“Warung” dari Alicafe dan Alitea Berkonsepkan ‘Macam Dolu-Dolu’

Kali ini, LIMA varian diperkenalkan di bawah jenama “WARUNG”. Memang semuanya sedap, tidak terlalu manis menyengat..

DSC_0086

Dilancarkan di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur, Power Root Berhad telah mengadakan Majlis Perlancaran jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa.

IMG_20190820_144733

Dewasa ini, Alicafé dan Alitéa telah menjadi pilihan utama tempatan menerusi siri Tongkat Ali Dan Ginseng, berikutan rumusannya yang mengandungi herba semulajadi Tongkat Ali dan Ginseng.

Siri Tongkat Ali dan Ginseng (TAG) ini adalah didatangkan dalam beberapa varian iaitu:

Kopi Alicafé TAG – Original, Original 20g, Lebih Pekat, Karamel dan Kopi Putih;
Teh Alitéa TAG – Tarik 30g dan Tarik 20g

Pengerusi Bersama Power Root Berhad, Dato’ Afifuddin bin Abdul Kadir, dalam kata aluannya telah meluahkan rasa bangganya di atas kejayaan Alicafé Tongkat Ali dan Ginseng (TAG) yang merupakan Kopi Pracampur Tongkat Ali & Ginseng No.1 di Malaysia.

Kempen “Kami Nak! Kami Nak! Kami Nak…Alicafé!” yang baru dilancarkan di bulan Mac lalu telah dapat mengungguli pasaran tempatan dengan kenaikan peratus jualan melebihi 30% (peratus) pada suku tahun pertama berbanding tahun lalu.

Beliau juga mengumumkan bahawa Power Root dengan gembiranya akan melanjutkan kerjasama dengan Artis No.1 Malaysia Alif Satar selama 2 tahun lagi.

Dan kini, Power Root mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan pula jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa” – Rasa Halus. Kaya Aroma.

Jenama ini yang tidak mengandungi herba Tongkat Ali atau Ginseng, telah dilancar menggunakan konsep “Macam Dolu-Dolu”, yang juga merupakan slogannya, mengajak pengguna mengimbas kenangan menikmati minuman sambil bersantai, seperti yang dilalui oleh generasi terdahulu, di warung-warung, satu ketika dahulu.

Di acara sidang media ini, saudara Fairuz Misran yang dikatakan sebagai klon kepada Arwah Tan Sri P.Ramlee, seniman agung tanahair telah menyanyikan lagu “WARUNG” bertema “Macam Dolu-Dolu”. Lebih menarik lagi, lagu latar iklan ini telah didendangkan oleh saudara Fairuz dengan suara hampir serupa dengan seniman agung tersebut, yang benar-benar menggamit kenangan serta memukau para hadirin sekelian.

Pengerusi Bersama Power Root Berhad, Y.A.D. Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, dalam kata aluanya menjelaskan bahawa jenama “Warung” tidak mengandungi herba Tongkat Ali atau Ginseng, “Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan di Malaysia, kami mahu jenama baru ini berdasarkan warisan Malaysia yang boleh berkaitan dengan semua warga Malaysia. Jenama “Warung” diilhamkan oleh Kedai Kopi “Warung” yang kami biasa sembang di kampung apabila kami masih muda. Saya sentiasa terkenang kelazatan minuman yang dibikin dengan bahan-bahan yang tulen dan sepenuh hati oleh Pakcik.”

Di penghujung acara, pihak Power Root telah menyampaikan dua Anugerah.
Dengan slogannya ‘Dekat Lagi Murah’ Pasaraya Speedmart 99 telah dipilih untuk menerima anugerah pertama iaitu Anugerah Perkembangan Jualan Monumental (Monumental Sales Growth Award) kepada Encik Simon Yong Kin Onn kerana kejayaan syarikat yang semakin di kenali di Malaysia ini, dan Power Root berasa amat bangga dapat bersama-sama membangun bersama syarikat ini.

Anugerah seterusnya adalah untuk Rakan Niaga Utama Terbaik (Best Key Business Partner Award) kepada Pasaraya Aeon, yang diwakili oleh Cik Norsyazwanie Che Teh Merican, kerana sokongan yang tidak putus –putus serta memberi kerjasama yang sangat baik dimana jualan di sasarkan kepada outlet ini amat memberangsangkan.

Perlantikan Pengerusi Terbaharu Power Root Berhad

Power Root Berhad juga telah mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan perlantikan Pengerusi Bersama terbaharu Y.A.D. Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, yang akan bergandingan dengan Pengerusi Bersama semasa, Dato’ Afifuddin bin Abdul Kadir, di dalam menerajui jenama Alicafé, Alitéa, Per’l, Extra Power Root, dan Oligo untuk mengembangkan pasaran Power Root di Malaysia dan di negara-negara lain seperti di Eropah, Timur Tengah, Afrika, China & Asia Tenggara.

Continue reading ““Warung” dari Alicafe dan Alitea Berkonsepkan ‘Macam Dolu-Dolu’”