A&Wesomeness Tarik Lebih Pelanggan Generasi Baharu

Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas pertama Malaysia ini akan meningkatkan lagi kualiti, perkhidmatan dan inovasi kepada lebih ramai pelanggan dari golongan generasi baharu.

Picture1

Sejak diambil alih oleh Inter Mark Resources Sdn. Bhd. (IMRSB) lebih daripada setahun lalu, A&W Malaysia Sdn. Bhd., jenama rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) yang berusia 56 tahun kini dalam landasan yang betul untuk kembali hebat.

Picture8

George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi A&W Malaysia Sdn. Bhd. dan IMRSB berkata demikian ketika merasmikan A&Wesome Festival, yang berlangsung di outlet pandu dalam pertama A&W di Petaling Jaya untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat setia atas sokongan berterusan mereka selama ini.

Picture10

Menurut Ang, festival dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga dan orang dewasa, bertujuan untuk mengembalikan kenangan indah kepada pelanggan yang telah menikmati hidangan makanan segera di A&W serta menarik pelanggan generasi baharu dengan tawaran menu baru yang berkualiti dan lazat.

“Kelebihan yang kita ada ialah jenama yang mempunyai hubungan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang membesar pada tahun 70-an dan 80-an. Mereka merayakan ulang tahun mereka di outlet kami dengan Rooty® The Great Root Bear dan mempunyai sekurang-kurangnya satu kegemaran dalam menu kami; atau mereka boleh bersantai di A&W selepas sekolah pada waktu petang untuk menikmati float RB ikonik kami.”

Beliau menambah bahawa jangkauan media sosial A&W telah mendapat sambutan positif untuk menjadikan rangkaian QSR kembali ‘hebat’ dan akan terus menghidangkan makanan yang berkualiti dan lazat yang biasa mereka nikmati semasa mereka membesar. Walau bagaimanapun, Ang percaya bahawa masa depan perniagaan rantaian QSR terletak pada kemampuan A&W untuk memenangi hati pelanggan generasi baharu, yang terdiri daripada generasi milenium.

Sejak Ang menerajui syarikat, Ang dan pasukannya telah melaksanakan inisiatif peningkatan nilai dan perkhidmatan untuk menarik minat kumpulan pengguna ini. Ini termasuklah penggunaan ayam segar dan bukannya ayam beku; mengekalkan kualiti makanan dengan menggunakan sistem masak mengikut pesanan bagi menyediakan makanan segar dan panas kepada pelanggan; dan yang paling penting, hidangan yang menyelerakan serta berinovasi, menawan selera rakyat Malaysia untuk masa yang terhad sahaja.

Pada awal tahun ini, beberapa sos baharu telah diperkembangkan menggunakan bahan-bahan yang digemari oleh rakyat Malaysia untuk Coney A&W yang terkenal, seperti Buttermilk Cheese Coney dan Sichuan Mala Coney. Ang berkata bahawa menerusi pengiklanan dan promosi, item penawaran baharu dan terhad ini menarik ramai pelanggan dan membuat mereka kembali untuk menikmatinya lagi. Ini merupakan arah tuju yang akan diteruskan oleh syarikat.

Bercakap tentang inovasi, Ang menambah bahawa kios dessert A&W baharu dijangka dibuka di pusat beli-belah yang popular tidak lama lagi.

“Kios kami akan menawarkan menu yang berbeza berbanding outlet-outlet kami seperti Waffle To Go, yang merupakan salah satu hidangan dessert seperti wafel dan ais krim kegemaran pelanggan, tetapi digabungkan dengan ais krim lembut untuk mudah dimakan; dan Float on Cone, yang merupakan sorbet RB dengan ais krim vanila lembut (soft serve),” katanya lagi.

“Dessert kami sememangnya kegemaran pelanggan di outlet kami. Konsep kios dessert yang baharu yang menawarkan Float on Cone, yang sinonim dengan kami, pasti akan menarik hati pelanggan sasaran kami yang lebih muda!” tambah Ang.

Selain menambah item baharu pada menu, Ang berkata banyak usaha telah dilakukan dalam melatih kakitangan supaya menjadi lebih cekap dalam perkhidmatan mereka dan memastikan standard makanan yang disajikan adalah tinggi. “Sejak kami mengambil alih, kami tidak berhenti-henti berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan di outlet kami. Kami telah menubuhkan Akademi A&W untuk melatih atau melatih semula kakitangan dan menjalankan pertandingan dalam kalangan mereka untuk memberi motivasi perkhidmatan yang baik,” jelas Ang.

Untuk menjadikan A&W lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, A&W Malaysia merancang untuk menambah bilangan outlet, kemudahan pandu dalam dan kiosk. “Pada awal tahun 2020, kami akan membuka outlet A&W yang sangat unik di Seventeen Mall di PJ yang berkonsepkan hip dan bergaya, mengembalikan reka bentuk dalaman A&W yang retro. Outlet ini akan menghidangkan sarapan pagi dan lain- lain sepanjang hari sambil anda menikmati muzik dari tahun 70-an dan 80-an. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bilangan outlet sedia ada dari 48 kepada 100 buah outlet, yang sebahagiannya adalah kemudahan pandu dalam dan kiosk menjelang 2021,” kata Ang.

Tandakan suka pada halaman Facebook A&W Malaysia di https://www.facebook.com/AnWMalaysiaOfficial/ untuk maklumat terkini tentang festival dan menu outlet A&W.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s