“Warung” dari Alicafe dan Alitea Berkonsepkan ‘Macam Dolu-Dolu’

Kali ini, LIMA varian diperkenalkan di bawah jenama “WARUNG”. Memang semuanya sedap, tidak terlalu manis menyengat..

DSC_0086

Dilancarkan di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur, Power Root Berhad telah mengadakan Majlis Perlancaran jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa.

IMG_20190820_144733

Dewasa ini, Alicafé dan Alitéa telah menjadi pilihan utama tempatan menerusi siri Tongkat Ali Dan Ginseng, berikutan rumusannya yang mengandungi herba semulajadi Tongkat Ali dan Ginseng.

Siri Tongkat Ali dan Ginseng (TAG) ini adalah didatangkan dalam beberapa varian iaitu:

Kopi Alicafé TAG – Original, Original 20g, Lebih Pekat, Karamel dan Kopi Putih;
Teh Alitéa TAG – Tarik 30g dan Tarik 20g

Pengerusi Bersama Power Root Berhad, Dato’ Afifuddin bin Abdul Kadir, dalam kata aluannya telah meluahkan rasa bangganya di atas kejayaan Alicafé Tongkat Ali dan Ginseng (TAG) yang merupakan Kopi Pracampur Tongkat Ali & Ginseng No.1 di Malaysia.

Kempen “Kami Nak! Kami Nak! Kami Nak…Alicafé!” yang baru dilancarkan di bulan Mac lalu telah dapat mengungguli pasaran tempatan dengan kenaikan peratus jualan melebihi 30% (peratus) pada suku tahun pertama berbanding tahun lalu.

Beliau juga mengumumkan bahawa Power Root dengan gembiranya akan melanjutkan kerjasama dengan Artis No.1 Malaysia Alif Satar selama 2 tahun lagi.

Dan kini, Power Root mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan pula jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa” – Rasa Halus. Kaya Aroma.

Jenama ini yang tidak mengandungi herba Tongkat Ali atau Ginseng, telah dilancar menggunakan konsep “Macam Dolu-Dolu”, yang juga merupakan slogannya, mengajak pengguna mengimbas kenangan menikmati minuman sambil bersantai, seperti yang dilalui oleh generasi terdahulu, di warung-warung, satu ketika dahulu.

Di acara sidang media ini, saudara Fairuz Misran yang dikatakan sebagai klon kepada Arwah Tan Sri P.Ramlee, seniman agung tanahair telah menyanyikan lagu “WARUNG” bertema “Macam Dolu-Dolu”. Lebih menarik lagi, lagu latar iklan ini telah didendangkan oleh saudara Fairuz dengan suara hampir serupa dengan seniman agung tersebut, yang benar-benar menggamit kenangan serta memukau para hadirin sekelian.

Pengerusi Bersama Power Root Berhad, Y.A.D. Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, dalam kata aluanya menjelaskan bahawa jenama “Warung” tidak mengandungi herba Tongkat Ali atau Ginseng, “Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan di Malaysia, kami mahu jenama baru ini berdasarkan warisan Malaysia yang boleh berkaitan dengan semua warga Malaysia. Jenama “Warung” diilhamkan oleh Kedai Kopi “Warung” yang kami biasa sembang di kampung apabila kami masih muda. Saya sentiasa terkenang kelazatan minuman yang dibikin dengan bahan-bahan yang tulen dan sepenuh hati oleh Pakcik.”

Di penghujung acara, pihak Power Root telah menyampaikan dua Anugerah.
Dengan slogannya ‘Dekat Lagi Murah’ Pasaraya Speedmart 99 telah dipilih untuk menerima anugerah pertama iaitu Anugerah Perkembangan Jualan Monumental (Monumental Sales Growth Award) kepada Encik Simon Yong Kin Onn kerana kejayaan syarikat yang semakin di kenali di Malaysia ini, dan Power Root berasa amat bangga dapat bersama-sama membangun bersama syarikat ini.

Anugerah seterusnya adalah untuk Rakan Niaga Utama Terbaik (Best Key Business Partner Award) kepada Pasaraya Aeon, yang diwakili oleh Cik Norsyazwanie Che Teh Merican, kerana sokongan yang tidak putus –putus serta memberi kerjasama yang sangat baik dimana jualan di sasarkan kepada outlet ini amat memberangsangkan.

Perlantikan Pengerusi Terbaharu Power Root Berhad

Power Root Berhad juga telah mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan perlantikan Pengerusi Bersama terbaharu Y.A.D. Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, yang akan bergandingan dengan Pengerusi Bersama semasa, Dato’ Afifuddin bin Abdul Kadir, di dalam menerajui jenama Alicafé, Alitéa, Per’l, Extra Power Root, dan Oligo untuk mengembangkan pasaran Power Root di Malaysia dan di negara-negara lain seperti di Eropah, Timur Tengah, Afrika, China & Asia Tenggara.

Y.A.D. Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj dalam ucapannya juga telah mengulaskan bahawa Alicafé dan Alitéa mempunyai perkembangan yang pesat di negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara, China dan terutamanya di Saudi Arabia, UAE, Qatar, Bahrain, Oman dan Kuwait di mana Alicafé dan Alitéa mendapat sambutan serta permintaan yang tinggi.

Y.A.D. Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, dalam ucapannya, telah memperkenalkan jenama “Warung” dari Alicafé dan Alitéa. Jenama “Warung”, keluaran terbaru Power Root tidak mengandungi sebarang herba Tongkat Ali atau Ginseng.

Siri ini kaya dengan aroma serta rasanya yang halus ini, kini boleh didapati di pasaran dalam variasi berikut:

1. Alicafé “Warung” Kopi-O – Perisa terbaru dikeluarkan Kopi-O KAW tradisional
2. Alicafé “Warung” Kopi Putih – Mengandungi krimer susu segar untuk rasa yang cukup halus dan ringan
3. Alicafé “Warung” Kopi Putih Kaw – Mengandungi krimer susu segar untuk rasa yang cukup halus dan ringan dengan rasa yang lebih KAW yang rasa betul-betul KAW kopi.
4. Alicafé “Warung” Klasik – Yang suka rasa kopi rasa klasik
5. Alitéa “Warung” – Yang minat kepada Teh Tarik

Pembaharuan Kontrak Alif Satar Sebagai Duta Alicafé

Penyanyi, Pelakon dan Pengacara popular tanahair, Alif Satar, atau nama sebenarnya Muhammad Alif Bin Mohd Satar, sekali lagi telah dipilih untuk menjadi Duta Alicafé, setelah mendapat penghormatan tersebut selama 2 tahun.

Alif Satar mula mencipta nama dalam bidang seni tanahair setelah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian yang mendapat perhatian ramai – One In A Million pada tahun 2006. Beliau memiliki deretan lagu hits seperti Sesungguhnya Aku, Khayal, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku selain lagu duet Selamanya Cinta (Bersama Shila Amzah) dan Sebenarnya (Bersama Siti Nordiana).

Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, beliau telah diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Telenovela 2017. Lagu dendangan beliau – Sesungguhnya Aku juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 di ERA Digital Music Awards 2018.

Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari http://www.powerroot.com.my.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s