Pesta Tasty Australia 2019 ini telahpun berlangsung di Isetan KLCC dari 30 Ogos hingga 11 September lalu.
Tasty Australia 2019 membawa anda mengikuti kembara kulinari dengan makanan dan minuman Australia yang terbagus di Isetan KLCC bermula 30 Ogos hingga 11 September 2019 lalu.
Pesta makanan ini dipersembahkan dengan bangganya oleh The Model Cook melalui kerjasama Isetan Malaysia dan ini adalah tahun KEENAM pesta makanan ini diadakan di Kuala Lumpur.
Ini adalah pertunjukan utama buat kali pertama dengan menampilkan makanan Australia Selatan dan Australia Barat. Selain daripada 25 jenama terkenal sedia ada dari Australia Selatan melalui The Model Cook, sejumlah 12 jenama baru dengan 80 lebih produk telah diperkenalkan di pesta makanan ini. Kebanyakan jenama baru ini telah memilih Malaysia sebagai destinasi negara eksport pertama.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Michael Growder telah merasmikan pelancaran Tasty Australia 2019 pada 3 September lalu, bersama Koji Oyama, Pengarah / Pengarah Urusan Isetan Malaysia.
Tasty Australia 2019 terus menyerlahkan tabiat kehijauan dan pemakanan sihat dengan mengutamakan kemampanan dan kebijaksanaan memilih makanan tanpa GMO. Sejak 30 Ogos hingga 4 September lalu, tujuh pengasas jenama baru tersebut hadir dan bertemu dengan pelanggan Isetan untuk berkongsi kisah jenama mereka.
“Hasrat kami adalah untuk mempromosikan gaya hidup makanan yang sihat dengan menawarkan makanan alternatif yang sihat, tanpa GMO dan mengandungi faedah kesihatan yang benar. Untuk mencapai matlamat ini, kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan makanan alternatif yang sihat ini menawarkan nilai untuk wang sambil memberi manafaat kandungan nutrisi yang ada dalamnya,” kata Vivien Lee, Pengarah Eksekutif The Model Cook.
Antaranya adalah:
- minyak trufel ikonik dari Australia Barat iaitu kelas superior produk Perigord hitam dan perasa
- madu Jarrah asli yang disahkan organik dari Australia Barat;
- kepingan epal Bravo sedia dimakan dengan flavonoid tinggi yang baik untuk kesihatan jantung
- madu asli mentah dari Hutan Selatan
- popcorn bebas gluten dimasak dalam teko
- coklat vegan gourmet
- quinoa ditanam 100% di Australia
- buah buahan straps dehidrasi semulajadi
- pelbagai makanan dalam bekas yang mudah dibawa
Australia sebagai negara sumber penting untuk makanan dan minuman yang dijualkan di Isetan Malaysia, mengambil kira tentang persekitaran yang bersih, hijau dan selamat untuk pengeluaran makanan dan amalan pertanian yang sewajarnya.
Pasaran Makanan Isetan sentiasa sibuk dengan kegiatan semasa Tasty Australia, terutamanya penumpuan pada Pancutan Popcorn yang menarik. Untuk sambutan perayaan makanan ini, terdapat cabutan bertuah dengan hadiah baucer RM500, hamper makanan dan hadiah cenderahati Australia dengan pembelian. Pembeli juga akan gembira dengan harga ‘value buy’ untuk produk makanan dan minuman Australia tertentu, terutamanya semasa ‘extra special buy’ selama satu jam serta bertemu dengan para pelopor Australia. Mereka juga boleh menikmati juadah di restoran pop-up Australian Gourmet dari 11pagi hingga 9.30 malam.
Sejak tahun 2012, The Model Cook berdedikasi untuk menawarkan makanan alternatif tanpa GMO yang sihat dibawa dari Australia Selatan ke Asia.
“Kami bangga kerana dapat menjadi penganjur bersama untuk Tasty Australia selama enam tahun berturut-turut. Platform ini membolehkan kami untuk meneruskan semangat kami untuk membantu orangramai mengamalkan gaya hidup sihat melalui makanan,” kata Vivien Lee.
“The Model Cook kini sudah mengembangkan jejaknya ke Australia Barat.”
Untuk maklumat lanjut tentang ‘best buy’ Tasty Australia, sila:
- lawati laman Facebook TheModelCook
- dapatkan salinan surat berita Isetan Ogos
- e-mel healthyeating@themodelcook.com.
Leave a Reply