Sudahlah berpeluang menang kereta flagship itu, pengunjung juga boleh dapatkan baucar beli-belah sebanyak RM30!
Ini semuanya melalui kempen terbaharu pusat beli-belah Alamanda iaitu “The Big Win”.
Apa yang perlu dilakukan untuk mendapat peluang memenangi kereta X50 ini?
Caranya adalah:
- Berbelanja sebanyak RM300 di mana mana kedai terpilih dengan maksima DUA resit,
- pembeli akan menerima satu borang penyertaan untuk cabutan bertuah, yang berlangsung dari sekarang hingga 26 Jun 2022. Setiap pembeli boleh mendapat maksima TIGA borang penyertaan setiap hari.
Selain cabutan bertuah, perbelanjaan minimum RM300 dalam DUA resit juga membolehkan pembeli menikmati ganjaran segera baucar beli-belah bernilai RM30. Setiap pembeli layak mendapat satu penebusan setiap hari.
“Kami sangat teruja untuk memberi peluang kepada para pengunjung Alamanda untuk membawa pulang sebuah SUV yang sedang hangat di pasaran Malaysia. Dengan tawaran menarik seperti ini, Alamanda akan terus menyediakan pengalaman membeli- belah yang berharga dan bermanfaat untuk semua,” kata Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Pembeli yang menyertai cabutan bertuah hanya perlu mengisi butiran mereka, disusuli dengan menjawab soalan mudah dan seterusnya menyerahkan borang penyertaan bersama-sama dengan resit kepada Concierge.
Pemenang bertuah kemudiannya akan dijemput ke majlis penyampaian hadiah di Alamanda pada 29 Julai 2022 nanti.
Leave a Reply