MERCATO BUKA SATU LAGI CAWANGAN BAHARU

Cawangan terbaharu pasar raya itu adalah di Great Eastern Mall Kuala Lumpur. 

m 3Pembukaan pasar raya ini bertetapan dengan persekitarannya yang bukan sahaja dihuni oleh penduduk tempatan tetapi juga antarabangsa yang terdiri daripada duta-duta pelbagai negara. Maka tidak hairanlah Mercato turut menawarkan aneka produk antarabangsa. 

m 1

Mark Scates, Pengarah Operasi Stor, Malaysia & Singapura:

“Kami di Mercato percaya dengan memberi kualiti, nilai dan perkhidmatan serta kesenangan kepada pelanggan kami,dan kami sangat gembira dapat memberi komitmen kami pada pelanggan dengan membuka cawangan baharu di pusat beli-belah Great Eastern. Kami jamin pelanggan dapat menikmati pengalaman baharu membeli-belah dan perkhidmatan yang ditawar oleh pekerja kami”

m 5

Mercato Great Eastern menawarkan ribuan produk baharu dari pelbagai kategori yang mempunyai keunikan serta keenakan tersendiri antaranya Akarumi Asian Roast, Piza Hawaiian dan banyak lagi.

m 4

Selari dengan gaya hidup masyarakat tempatan yang menghargai kesihatan, Mercato bakal menjalin kerjasama dengan rangkaian makanan sihat Rawsome di mana satu Bar Salad disediakan untuk pelanggan memilih sendiri makanan sihat yang diingini.

Selain itu, Mercato juga akan menyediakan sebuah mesin memanggang kacang serta minuman kesihatan yang diberi nama Kombocha-Keju.

“Kami mengambil berat keperluan pelanggan kami yang mengingini produk yang dapat meningkatkan gaya hidup dan kesihatan mereka disamping menikmati pengalaman premium, maka atas sebab-sebab itu, kami membuka Mercato di Great Eastern”

Bagi menghargai pelanggan yang datang membeli-belah sempena pembukaan Mercato ini, mereka dapat menikmati promosi eksklusif yang ditawarkan dan 1,000 pelanggan pertama yang berbelanja minima sebanyak RM100 dalam satu resit berpeluang membawa balik beg jut kitar semula eksklusif dari Mercato.

Untuk ketahui promosi dan barangan yang ditawarkan, layari www.facebook.com/MercatoMalaysia 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: