UiTM & McDONALD’S TINGKAT KEBOLEHPASARAN GRADUAN & ANAK BANGSA

Syabas kerana membantu generasi anak bangsa kita!

Foto 1 (2)

Kerjasama di antara dua-dua pihak ini diadakan melalui tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Program Perantis McDonald’s.

Foto 4 (2)

MoU itu ditandatangani oleh wakil UiTM, Naib Canselor YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dan YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Hj Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM manakala McDonald’s Malaysia diwakili oleh YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan dan Encik Hilmy Sulaiman, Pengarah Kanan Undang-Undang dan Francais.

Foto 2 (2)

Foto 3 (2)

Majlis MOU itu diadakan di Dewan Ajung Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada 10 Jun lalu dan dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

UiTM dan McDonald’s menjalin kerjasama dalam TIGA program iaitu:

  1. Management Apprentice Program (MAP)
  2. Graduate Employability Program (GEP)
  3. Internship Pogram (IP)

Program Perantis misalnya bermatlamat menyediakan peluang kerjaya untuk pelajar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar B40 dan individu berkeperluan khas.

Selain mengukuhkan kebolehpasaran graduan, ia turut menyediakan pelajar dengan peluang kerjaya yang bermakna.

UiTM sebagai institusi pengajian tinggi terbesar di Malaysia sentiasa bekerjasama dan mengambil pendekatan proaktif dengan pihak industri dalam memaksimumkan inisiatif kebolehpasaran graduan.

Menurut Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor,

Program Perantis McDonald’s dan UiTM amat selari dengan agenda terkini UiTM bagi memperkukuhkan inisiatif kebolehpasaran graduan agar senada dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 Kementerian Pengajian Tinggi, di mana visinya adalah ke arah graduan holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran global”.

Untuk menggalakkan kebolehpasaran belia dan graduan, McDonald’s turut menawarkan beberapa program pekerjaan seperti Program Perantisan Vokasional McDonald’s di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), selain MAP, GEP dan IP. Sehingga 2021, McDonald’s Malaysia telah melatih lebih 900 graduan kolej dan universiti di bawah program MAP, GEP dan IP, yang kini sedang bekerja dalam industri hospitaliti.

McDonald’s Malaysia berhasrat memainkan peranannya sebagai sebuah syarikat terkemuka dengan menyokong dan melancarkan lagi pelaksanaan agenda negara melibatkan pembangunan belia. Tahun ini, McDonald’s terus menumpukan perhatiannya kearah kebolehpasaran belia, dan kami menyasarkan untuk menyediakan 50,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2026. Dengan pertumbuhan perniagaan McDonald’s di negara ini, kami membuka banyak peluang baharu untuk bakat-bakat muda. Kami komited untuk mengembangkan dan membangunkan tenaga kerja kami, memandangkan mereka adalah keutamaan jenama kami,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Menurut Dato’ Azmir, McDonald’s Malaysia berhasrat melaburkan RM300 juta untuk programprogram latihan dan pembangunan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam ucapannya menyokong penuh inisiatif yang dilaksanakan oleh UiTM dan McDonald’s Malaysia,

“Kriteria graduan yang holistik ini amat penting agar graduan yang dilahirkan dapat menepati landskap dan kaedah pekerjaan yang terbaharu agar dapat menjadi graduan profesional yang berkebolehan untuk mengembangkan ilmu, diri, masyarakat dan negara”.

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu turut diserikan dengan kehadiran 20 anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari / Rumah Amal Bestari Shah Alam dalam program komuniti ‘Raikan Senyuman’ kerjasama antara UiTM dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) yang turut diadakan serentak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

McDONALD’S SERAH ZAKAT PERNIAGAAN SEBANYAK RM500 RIBU

Tahniah McDonald’s Malaysia atas perkongsian zakat yang sememangnya dapat membantu kepada mereka yang memerlukan apatah ia merupakan jumlah tertinggi semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan lima tahun lalu, iaitu sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd pada tahun 2017, sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

FOTO 1

Majlis pembayaran zakat perniagaan ini telah dihadiri oleh Ustaz Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyaksikan penyerahan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia kepada Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sehingga tahun ini, McDonald’s Malaysia telahpun membayar zakat perniagaan berjumlah RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak tahun 2017.

Sebagai pengiktirafan kepada McDonald’s Malaysia yang telah berterusan menjalankan tanggangjawab mereka sebagai sebuah entiti perniagaan milik umat Islam, PPZ-MAIWP telah sekali lagi menyerahkan Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada McDonald’s Malaysia. Sijil ini akan dipamerkan di lebih 40 buah restoran McDonald’s di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Bayaran zakat perniagaan ini merupakan salah satu dari inisiatif kami bagi menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan yang juga merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PPZ-MAIWP atas penyerahan Sijil Pembayar Zakat Perniagaan kepada McDonald’s Malaysia. Diharap dengan sijil-sijil yang akan dipamerkan di restoran kami, keyakinan masyarakat terhadap syarikat kami akan tetap utuh,” kata Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia.

