myNEWS Buka Pusat Pengeluaran Makanan Berinspirasi Jepun

Pelancaran majlis pembukaaan itu adalah salah satu usaha syarikat tersebut untuk meningkatkan pasaran kemudahan tempatan dengan mengekalkan piawaian tertinggi dari segi kualiti, kebersihan dan kesegaran.

IMG 3

Pusat pengeluaran yang beroperasi di bawah anak syarikat myNEWS Holdings Berhad iaitu myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd dan myNEWS Kineya Sdn Bhd akan membekalkan rangkaian kedai serbaneka myNEWS dengan pelbagai jenis makanan siap sedia yang berkualiti tinggi.

IMG 2

Memahami keperluan rakyat Malaysia untuk menampung gaya hidup yang sibuk serta tuntutan akses mudah ke kedai serbaneka yang menawarkan pelbagai produk serta perkhidmatan berkualiti, khususnya makanan yang berkualiti dan mudah dimakan, myNEWS telah mengambil inisiatif untuk membawa pakar industri makanan yang terkenal dari Jepun sebagai rakan kongsi syarikat tersebut.

“Untuk memberi rakyat Malaysia makanan dengan kualiti yang baik setanding Jepun, kita perlu membawa pakar dari Jepun sendiri untuk menghasilkannya,” kata Encik Dang Tai Luk, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan myNEWS Holdings Berhad.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati pilihan makanan yang mudah dimakan serta berinspirasikan Jepun yang dihidangkan mengikut citarasa lokal dengan pelbagai pilihan yang terdiri daripada sandwich, onigiri, dan bento, serta roti yang baru dibakar daripada jenama bakeri myNEWS sendiri iaitu Maru Bakes, dan juga minuman panas dan sejuk yang menyegarkan daripada myNEWS melalui Maru Kafe. Selain itu, hidangan tempatan yang lazat seperti kari laksa dan nasi lemak juga disediakan.

“Kami suka konsep kedai serbaneka di negara Jepun, Taiwan dan Thailand dimana para pelanggan boleh dapatkan serta menikmati apa sahaja yang mereka mahukan. Kami mahu para pelanggan myNEWS merasakan pengalaman yang serupa dan kini kami dapat menawarkan konsep serta kemudahan yang berkualiti,” kata Encik Luk.

Pusat pengeluaran makanan myNEWS mula beroperasi secara komersial pada Jun 2019 dan kini boleh menyokong sebanyak 600 cawangan kedai serbaneka melalui dua kilang penghasilan yang diselenggara oleh pakar industri makanan di Jepun, Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd.

“Ini adalah satu langkah yang besar buat kami dan ianya setara dengan strategi untuk memastikan myNEWS sentiasa menjadi kedai serbaneka pilihan buat semua,” tambah Encik Luk.

Sejak penubuhannya pada Disember 1996, myNEWS telah berjaya berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan di lebih 500 cawangan di seluruh negara. Bermula dengan pembukaan kedai buku dan runcit tradisional yang kecil 23 tahun yang lalu, myNEWS Group kini memiliki barisan produk makanan siap sedia (RTE) berasaskan Jepun yang terbesar dan pembukaan pusat pengeluaran makanan ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi jenama tempatan tersebut dalam industri serbaneka yang kian membangun.

Sebagai rumusan, barisan produk makanan siap sedia myNEWS termasuklah pilihan daripada Maru Kafe: Maru Cream, ais krim lembut yang enak; Maru Coffee: pilihan minuman kopi harian yang terkenal dan Maru Bakes iaitu produk bakeri yang segar, di mana semua produk dibangunkan dalam persekitaran terkawal di pusat pengeluaran makanan myNEWS di Kota Damansara. Sebagai tambahan kepada jenama Maru, terdapat pelbagai pilihan makanan berasaskan nasi dan mi seperti sandwich, onigiri, bento, kari laksa, nasi lemak, spaghetti, dan lain-lain. Para pelanggan di Lembah Klang kini dapat memenuhi keinginan mereka di lebih daripada 300 cawangan myNEWS terpilih.

Plan perkembangan tawaran kini di dalam perancangan untuk meneguhkan lagi myNEWS sebagai pilihan kedai serbaneka di Malaysia. Satu pembangunan yang berkaitan ialah perkhidmatan penghantaran dalam talian myNEWS DASH, yang dilancarkan baru-baru ini seiring dengan pengumuman pusat penghasilan makanan myNEWS. Berdasarkan kesedaran baru tentang standard makanan RTE yang ketat, ia adalah langkah strategik yang bertujuan untuk mempromosi produk-produk berkualiti di luar cawangannya, terus kepada pengguna.

“Sebagai tambahan kepada rangkaian kedai fizikal kami yang semakin berkembang dan pembukaan pusat pengeluaran makanan yang baru untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik, kami turut meningkatkan kemudahan buat para pelanggan dengan melancarkan perkhidmatan penghantaran dalam talian myNEWS DASH, pilihan mudah untuk pelanggan yang ingin mendapatkan makanan serta keperluan harian dihantar terus ke pintu hadapan mereka,” akhiri Encik Luk.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.mynews.com.my/

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: