa banjir.

“Kami teruja kerana menjadi pilihan produk jenama oleh TCRS dan bersama-sama memnghasilkan menu inovasi yang enak mengguna Dairy Champ Evaporated Creamer serta Dairy Champ Sweetened Creamer. Kami mempunyai kerjasama yang lama dengan TCRS dan hasil daripada kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen kami dalam memceburi bidang baru bersama. Selain itu kami ingin bersama-sama TCRS dalam memberi sumbangan untuk mereka yang memerlukan. Tragedi banjir baru-baru ini adalah satu bencana besar yang menyebabkan banyak nyawa terkorban dan kehilangan tempat tinggal. Sebagai tanda tanggungjawab kepada orang ramai kami mencipta ABC Telur Masin yang termahal dan dengan itu hasil daripada bidaan boleh disalurkan kepada kehidupan mangsa banjir.”

-Erwin Selvarajah

Diharapkan kerjasama kedua-dua pihak ini, orang ramai dapat menikmati pengalaman makan yang sedap sambil menikmati ABC Telur Masin.

“Kami di TCRS sentiasa mencuba mencari menu terbaharu untuk pelanggan kami. dengan adanya menu inovasi terbaharu ini, pelanggan TCRS akan dapat menikmati keenakannya dan berasa gembira memakannya.”

-Gaik Wong

Harga untuk menu terbaharu ini adalah RM9.90 semangkuk.

Untuk maklumat lajut, layari http://www.etikaholdings.com/our-brands#DairyChamp atau http://www.thechickenriceshop.com

 

GALITO Pilih Malaysia Sebagai Destinasi Pembukaan Pertama di Asia Tenggara

Restoran ayam panggang dari Afrika Selatan menjadikan pusat beli-belah eCurve sebagai lokasi pertama pembukaannya.

Galito's Brand Day

Mempunyai 150 restoran di 15 buah negara, Galito terkenal dengan sajian bertemakan Afrika terutamanya hidangan ayam panggang yang menjadi pilihan pelanggan mereka.

Keistimewaan ayam panggang yang dihasilkan oleh Galito adalah ia diperap selama 24 jam menggunakan rempah ratus terpilih.

Untuk pengetahuan, restoran ini dibuka oleh Louis Germishuys yang ingin berkongsi sajian hebat dari Afrika Selatan dengan orang ramai.

“Kami percaya dengan memelihara tradisi Galito yang menawarkan sajian Afrika kepada pelanggan. Kami inginkan pelanggan kami merasai hidangan yang enak dan memberi perkhidmatan yang bagus kepada mereka. Kami percaya juga ayam panggang Galito yang boleh didapati pada harga aberpatutan akan menjadi kesukaan rakyat Malaysia.’

-Louis Germishuys

IMG-20171212-WA0002

Restoran francais yang dipegang oleh Ri-Ya Global Food menyajikan aneka hidangan enak antaranya Galibowl, Liver and Roll, Chilli Beans, Fresh Sweet Potato, Salad, Mushroom Soup, Coleslaw, Chilli Beans dan banyak lagi.

Hidangan utama Galito:

  • Ayam panggang (1/4)-RM11.50 (One side RM13.90 & two sides RM15.90)
  • Ayam panggang (1.2)-RM17.90 (One side RM20.90 & two sides RM23.90)

“Kami nampak banyak peluang untuk Galito di Malaysia apatah lagi rakyat sini memang gemarkan ayam dan suka merasai menu terbaru. Jadi pelanggan akan pasti menyukai Glito yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan memandangkan makanan di estoran ini semuanya pberpatutan dan enak. Pasti pelanggan akan merasai keenakan hidangan Afrika Selatan.”

-Dato’ Shaheen Shah, Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Ya Grop.

Ingin tahu bagaimanakah rasa sajian Afrika Selatan? Kunjungi restoran Galito di eCurve yang terletak di aras G02-G03 berdekatan pintu masuk utama.