emart 24 Lancar Kedai Ke-Lima

Wah semakin berkembang dan bertambah kedai serbaneka Korea ini!

TAHNIAH emart24..

Photo 1

Kedai kelima ini terletak di Bandar Sunway dan kehadirannya menandakan lahirnya kedai ‘Reserve’ keduanya, dalam kurang daripada empat bulan sejak debutnya pada Jun 2021.

Berpegang teguh pada janjinya, emart24 terus mentakrifkan semula pengalaman kedai serbaneka, dengan memberikan suntikan unik kepada rekaan dalaman setiap kedai ‘Reserve’ agar menampilkan ciri kelainan masing-masing.

Vuitton Pang, CEO of emart24 at the Cupmyeon Station

Vuitton Pang, Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Malaysia berkongsi,

“Kami tetap mengutamakan kualiti tawaran kami serta sentuhan peruncitan Korea yang dialami oleh pengguna apabila berkunjung ke kedai kami. Seiring kelonggaran pergerakan diberikan, kami berharap rakyat Malaysia akan datang dan mengalami kedai kami dengan sendiri, sementara kami berusaha meningkatkan akses barangan Korea kepada semua.”

Dikenali dengan pendekatan berpaksikan pelanggan, emart24 terus menghidupkan reputasi ini di Malaysia.

“Kami bersungguh-sungguh menilai dan meneliti keperluan pengguna, dan kami percaya aspek ini harus dititikberatkan dalam pelan pengembangan kami. Kedai ‘Reserve’ kami di Bandar Sunway merupakan hasil pendekatan progresif ini, dan kami berusaha menerapkan elemen setempat ke dalam reka bentuk kedai kami,” jelas Vuitton.

Selain mengembangkan rangkaian makanan ringan Korea yang diimport dari pelbagai label peribadi popular seperti No Brand, I’m e, dan Minsaeng, emart24 terus memperkenalkan item baharu untuk menu makanan segar mereka.

Antara ciri kelainan di Kedai ‘Reserve’ Bandar Sunway ialah konsep baharu stesen Cupmyeon bagi memenuhi keperluan komuniti pelajar di sekitarnya. Ia membolehkan pelanggan mencipta versi mi cawan Korea mereka yang tersendiri dengan pelbagai jenis topping hebat.

“Kami tidak ingin melepaskan peluang untuk mengiktiraf kesukaan rakyat Malaysia terhadap makanan pedas. Jadi, kami membawakan tawaran terbaharu kami, sos Ghost Pepper,” tambah Vuitton.

Sos Ghost Pepper telah diterapkan ke dalam pilihan makanan segar yang utama, seperti Cupbap, Cupdak dan Tteokbokki, yang boleh didapati di semua kedai emart24 untuk masa terhad.

Turut membuat penampilan sulung dan eksklusif di kedai ‘Reserve’ berkenaan ialah rangkaian Kek Bento, iaitu pencuci mulut yang semakin popular dalam kalangan generasi muda.  emart24 berazam menjadi peneraju gaya hidup dengan menyediakan barangan berpemintaan tinggi, namun tanpa lari daripada pengalaman peruncitan Korea.

Dari segi keselamatan dan kualiti makanan, emart24 komited untuk memastikan semua bahan yang digunakan untuk makanan segar dan makanan siap makan bersumberkan pembekal-pembekal yang diiktiraf Halal.

Selain makanan, pelanggan juga dapat menikmati pelbagai produk kecantikan Korea (K-beauty) ditawarkan menerusi kerjasama dengan OnlyKorea, iaitu pengedar sah produk kecantikan Korea yang dikenali sebagai antara kumpulan peruncit kecantikan Korea yang terkemuka di Asia.

Dalam ucapan penutupnya, Vuitton berkongsi, “Kami merupakan sebuah kedai serbaneka yang menerajui trend terkini, dan akan terus berusaha mempertahankan kedudukan ini di landskap kedai serbaneka Korea.”

Susulan kejayaan kedai-kedai awal serta gelombang ‘Hallyu’ yang terus rancak di Malaysia, emart24 merancang untuk membuka 12 kedai pada akhir tahun, selari sasarannya untuk melancarkan 300 kedai dalam 5 tahun akan datang.

Pelanggan kini boleh mengunjungi emart24 di Bangsar South, Desa Sri Hartamas, Kota Kemuning, Sentul dan Bandar Sunway dari jam 8 pagi hingga 10 malam, setiap hari.

Untuk promosi terkini dan maklumat lebih lanjut, layari:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s