Jelajah Selera Makan Malam Bufet rangkaian Hotel Hilton diteruskan di Makan Kitchen, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur.
Di Makan Kitchen, hidangan berbuka menawarkan pelbagai menu signature dengan lebih daripada 10 gerai gaya bazar yang menawarkan kepelbagaian menu mengguna bahan tempatan berkualiti premium daripada bahan-bahan mentah seperti daging, makanan laut sehinggalah rempah ratus untuk memberi rasa asli dan meningkatkan rasa enak pada hidangan yang disediakan.
Antara hidangan yang wajib dicuba di Makan Kitchen adalah:
- Kambing Golek Cef Zul
- Seafood Bakar-Bakar Cef Kelvin
- Itik dan Ayam Panggang Cef Soon
Selain itu, Sup Kawah Meletup, Rendang Peha Kambing, Ayam Percik, Baby Crab ’65’ Cef Sugu , Tandoori Cef Sukvir, serta Double Boiled Soup Cef Chong perlu dirasa dek kerana enak sekali.
Dan yang paling patut anda cuba adalah Durian Tempura dan Apam Balik Crispy Cef Wing. Durian Tempura ini memang lain dari lain. Memang sedap dan makan sekali, pasti akan makan banyak kali! Begitu juga Apam Balik Crispy dengan DUA perisa iaitu jagung serta coklat.
Menu bufet akan bertukar setiap hari maka pengunjung dapat merasai menu berlainan setiap kali berbuka di sini.
Menariknya, sambil menikmati hidangan berbuka puasa, anda juga dihiburkan dengan persembahan band secara langsung.
Pakej berbuka puasa 2.0 di Makan Kitchen:
- Bermula 3 April hingga 3 Mei 2022
- Pukul 6.30 petang hingga 10 malam
- Harga: RM188-Dewasa (bersih) dan RM98 untuk kanak-kanak umur 5 hingga 11 tahun (bersih)
- Tempahan: Hubungi:03-21727272, email:KUTDT_FBReservations@hilton.com atau http://www.eatdrinkhilton.com
Leave a Reply