Sedap betul perisa terbaharu ni!
Hadir dalam botol berukuran 700ml, ia diperkenalkan oleh DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd pada 8 Januari di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.
Dalam majlis itu juga, DyDo Drinco Malaysia melantik secara rasmi Emma Maembong sebagai Duta Yobick bagi kempen 2020. Ia disahkan oleh oleh Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Drinco Malaysia, Encik Takeshi Suma. Majlis bersejarah itu turut dihadiri oleh wakil media, pengurusan dan rakan niaga DyDo Drinco Malaysia.
Perlantikan Fatimah Rohani Ismail atau Emma yang juga artis terkenal dan popular di dalam industri drama dan filem Malaysia pada majlis itu adalah kerana pesona serta keperibadiannya yang positif menyamai jenama Yobick dalam masa sama sebagai hebahan kepada umum mengenai minuman berasaskan yogurt yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat Malaysia yang semakin sibuk.
“Kami amat berbesar hati mengalukan Emma Maembong yang berbakat dalam keluarga Yobick, keputusan melantik Emma sebagai duta adalah kerana keperibadian positif Emma sebagai seorang pelakon popular adalah imej apa yang Yobick sebagai jenama mahukan. Kami dengan bangganya mengumumkan Yobick adalah 100% jenama dari Jepun. Minuma terbaharu kami mengandungi prebiotik yang membantu sistem penghadaman badan, mempunyai rasa tropika yang sedap dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan saya yakin Yobick akan menjadi minuman berasas yogurt pilihan ramai.
Perlantikan Emma sebagai duta kami adalah strategi Yobick untuk menembusi lebih luas lagi pasaran malaysia dan untuk memberitahu umum tentang manfaat kesihatan probiotik untuk kecantikan dalaman terutamanya kepada pelanggan wanita. Yobick adalah produk warisan Jepun dan kami ingin berkongsi kebaikan dan kualiti minuman yogurt kepada pasaran Malaysia”
Perisa nenas ini adalah langkah berani Yobick untuk terus terukir di pasaran minuman berasas yogurt. Yobick adalah jeama dari Jepun dan mula diperkenalkan ke pasaran kategori minuman berasas yogurt di Malaysia dengan perisa Original pada Mei 2018 diikuti dengan Yobick Sakura. Ia kemudiannya menjadi pilihan ramai pengguna lebih-lebih lagi dengan pengenalan produk Yobick Lite+ dengan campuran kolagen pada tahun 2019 dan terbaru, Yobick Pineapple.
Pelancaran Yobick Pineapple juga adalah usaha memperkembangkan produk Yobick secara berterusan untuk memenuhi kehendak pengguna Malaysia yang sukakan buah nanas memandangkan ia adalah buah tropika kegemaran tempatan.
Rangkaian Yobick Pineapple kini boleh didapati di pasaran dan mereka yang ingin merasai kebaikan perisa ini bolehlah berbuat demikina bersama keluarga dan rakan.
Bagi yang ingin menyertai peraduan “Kongsi-Kongsi Bersama Yobick dan Vida”, anda hanya perlu:
- membeli produk Yobick atau Vida di mana-mana cawangan 7-11 seluruh negara
- ambil foto bersama produk tersebut dengan rakan atau keluarga dengan cara yang kreatif
- seterusnya muat naik foto ke akaun Instagram peribadi masing-masing dengan hashtag #sharingyobickvida dan ‘mention’ @yobickmalaysia @vidamalaysia di dalam kapsyen
- pastikan akaun ditetapkan pada public
20 pemenang mingguan akan dipilih untuk memenangi RM228 tunai setiap minngu bagi tempoh 8 minggu tempoh peraduan. Terdapat juga pemennag mingguan khas dimana posting denganĀ jumlah like terbanyak memenangi wang tunai sebanyak RM338.
Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat peraduan, layari:
Leave a Reply