Butik Siti Khadijah Buka Dua Cawangan Baru Serentak

Warga Selangor khususnya sekarang makin senang nak beli keperluan umrah, haji dan telekung Siti Khadijah dengan pembukaan DUA lagi cawangan terbaru iaitu di Central I-City dan Subang Parade.

IMG_20190727_104858

Majlis perasmian pembukaan kedua-dua butik ini diadakan serentak pada 27 Julai lalu. Butik Siti Khadijah (SK) di Subang Parade diserikan dengan kehadiran bekas personaliti terkenal, Puan Sri Datin Normala Samsudin dan Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Ammar Mohd Hishamudin manakala pembukaan Butik SK di Central I-City dihadiri oleh Yang Berbahagia, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahwan dan Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd , Encik Mohammad Munzir Aminuddin.

IMG_20190727_104826

Pembukaan Butik SK di Central I-City dan Subang Parade menjadikan ianya cawangan ke-32 dan ke-33 di seluruh Malaysia. Waktu operasi bagi Butik SK yang baharu ini bermula pada 10 pagi hingga 10 malam. Keluasan Butik SK di Central I-City adalah 746 kaki persegi dan Butik SK di Subang Parade adalah 711 kaki persegi.

“Syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya, Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka dua lagi cawangan di dalam Malaysia. Di kesmepatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil saya, iaitu anak-anak dan suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan nadi kepada kejayaan SK sekarang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada famili besar saya, iaitu Team SK yang sentiasa berkerja keras untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk SK bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. Insha Allah pembukaan dua butik baru SK di Subang Parade dan Central I-City akan memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk merasai kualiti premium produk SK dan dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa.”-Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah.

Sejajar dengan sokongan dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil keputusan membuka dua cawangan baru ini. Nilai pelaburan pembukaan mencecah RM400,000.

Sempena pembukaan Butik SK terbaru itu juga, SK telah memperkenalkan koleksi telekung terbaru iaitu:

  • TPO Nayla (RM239)
  • Basic Kain Safaa (RM149)

Bukan itu sahaja, produk gaya hidup Muslim juga dijual pada harga promosi sepanjang dua hari iaitu pada 26 Julai sehingga 28 Julai.

IMG_20190727_105202

Selain itu, SK telah memperkenalkan produk penjagaan diri melalui jenama Seedkey iaitu:

  • Hair Mist Jasmine
  • Hair Mist Rose

Seedkey merupakan produk penjagaan diri yang telah ditubuhkan pada tahun 2017 bermula dengan penjualan sabun dari wangian gaharu dan syampu dari wangian limau purut. Seedkey mensasarkan misi untuk menjadi peneraju produk berasaskan bahan semula jadi di malaysia.

Diharapkan dengan kelainan yang ingin diketengahkan oleh SK bagi kedua-dua butik terbaru itu, iaitu konsep rekaan dalam butik yang mengguna gaya hidup moden namun kekal minimalis sejajar dengan prinsip SK sendiri iaitu ringkas dan minimalis. Bagi pilihan warna butik pula, masih mengekalkan warna maroon yang menjadi tema warna SK.

Susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipamerkan lebih menghadap pada pelanggan bagi menarik minat pelanggan untuk mudah berinteraksi dengan produk dan pekerja.

SITI KHADIJAH Lancar Rangkaian Telekung Baharu di SHOPEE

Mudah nak beli telekung Siti Khadijah sekarang boleh secara online saja..

NEW-ARRIVAL-SLIDER2

Siti Khadijah, jenama telekung berlandaskan hukum syariah yang terkenal dan bermutu tinggi telah melancarkan rangkaian telekung terbaharunya di Shopee, platform e-dagang No. 1 di Malaysia.

unnamed

Peminat pasti teruja dan tertarik dengan begitu banyak pilihan rekaan yang bukan sahaja selesa untuk dipakai tetapi juga cantik dan menarik dipandang.

Jenama pakaian solat untuk wanita yang terunggul di Malaysia ini diasaskan pada 2009 dengan matlamat untuk menawarkan telekung yang direka untuk menjamin keselesaan dan fleksibiliti, terutama sekali pada bahagian muka dan dagu dan pada masa yang sama menyediakan pelbagai pilihan corak inovatif, motif dan warna. Dalam jangka masa yang panjang, Siti Khadijah merancang untuk menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim yang terbesarl di Malaysia dan juga di pasaran antarabangsa.

