NESTLE Tawar Gaji Seumur Hidup

Siapa tak nak gaji seumur hidup? RM3,000 pulak tu untuk sebulan!

PHOTO 4 (1)

Apa lagi, cepat-cepat rebut peluang untuk memenangi peraduan Nestle yang terbesar diadakan buat pertama kalinya!

Peraduan terbesar yang diadakan oleh Nestle ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji untuk seumur hidup” menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit.

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada:

  • DUA pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan
  • 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan
  • Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu.
  • Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia.

Masih sempat lgi untuk menyertainya kerana Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020.

PHOTO 2 (13)

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata,

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”

Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp.

Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini.

Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari:

 

YOBICK Muncul Berperisa Nenas

Sedap betul perisa terbaharu ni!

dav

Hadir dalam botol berukuran 700ml, ia diperkenalkan oleh DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd pada 8 Januari di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

20200108_151942

Dalam majlis itu juga, DyDo Drinco Malaysia melantik secara rasmi Emma Maembong sebagai Duta Yobick bagi kempen 2020. Ia disahkan oleh oleh Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Drinco Malaysia, Encik Takeshi Suma. Majlis bersejarah itu turut dihadiri oleh wakil media, pengurusan dan rakan niaga DyDo Drinco Malaysia.

Perlantikan Fatimah Rohani Ismail atau Emma yang juga artis terkenal dan popular di dalam industri drama dan filem Malaysia pada majlis itu adalah kerana pesona serta keperibadiannya yang positif menyamai jenama Yobick dalam masa sama sebagai hebahan kepada umum mengenai minuman berasaskan yogurt yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat Malaysia yang semakin sibuk.

“Kami amat berbesar hati mengalukan Emma Maembong yang berbakat dalam keluarga Yobick, keputusan melantik Emma sebagai duta adalah kerana keperibadian positif Emma sebagai seorang pelakon popular adalah imej apa yang Yobick sebagai jenama mahukan. Kami dengan bangganya mengumumkan Yobick adalah 100% jenama dari Jepun. Minuma terbaharu kami mengandungi prebiotik yang membantu sistem penghadaman badan, mempunyai rasa tropika yang sedap dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan saya yakin Yobick akan menjadi minuman berasas yogurt pilihan ramai.

Perlantikan Emma sebagai duta kami adalah strategi Yobick untuk menembusi lebih luas lagi pasaran malaysia dan untuk memberitahu umum tentang manfaat kesihatan probiotik untuk kecantikan dalaman terutamanya kepada pelanggan wanita. Yobick adalah produk warisan Jepun dan kami ingin berkongsi kebaikan dan kualiti minuman yogurt kepada pasaran Malaysia”

Perisa nenas ini adalah langkah berani Yobick untuk terus terukir di pasaran minuman berasas yogurt. Yobick adalah jeama dari Jepun dan mula diperkenalkan ke pasaran kategori minuman berasas yogurt di Malaysia dengan perisa Original pada Mei 2018 diikuti dengan Yobick Sakura. Ia kemudiannya menjadi pilihan ramai pengguna lebih-lebih lagi dengan pengenalan produk Yobick Lite+ dengan campuran kolagen pada tahun 2019 dan terbaru, Yobick Pineapple.

Pelancaran Yobick Pineapple juga adalah usaha memperkembangkan produk Yobick secara berterusan untuk memenuhi kehendak pengguna Malaysia yang sukakan buah nanas memandangkan ia adalah buah tropika kegemaran tempatan.

Rangkaian Yobick Pineapple kini boleh didapati di pasaran dan mereka yang ingin merasai kebaikan perisa ini bolehlah berbuat demikina bersama keluarga dan rakan.

Bagi yang ingin menyertai peraduan “Kongsi-Kongsi Bersama Yobick dan Vida”, anda hanya perlu:

  1. membeli produk Yobick atau Vida di mana-mana cawangan 7-11 seluruh negara
  2. ambil foto bersama produk tersebut dengan rakan atau keluarga dengan cara yang kreatif
  3. seterusnya muat naik foto ke akaun Instagram peribadi masing-masing dengan hashtag #sharingyobickvida dan ‘mention’ @yobickmalaysia @vidamalaysia di dalam kapsyen
  4. pastikan akaun ditetapkan pada public

20 pemenang mingguan akan dipilih untuk memenangi RM228 tunai setiap minngu bagi tempoh 8 minggu tempoh peraduan. Terdapat juga pemennag mingguan khas dimana posting dengan  jumlah like terbanyak memenangi wang tunai sebanyak RM338.

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat peraduan, layari: