Syabas kerana membantu generasi anak bangsa kita!

Kerjasama di antara dua-dua pihak ini diadakan melalui tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Program Perantis McDonald’s.

MoU itu ditandatangani oleh wakil UiTM, Naib Canselor YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dan YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Hj Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM manakala McDonaldâs Malaysia diwakili oleh YBhg. Datoâ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan dan Encik Hilmy Sulaiman, Pengarah Kanan Undang-Undang dan Francais.


Majlis MOU itu diadakan di Dewan Ajung Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada 10 Jun lalu dan dirasmikan oleh YB Senator Datoâ Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
UiTM dan McDonaldâs menjalin kerjasama dalam TIGA program iaitu:
- Management Apprentice Program (MAP)
- Graduate Employability Program (GEP)
- Internship Pogram (IP)
Program Perantis misalnya bermatlamat menyediakan peluang kerjaya untuk pelajar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar B40 dan individu berkeperluan khas.
Selain mengukuhkan kebolehpasaran graduan, ia turut menyediakan pelajar dengan peluang kerjaya yang bermakna.
UiTM sebagai institusi pengajian tinggi terbesar di Malaysia sentiasa bekerjasama dan mengambil pendekatan proaktif dengan pihak industri dalam memaksimumkan inisiatif kebolehpasaran graduan.
Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor,
âProgram Perantis McDonaldâs dan UiTM amat selari dengan agenda terkini UiTM bagi memperkukuhkan inisiatif kebolehpasaran graduan agar senada dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 Kementerian Pengajian Tinggi, di mana visinya adalah ke arah graduan holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran globalâ.
Untuk menggalakkan kebolehpasaran belia dan graduan, McDonaldâs turut menawarkan beberapa program pekerjaan seperti Program Perantisan Vokasional McDonaldâs di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), selain MAP, GEP dan IP. Sehingga 2021, McDonaldâs Malaysia telah melatih lebih 900 graduan kolej dan universiti di bawah program MAP, GEP dan IP, yang kini sedang bekerja dalam industri hospitaliti.
âMcDonaldâs Malaysia berhasrat memainkan peranannya sebagai sebuah syarikat terkemuka dengan menyokong dan melancarkan lagi pelaksanaan agenda negara melibatkan pembangunan belia. Tahun ini, McDonaldâs terus menumpukan perhatiannya kearah kebolehpasaran belia, dan kami menyasarkan untuk menyediakan 50,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2026. Dengan pertumbuhan perniagaan McDonaldâs di negara ini, kami membuka banyak peluang baharu untuk bakat-bakat muda. Kami komited untuk mengembangkan dan membangunkan tenaga kerja kami, memandangkan mereka adalah keutamaan jenama kami,â kata Datoâ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonaldâs Malaysia.
Menurut Datoâ Azmir, McDonaldâs Malaysia berhasrat melaburkan RM300 juta untuk programprogram latihan dan pembangunan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam ucapannya menyokong penuh inisiatif yang dilaksanakan oleh UiTM dan McDonaldâs Malaysia,
âKriteria graduan yang holistik ini amat penting agar graduan yang dilahirkan dapat menepati landskap dan kaedah pekerjaan yang terbaharu agar dapat menjadi graduan profesional yang berkebolehan untuk mengembangkan ilmu, diri, masyarakat dan negaraâ.
Majlis yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu turut diserikan dengan kehadiran 20 anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari / Rumah Amal Bestari Shah Alam dalam program komuniti âRaikan Senyumanâ kerjasama antara UiTM dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) yang turut diadakan serentak.
Untuk maklumat lanjut, sila layariâwww.mcdonalds.com.my.
Leave a comment