Buat masa ini peminat boleh mendapatkan set telekung Siti Khadijah dengan pelbagai rekaan menerusi platform beli-belah dalam talian. Kesemua telekung Siti Khadijah dibuat daripada material Poplin Signature bermutu tinggi: Signature Inara L.E warna putih, Sakura in Maroon dengan corak bunga yang cantik, dan TPO Songket dalam warna raksa, hitam dan merah jambu. Harga telekung bermula dari RM195 ke atas.

Selain tambahan terbaharu telekung, orang ramai juga boleh memilih pelbagai pakaian wanita jenama Siti Khadijah termasuk tudung, stokin tangan, jubah dalaman, baju Melayu, beg sandang, beg jinjit kembara dan aksesori.

Di samping itu, mereka akan mendapat diskaun apabila membuat pembelian dari kedai rasmi di Shopee:

  • potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100
  • RM20 dengan perbelanjaan RM170 ke atas
  • diskaun 10% dihadkan pada RM20.

Tawaran dan diskaun ini sah sehingga 31 Mei 2019.

“Telekung merupakan pakaian khusus yang digunakan oleh wanita Islam untuk bersolat. Walau bagaimanapun, cabaran yang dihadapi oleh ramai adalah pemindaan yang perlu dibuat untuk memastikan potongannya sesuai untuk pemakaian yang selesa. Oleh itu, kami memperkenalkan pakaian solat dengan rekaan yang dipatenkan dengan tumpuan utama kepada bahagian muka, menggabungkan kain bermutu tinggi dan bahan yang boleh diregangkan – dijahit dengan rapi menggunakan renda sulaman yang cantik. Kami di Siti Khadijah berusaha untuk mengekalkan sejarah dan nilai-nilai warisan telekung sambil memperkenalkan beberapa rekaan menarik untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Kami harap wanita Islam seronok memakai telekung kami khususnya tambahan terbaru dalam koleksi kami, sebagaimana seronoknya kami menghasilkan setiap satu daripadanya untuk mereka. Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua,” kata Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian telekung Siti Khadijah yang terkini, sila kunjungi :

Siti Khadijah dan dahsedekad.com

“Lambang Cinta Abadi”

Siti Khadijah, peneraju telekung berinovasi di Malaysia, kini mengorak selangkah lagi apabila tahun 2019 merupakan ulangtahun ke-10 penubuhannya. Bersempena dengan itu, pelbagai program dan aktiviti bakal diperkenalkan oleh #TeamSK bagi menghargai para penggemar telekung Siti Khadijah, yang bergelar #FamilySK. Bagi tahun 2019, tema yang dipilih oleh #TeamSK ialah “Kesetiaan”, sejajar dengan  sokongan daripada #FamilySK sejak tahun 2019.

dahsedekad.com merupakan laman sesawang mini pertama yang julung kali dilancarkan oleh #TeamSK, istimewa bersempena  ulangtahun Siti Khadijah. Ianya telah dilancarkan pada 4 Januari 2019. dahsedekad.com merangkumi segala aktiviti dan informasi berkaitan Siti Khadijah yag telah pun meluaskan empayar perniagaan sekama 10 tahun. Segala cerita dalam membangunkan produk Siti Khadijah dan penat lelah yang dilalui akan dipaparkan di dahsedekad.com kepada masyarakat.

sitikhadijah1.1

Laman sesawang mini ini juga akan menerapkan cerita di sebalik penghasilan telekung Siti Khadijah secara teknikal yang juga tidak pernah dikongsikan kepada #FamilySK sebelum ini. Ia juga akan membawa kepada perkongsian tentang insan yang bekerja keras di sebalik penubuhan perniagaan Siti Khadijah. Bermula Januari 2019, selama empat (4) bulan, #TeamSK akan mengemaskini segala aktiviti/event Siti Khadijah di laman sesawang mini ini. Bertepatan dengan ulangtahun ke-10 Siti Khadijah, laman sesawang mini ini juga ingin mengupas tentang penglibatan Siti Khadijah yang telah menyumbang kepada ekonomi negara dan masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dijalankan sepanjang sepuluh (10) tahun Siti Khadijah.

