Warga Selangor khususnya sekarang makin senang nak beli keperluan umrah, haji dan telekung Siti Khadijah dengan pembukaan DUA lagi cawangan terbaru iaitu di Central I-City dan Subang Parade.
Majlis perasmian pembukaan kedua-dua butik ini diadakan serentak pada 27 Julai lalu. Butik Siti Khadijah (SK) di Subang Parade diserikan dengan kehadiran bekas personaliti terkenal, Puan Sri Datin Normala Samsudin dan Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Ammar Mohd Hishamudin manakala pembukaan Butik SK di Central I-City dihadiri oleh Yang Berbahagia, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahwan dan Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd , Encik Mohammad Munzir Aminuddin.
Pembukaan Butik SK di Central I-City dan Subang Parade menjadikan ianya cawangan ke-32 dan ke-33 di seluruh Malaysia. Waktu operasi bagi Butik SK yang baharu ini bermula pada 10 pagi hingga 10 malam. Keluasan Butik SK di Central I-City adalah 746 kaki persegi dan Butik SKĀ di Subang Parade adalah 711 kaki persegi.
“Syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya, Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka dua lagi cawangan di dalam Malaysia. Di kesmepatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil saya, iaitu anak-anak dan suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan nadi kepada kejayaan SK sekarang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada famili besar saya, iaitu Team SK yang sentiasa berkerja keras untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk SK bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. Insha Allah pembukaan dua butik baru SK di Subang Parade dan Central I-City akan memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk merasai kualiti premium produk SK dan dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa.”-Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah.
Sejajar dengan sokongan dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil keputusan membuka dua cawangan baru ini. Nilai pelaburan pembukaan mencecah RM400,000.
Sempena pembukaan Butik SK terbaru itu juga, SK telah memperkenalkan koleksi telekung terbaru iaitu:
- TPO Nayla (RM239)
- Basic Kain Safaa (RM149)
Bukan itu sahaja, produk gaya hidup Muslim juga dijual pada harga promosi sepanjang dua hari iaitu pada 26 Julai sehingga 28 Julai.
Selain itu, SK telah memperkenalkan produk penjagaan diri melalui jenama Seedkey iaitu:
- Hair Mist Jasmine
- Hair Mist Rose
Seedkey merupakan produk penjagaan diri yang telah ditubuhkan pada tahun 2017 bermula dengan penjualan sabun dari wangian gaharu dan syampu dari wangian limau purut. Seedkey mensasarkan misi untuk menjadi peneraju produk berasaskan bahan semula jadi di malaysia.
Diharapkan dengan kelainan yang ingin diketengahkan oleh SK bagi kedua-dua butik terbaru itu, iaitu konsep rekaan dalam butik yang mengguna gaya hidup moden namun kekal minimalis sejajar dengan prinsip SK sendiri iaitu ringkas dan minimalis. Bagi pilihan warna butik pula, masih mengekalkan warna maroon yang menjadi tema warna SK.
Susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipamerkan lebih menghadap pada pelanggan bagi menarik minat pelanggan untuk mudah berinteraksi dengan produk dan pekerja.
Leave a Reply