Restoran rangkaian makanan halal segera yang terbesar di Malaysia ini telah bekerjasama dengan Doraemon dalam usaha pertama mereka bagi melancarkan pakej sambutan hari jadi, bermula pada Disember 2019. Orang ramai berpeluang meraikan sambutan hari jadi bersama salah satu daripada watak kartun Jepun yang diminati seluruh dunia.
Doraemon merupakan sebuah siri manga keluaran Jepun yang sangat popular dari Fujiko F Fujio yang diperkenalkan pada tahun 1969, berkisahkan pengembaraan Doraemon, robot jenis kucing dari masa depan. Dengan kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon, Marrybrown akan memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun yang penuh bermakna.
“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi. Kami pastid engan kerjasama ini, akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak ini,” kata Datin Nancy Liew, Pengarah Urusan Marrybrown.
Bersempena sambutan hari kanak-kanan dan mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih cerah, Marrybrown membawa lebih daripada 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang untuk meraikan hari yang penuh keseronokan bersama Doraemon.
Bagi menambah kegembiraan dan mengurangkan beban, setiap daripada mereka diberikan barangan kelengkapan seperti alat tulis dan beg sebagai persediaan ke sekolah.
Sebagai restoran makanan segera yang menyediakan sajian ayam goreng rangup selama 38 tahun, Marrybrown kini bekerjasama dengan Doraemon bagi membawa lebih kegembiraan kepada rakyat Malaysia dimana mereka kini boleh menyambut hari jadi bersama Doraemon beserta barangan dan dekorasi yang akan membuatkan mereka lebih gembira.
Datin Nancy berkata bahawa kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif yang bermakna bagi Marrybrown kerana kerjasama ini mampu menghubungkan rakyat Malaysia yang berkongsi minat yang sama.
“Marrybrown sentiasa berada dalam visi menyajikan makanan dan minuman yang mampu menyentuh hati dan menghubungkan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, tiada halangan dari pihak kami untuk bekerjasama dengan Doraemon kerana kami tahu watak kartun tersebut sentiasa dekat dihati rakyat Malaysia seperti mana makanan kami di Marrybrown,” kata Datin Nancy.
Pakej Hari Jadi Doraemon boleh didapati secara eksklusif di semua outlet Marrybrown beserta dengan promosi dari Disember 2019 sehingga Mei 2020.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang pakej sambutan hari jadi Doraemon ini, sila layari https://marrybrown.com/birthday-party/
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmmy
Youtube: MarrybrownTV
Leave a Reply