Selain itu, Siti Khadijah juga melancarkan logo baru sempena ulangtahun ke-10 Siti Khadijah. Logo baru itu simbolik dengan perjalanan Siti Khadijah dari awal penubuhan Siti Khadijah sehingga kini.

Ikuti coretan perjalan Siti Khadijah yang bermula dari tahun 2009 hingga kini, pelbagai program korporat sosial yang dijalankan dan menerusi laman sesawang mini ini dapatlah peminat Siti Khadijah mengenali pengasas Siti Khadijah, Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman dengan lebih dekat hanya di laman sesawang mini dahsedekad.com.

1000 telekung Siti Khadijah diberikan secara PERCUMA sepanjang tahun 2019

Sempena sambutan ulngtahun ke-10 #TeamSK juga akan menghadiahkan 1000 helai telekung secara percuma sepanjang tahun 2019. Ini adalah sebagai tanda pengharaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong Siti Khadijah sepanjang sepuluh (10) tahun ini. Terima kasih kepada #FamilySK.

Menariknya, dalam meraikan ulangtahun ke-10 Siti Khadijah ini, #TeamSK juga mencari kelainan dengan menerbitkan sebuah drama bersiri Siti Khadijah yang mengandungi lima belas (15) episod. Setelah berjaya menarik perhatian orang ramai dengan Iklan Raya 2018 yang sangat menyentuh hati, drama bersiri Siti Khadijah iniakan dipertontonkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia melalui siaran Youtube Siti Khadijah TV. Jalan cerita drama ini di inspirasikan daripada kisah benar yang dilensakan daripada 3 sudut yang berbeza yang berlaku di Siti Khadijah bermula dari tahun 2009 sehingga kini.

Sehubungan itu, #TeamSK ingin menjemput #FamilySK yang bertuah untuk menjadi VVIP di Malam Sedekad Siti Khadijah (MSSK) sempena ulangtahun ke-10 Siti Khadijah di Hotel Marriot, Putrajaya pada 5 April 2019. Bagi anda yang ingin menjadi VVIP pada MSSK, anda hanya perlu menonton drama bersiri Siti Khadijah dan memenangi tiket VVIP tersebut. Selain itu, kepada anda yang memenangi tiket tersebut juga akan mendapat telekung Siti Khadijah secara percuma.

Berikut adalah langkah mudah untuk memenangi tiket VVIP MSSK:

  1. Tonton drama bersiri Siti Khadijah di dahsedekad.com
  2. Dapatkan KATA KUNCI di setiap episod drama tersebut
  3. Hantarkan KATA KUNCI tersebut di dahsedekad.com, contoh jawapan: EPISOD 1 SLSedekadDah

*tertakluk pada terma & syarat.

unnamed

Pertunjukan Fesyen & Malam Penghargaan di Majlis Malam Sedekad Siti Khadijah

Pada Malam Sedekad Siti Khadijah, akan berlangsungnya sebuah pertunjukan fesyen istimewa. Pelbagai koleksi produk Siti Khadijah yang terbaru akan diperagakan. Selain itu, #Team SK juga akan memperkenalkan Rekaan Bentuk Muka Terbaru bagi telekung Siti Khadijah pada malam tersebut. Malam yang julung kalinya diadakan juga adalah salah satu tanda penghargaan kepada semua pihak seperti rakan media & blogger, pembekal, vendor, kakitangan Siti Khadijah dan yang paling penting, meraikan para pelanggan tetap Siti Khadijah yang begitu setia dengan setiap produk keluaran Siti Khadijah sejak tahun 2009. Majlis ini juga dijadikan sebagai platform untuk merapatkan lagi hubungan ukhuwah antara satu sama lain.

Jualan Mega Sedekad Siti Khadijah

Bersempena dengan ulangtahun ini juga, Jualan Mega Sedekad akan diadakan pada 6 April 2019 bertempat di Dewan Ballroom 2, Hotel Marriot Putrajaya. Jualan ini hanya berlangsung selama satu (1) hari sahaja bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Jualan ini juga bakal menjual pelbagai produk baru dari Siti Khadijah serta pelbagai diskaun menanti anda.