ANLENE AMBIL LANGKAH PROAKTIF DALAM PENJAGAAN TULANG

Langkah ini diambil sempena Hari Osteoporosis Sedunia.

Anlene A

Anlene telah mengadakan tinjauan di kalangan warga Malaysia berusia 40 hingga 59 tahun dan didapati 95% daripada responden berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ianya mungkin boleh mempengaruhi kekuatan dan pergerakan mereka apabila usia semakin meningkat.

TIGA faktor penyumbang utama yang membimbangkan adalah:

  1. kurang bersenam
  2. pendedahan kepada cahaya matahari yang tidak mencukupi (untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium)
  3. mengelak daripada mengambil produk tenusu (yang merupakan sumber kalsium harian)

susu b

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa walaupun rakyat Malaysia dalam pertengahan usia menyedari tentang kepentingan memiliki tulang yang kuat, 42% berkata tumpuan mereka pada masa kini adalah melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19 dan 33% daripada mereka berpendapat bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik untuk kesihatan mereka termasuklah kesihatan tulang.

Tinjauan oleh Anlene, Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* yang sentiasa menyokong dan menggalakkan orang ramai supaya menjaga tulang, sendi dan otot yang kuat melalui pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Tinjauan ini dilakukan secara blind survey pada awal bulan Ogos lalu di kalangan 320 responden pertengahan usia untuk mengenal pasti pemahaman mereka mengenai kesedaran dan pandangan mereka tentang penjagaan kesihatan tulang secara am.

a

“Melalui respons mereka, kami dapati masih ada jurang dalam pemahaman mereka mengenai kesihatan tulang. Terutamanya berkaitan dengan penjagaan tulang dan sama ada mereka memberi perhatian yang mencukupi untuk menyokong tulang, yang berfungsi bersama dengan sendi dan otot untuk membantu kita bergerak dan menjalani kehidupan seharian,” kata Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia.

Untuk membantu warga Malaysia memahami kesihatan tulang dengan lebih baik dan menggalakkan mereka supaya lebih prihatin terhadap penjagaan tulang mereka, Anlene melancarkan kempen pendidikan sempena Hari Osteoporosis Sedunia 2021, yang jatuh pada 20 Oktober setiap tahun.

Kempen ini akan mengetengahkan bagaimana tulang kita yang mungkin menjadi semakin lemah seawal usia 30-an setelah mencapai puncak jisim tulang. Jadi kita perlu melakukan intervensi gaya hidup untuk membantu melambatkan proses ini supaya tulang kita boleh terus memberi sokongan kepada gaya hidup yang aktif berserta dengan pergerakan yang baik sehingga ke usia emas.

Megawati menasihatkan:

“Orang dewasa boleh menjaga kesihatan tulang mereka dengan melakukan senaman berkala untuk membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat; dan mengambil diet seimbang yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein. Mengekalkan berat badan dalam julat normal indeks jisim tubuh juga penting kerana kurang berat badan (Indeks Jisim Tubuh kurang daripada 19kg/m2) mampu mempengaruhi kesihatan tulang kita.

Apa yang menarik ialah, tinjauan Anlene juga turut mendapati bahawa 30% responden tidak tahu berapa banyak kalsium dan vitamin D yang harus diambil setiap hari; dan hanya 30% responden meminum susu setiap hari. Orang dewasa disarankan untuk mengambil sekitar 1,000 – 1,200mg kalsium dan 15 – 20mcg vitamin D dalam sehari, sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan tulang harian mereka. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa dalam diet harian yang kekurangan makanan kaya dengan kalsium, mungkin sukar untuk memenuhi keperluan kalsium harian kita. Sebagai contoh, kita mungkin perlu mengambil 200 – 240 mangkuk nasi untuk memenuhi kalsium harian yang kita perlukan.

Oleh itu, ia adalah penting untuk mengenal pasti sumber makanan yang kaya dengan kalsium dan mengambil makanan tersebut dalam diet seimbang kita. Sebenarnya, kalsium boleh didapati dalam sumber makanan seperti susu, sayuran berdaun hijau, ikan bilis, produk soya atau produk diperkaya kalsium lain. Manakala vitamin D boleh didapati dalam ikan berlemak (sebagai contoh salmon, sardin), kuning telur dan produk diperkaya vitamin D termasuk susu.

Oleh itu, kami menggalakkan semua orang dewasa untuk membuat pilihan makanan yang bijak dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Produk tenusu yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein membantu untuk memenuhi keperluan pemakanan harian mereka”.

Sebagai contoh, setiap gelas susu Anlene™ dilengkapi dengan zat-zat utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan harian orang dewasa. Rangkaian ACTIFIT 3X ™ dilengkapi dengan kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, dan vitamin B2, B6, B12, C, D, dan E. Manakala Anlene™ GOLD 5X™ dirumuskan secara saintifik untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas, dengan zat-zat penting seperti tersebut tadi, ditambah dengan MFGM Active™, yang membekalkan membran globul lemak susu. Ia juga tiada gula tambahan.

Kajian menunjukkan bahawa peserta yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Membran Globul Lemak Susu) dan zat-zat penting berserta dengan senaman berkala setiap hari, mengalami peningkatan fleksibiliti sebanyak 2 kali ganda, peningkatan keseimbangan sebanyak 3 kali ganda dan peningkatan jisim otot sebanyak 40% lebih banyak berbanding kumpulan kawalan.

Bercakap dalam rancangan temu bual TV sebagai sebahagian daripada kempen Hari Osteoporosis Sedunia, Profesor Madya Dr Nor Faissal Yasin, Pakar Perunding Kanan Surgeri Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan UM Specialist Centre menasihati rakyat Malaysia untuk memberi perhatian kepada risiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan tulang, seperti osteoporosis yang mungkin dihadapi oleh hampir 1 daripada 4 rakyat Malaysia (terutamanya golongan wanita) berumur 50 tahun dan ke atas.

“Osteoporosis ialah penyakit senyap yang sering hanya diketahui apabila berlakunya keretakan tulang, biasanya pada pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang belakang. Faktor risiko termasuk kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin D, kekurangan aktiviti fizikal, kurang berat badan, merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, usia lanjut, serta sejarah keluarga.

Orang dewasa pertengahan usia harus memandang serius terhadap penjagaan tulang. Pencegahan osteoporosis merupakan amalan sepanjang hayat, yang boleh bermula dengan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat termasuklah amalan pemakanan yang seimbang dan kekal aktif secara fizikal dengan lebihkan masa berjalan setiap hari. Selain itu, warga Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas juga disyorkan untuk berunding dengan pakar penjagaan kesihatan untuk menilai kesihatan tulang mereka setiap tahun.” 

Tulang yang kuat merupakan salah satu asas untuk menyokong pergerakan, ketahui apakah Usia Pergerakan anda dengan menilai postur, kekuatan, kelenturan dan keseimbangan anda dengan kuiz dalam talian Anlene Move Check: https://movecheckquiz.anlene.net.my/ .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s