ANIMASI FANTASI JADI INSPIRASI KRISMAS DI SURIA KLCC

Berlatarkan suasana meriah sambutan Krismas pada waktu malam di hadapan stesen kereta api di luar negara, sambutan Krismas tahun ini di Suria KLCC diilhamkan daripada animasi fantasi “The Polar Express”. 

Andy_Kho_3036a

Ia lengkap dengan hiasan lampu kelip-kelip yang menerangi pokok-pokok krismas beserta replika kereta api bersaiz sebenar yang boleh dinaiki oleh pengunjung menambahkan lagi rasa keriangan menyambut perayaan ini.

IMG_20211123_170638

Sempena sambutan Krismas ini juga, Suria KLCC menawarkan ganjaran hebat bernilai lebih daripada RM500,000 melalui program ‘Ganjaran Pembelian Krismas atau Christmas Shoppers Rewards‘ yang mana pengunjung yang membuat pembelian sekurang-kurangnya RM500 dalam SATU resit dari mana-mana kedai khusus dalam pusat beli-belah itu berpeluang memenangi baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000!

Wah, ini satu tawaran yang menakjubkan!!

Sebanyak 76 pengunjung bertuah bakal dipilih dari sekarang sehingga 26 Disember nanti. Manakala pengunjung yang membeli sekurang-kurangnya RM1,500 dalam DUA resit pula akan terus menerima baucar membeli-belah bernilai RM100 selagi stok masih ada.

Selain menikmati dekorasi bertemakan fantasi di Centre Court, anda boleh menaiki replika kereta api dan paling teruja, anda boleh membunyikan hon yang disediakan! Memang rasa seperti menaiki kereta api sebenar!

Andy_Kho_3139a

Jika anda dan keluarga ingin mencuba menaiki keretapi eksklusif pula, boleh ke Aras 1 Ramlee Mall di mana kawasan tersebut telah diubahsuai kepada sebuah stesen kereta api mini yang boleh dinaiki kanak-kanak dengan harga tiket sebanyak RM8. Setiap RM1 daripada cas yang dikenakan akan disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak Suria KLCC.

Andy_Kho_3084a

Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan Santa dan pembantunya yang akan membuat kemunculan di Kotej Santa pada hujung minggu dan hari Krismas untuk bergambar bersama pengunjung. Pengunjung boleh bergambar di kawasan pintu masuk Park Mall di mana di situ terdapat pancaran cahaya umpama aurora yang mempersonakan  setiap kali terdapat pergerakan berhampiran punca pencahayaan.

Warna lembut pastel akan dipancarkan seindah aurora yang mampu menghasilkan kesan yang menarik pada foto yang diambil. Terdapat juga aktiviti interaktif di beberapa lokasi terutama di Stesen Keretapi Polar Ekspress di Centre Court yang akan bercahaya dan mengeluarkan bunyi wisel seperti sebuah keretapi tradisional sebenar yang juga menghasilkan kepulan asap yang mampu mengimbau pengalaman bagaimana keretapi berfungsi pada zaman dahulu.

Di perkarangan pusat beli-belah ini terdapat pokok Krismas dengan ketinggian 100 kaki yang merupakan pokok hiasan tertinggi di Malaysia tersergam di Esplanade menanti kedatangan pengunjung. Bukan sahaja penuh dengan dekorasi yang mengujakan, ianya juga menampilkan kereta api wap di sampingnya. Kereta api ini adalah satu lagi tarikan Polar Ekspress yang boleh diabadikan di dalam Instagram ketika pengunjung menikmati suasana sekitar Esplanade, yang disulami dengan pancutan air berirama di Taman KLCC.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat KLCC, Andrew Brien,

Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah bersedia untuk Krismas. Tahun ini kami akan kembalikan kemeriahan dan keterujaan kepada pelanggan dengan sambutan penuh tradisi ini. Suria KLCC ialah sebuah tempat di mana pengunjung samada pasangan, kawan-kawan, keluarga dan ‘reunion’ yang mampu menceriakan semua.

“Persediaan untuk sambutan Krismas merupakan masa yang dinantikan setiap tahun di Suria KLCC, dengan situasi kelihatan lebih baik untuk tahun ini. Sudah tentu kami sangat teruja melihat pengunjung yang tidak putus-putus menikmati keindahan lampu-lampu dan dekorasi yang telah kami sediakan untuk mereka.

“Di musim perayaan ini, marilah kita bersama mengamalkan penjarakan selamat dan sentiasa memakai pelitup muka memandangkan pandemik ini masih belum tamat. Yakinlah bahawa Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard untuk memastikan keselamatan semua.”

PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA

Edit-4432a

Pengunjung di Alamanda Putrajaya juga di sajikan dengan ganjaran istimewa dari 27 November hingga 26 Disember sebagai sebahagian daripada program penebusan Krismas. Setiap hari hingga 26 Disember, 10 pembeli pertama yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam tidak lebih daripada 2 resit dari kedai khusus akan menerima bekas seramik edisi terhad.

Ibu bapa dengan keahlian VIKids juga akan menerima satu pas percuma untuk menaiki keretapi Polar Ekspress untuk seluruh keluarga sekiranya mereka berbelanja RM500 dan ke atas. Terdapat 800 pas percuma untuk diberikan di Centre Court sepanjang tempoh kempen kepada yang layak.

Kepada mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tidak lebih daripada 2 resit akan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan baucar membeli belah Alamanda bernilai RM300, di samping menerima bekas seramik edisi terhad yang sama. Ahli VIKids juga akan menerima keistimewaan yang sama seperti yang telah dinyatakan.

Pembeli di Alamanda bukan sahaja akan dapat menikmati dekorasi yang bertemakan Polar Ekspress, mereka juga boleh menikmati pelbagai hiburan yang disajikan. Ini termasuklah persembahan klasik yang akan diadakan di Centre Court, dari pertunjukan silap mata, tarian bertemakan Krismas, persembahan Jazz hinggalah kemunculan Santa Claus pada hari Krismas.

MESRA MALL

2Image

Di Mesra Mall, Centre Court akan dihiasi dengan keindahan warna-warni sempena Krismas dari 1 hingga 25 Disember dimana kempen penebusan untuk pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam 2 resit dari mana-mana kedai khusus. Pembeli berhak menebus sebuah balang eksklusif serta merta. Bagi mereka yang berbelanja pada mana-mana hari Ahad dalam waktu kempen akan menerima ganjaran tambahan dimana, 50 pembeli pertama yang memenuhi syarat pembelian pada hari tersebut akan membawa pulang baucar membeli belah bernilai RM20.

Pada hari Krismas, Santa Clause akan membawa keceriaan kepada kanak-kanak dengan layanan istimewa. ‘Secret Santa’ juga akan memberikan kejutan kepada pembeli bertuah dengan baucar F&B bernilai RM10 pada pukul 2 petang hari yang sama yang boleh ditebus di Baskin Robbins/Secret Recipe/Boost Juice.

Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ http://www.mesramall.com⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s