Wah sudah ENAM tahun berturut-turut!
Kali ini sambutan kempen diadakan di Shook! The Starhill Dining, Kuala Lumpur dalam suasana serba mewah penuh gilauan glamour.
Duta Kinohimitsu iaitu Farisha Iris dan selebriti Hong Kong Priscilla Wong turut menyertai dan memeriahkan acara tersebut.
Bertemakan “Love Yourself” atau “Sayangi diri anda”, Hari Kolagen Kinohimitsu dianjurkan oleh Kinohimitsu bagi menggalakkan orang ramai supaya sentiasa kelihatan cantik, berseri dan yakin. Kempen ini juga menggalakkan wanita dan lelaki untuk menyayangi keperibadian diri dan mencari kecantikan dalam diri mereka. Ia berlangsung dari 28 Mac sehingga 30 April 2022.
Tema Kempen Hari Kolagen Kinohimitsu pada tahun ini membawakan elemen fesyen. Kecantikan diri bermula dari dalaman ke luaran melalui fesyen dan gaya. Oleh itu, acara ini juga disertai oleh rumah fesyen, Toi-The Dressmaker dan jenama barangan kemas, Amee Philips.
“Apabila sempadan negara dibuka semula, kehidupan kita akan kembali seperti sediakala. Kita perlu menampilkan diri dengan baik. Kita perlu menjaga kulit dengan baik dan berpakaian kemas untuk bersosial. Keyakinan diri dan keceriaan akan terbentuk apabila penampilan diri kita baik. Kami juga amat berbangga dengan pencapaian Anugerah Kualiti Emas yang telah dianugerahkan oleh Monde Selection untuk tahun 2020 dan 2021. Ini adalah anugerah antarabangsa yang menjamin kualiti produk.” kata Jennifer Chin, Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech Malaysia.
Pelakon dan hos televisyen Hong Kong, Priscilla Wong iaitu pengguna Kinohimitsu Collagen Diamond berasa kagum apabila melihat perubahan positif pada kulitnya dalam jangka singkat dan dengan Kinohimitsu Collagen Diamond dia percaya bahawa penggunaannya akan berterusan kerana ia adalah produk pemenang anugerah.
Farisha Iris iaitu Duta Kinohimitsu sejak tahun 2021 telah tampil di iklan-iklan seperti radio dan TV Kinohimitsu juga menjadi penyokong kuat siri Kinohimitsu Activ seperti Kinohimitsu Collagen Activ, Beauty Activ, White Activ, Snow Activ dan Hawa Activ.
Acara Hari Kolagen bermula dengan ucapan dari Ketua Pegawai Operasi, Cik Jennifer Chin, diteruskan dengan sesi perkongsian oleh artis Hong Kong Ms Priscilla Wong, Duta Kinohimitsu, Cik Farisha Iris, dan Ketua Pegawai Esekutif, Datin Lorela Chia. Cik Priscilla Wong iaitu pengguna Kinohimitsu Collagen Diamond berasa kagum apabila melihat perubahan positif pada kulitnya dalam jangka singkat manakala Farisha Iris pecaya akan rangkaian Kinohimtisu Activ yang dapat membantunya mencapai kulit yang cantik dan sihat. Datin Lorela Chia juga telah lama menjadi pengguna Kinohimitsu Collagen Diamond dan sangat mengesyorkan produk ini kepada rakan-rakannya.
Sebagai mengiktiraf kepentingan kolagen semasa kempen selama sebulan ini, beberapa produk utama kolagen mendapat diskaun istimewa sehingga 40% dari 28 Mac hingga 30 April 2022. Edisi Hari Kolagen Khas Kinohimitsu Collagen Diamond 16’s + Collagen Green Caviar 2’s dan Kinohimitsu Collagen Men 16’s dijual pada harga RM119 sahaja. Barangan berharga istimewa lain termasuk Kinohimitsu Stem Gold+ 180g, Kinohimitsu Marine Gem 180g dan Kinohimitsu Snow Lotus 10’s semuanya dijual pada harga RM99.90, manakala Kinohimitsu Resvera dijual pada harga RM89 dan rangkaian Kinohimitsu Activ dijual pada harga RM35.90.
Tawaran istimewa Hari Kolagen Kinohimitsu boleh didapati di farmasi terkemuka seperti Watsons, Guardian, Caring, Aeon Wellness dan Sasa. Pembelian dalam talian juga boleh menikmati tawaran ini seperti di dalam talian Kinohimitsu, my.kinohimitsu.com atau Lazada dan Shopee.Love Yourself, #YourGlowAwaits
Leave a Reply