“Tahniah diucapkan kepada McDonald’s Malaysia kerana menjadi satu syarikat contoh yang boleh diikuti oleh syarikat lain. Sebagai satu nama besar, kami yakin McDonald’s Malaysia mampu mempengaruhi lebih banyak syarikat di luar sana untuk menunaikan zakat perniagaan sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi asnaf.

Bulan Ramadan ini adalah masa yang terbaik untuk kita melipatgandakan ibadah. Oleh itu, ambillah kesempatan pada bulan ini untuk berbuat kebaikan dengan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat yang diberi oleh Allah SWT,” kata Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

“MAIWP dalam pada itu menzahirkan rasa penghargaan McDonald’s Malaysia atas komitmen berterusan melunaskan rukun Islam ke empat ini. MAIWP terus mengharapkan kesedaran syarikat-syarikat besar untuk membayar zakat kepada Majlis Agama atau Pusat Zakat Negeri kerana dengan wang zakat anda inilah, kami akan terus dapat menyantuni masyarakat Islam terutamanya asnaf yang memerlukan. Insyaallah, kita harap kolaborasi strategik sebegini akan diteruskan dari masa ke masa dalam usaha kita membantu asnaf meneruskan kelansungan hidup,” ujar Ustaz Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP.

FOTO 3

McDonald’s Malaysia juga telah mengadakan Program Ziarah Komuniti Asnaf, dengan menyantuni 50 buah keluarga asnaf di sekitar kawasan Danau Kota, Kuala Lumpur dan menyerahkan sumbangan wakalah agihan dalam bentuk ‘kotak rezeki’ dan duit raya.

Selain membayar Zakat, McDonald’s Malaysia juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Development Corporation untuk terus mendukung komitmen Halal dan melibatkan diri dalam aktiviti Halal dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.

McDonalds’ Rai 50 Graduan diMajlis Konvokesyen Program Perantis Vokasional

Ia adalah majlis konvokesyen pertama seumpamanya yang diraikan oleh McDonalds’ di Akademi Vokasional McDonald’s baharu yang terletak di McDonald’s Pandu-Lalu Mutiara Damansara.

2

Program Perantis Vokasional McDonald’s merupakan sebahagian daripada usaha McDonald’s Malaysia dalam meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu dalam kalangan belia, sejajar dengan agenda negara. Ini adalah komitmen kami sebagai sebuah syarikat global yang mempunyai reputasi kukuh dalam industri perkhidmatan makanan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

3

Program Perantis Vokasional McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Ia merupakan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia berdasarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang telah diperkenalkan Kementerian. Sebaik sahaja belia-belia ini tamat latihan, mereka dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia, dan seterusnya layak mengembangkan lagi kerjaya mereka di McDonald’s atau dalam industri perkhidmatan makanan di negara ini.

“Sebagai pemimpin industri, kami ingin menjadikan McDonald’s sebagai platform atau asas untuk golongan belia di Malaysia membina kerjaya yang bermakna. Ini adalah tempat untuk mereka mempelajari kemahiran-kemahiran sepanjang hayat, memenuhi potensi diri dan terus menaiki tangga kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan, bukan sahaja di peringkat tempatan, malahan di arena antarabangsa. Apa yang paling penting adalah bagaimana mereka mampu menyelami budaya McDonald’s yang sangat menitikberatkan kualiti dalam segenap aspek perniagaannya, pada masa sama membina hubungan rapat dalam keluarga besar McDonald’s,” tambah Azmir.

Program Perantis Vokasional McDonald’s mula diperkenalkan pada tahun 2018, dan sehingga kini, secara keseluruhan terdapat lebih 1,200 belia di seluruh negara telah dan sedang mengikuti program ini. McDonald’s Malaysia optimis mencapai sasaran 5,000 perantis menjelang penghujung tahun ini.

YBhg. Dato’ Amir Bin Omar, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia Malaysia hadir menyempurnakan majlis konvokesyen ini.

“Pihak Kementerian sangat berterima kasih kepada McDonald’s Malaysia kerana tampil ke hadapan menawarkan kepakaran mereka dalam bidang perkhidmatan makanan. McDonald’s Malaysia merupakan satu-satunya restoran khidmat segera yang melaksanakan inisiatif perkongsian pengetahuan seperti ini, sekaligus menambah nilai kepada program-program latihan kemahiran sedia ada yang ditawarkan, khususnya melibatkan kerjasama industri. Hal ini juga amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk mengatasi isu pengangguran belia melalui galakan terhadap penyertaan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).” kata YBhg. Dato’ Amir.

Belia-belia yang mengikuti program ini ditaja sepenuhnya oleh McDonald’s Malaysia, termasuklah pemberian elaun bulanan RM1,200, tempat tinggal, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma. Secara keseluruhan, McDonald’s Malaysia membelanjakan RM30,000 untuk seorang perantis.

McDonald’s Malaysia yang mempunyai lebih 14,000 kakitangan di seluruh negara memberi keutamaan dalam membangunkan bakat dan kecekapan tenga kerja. Selain daripada Program Perantis Vokasional McDonald’s, syarikat khidmat segera ini juga memperkenalkan inisiatif-inisiatif lain seperti Program Perantis Pengurusan McDonald’s dan Program Sarjana Pengurusan Perniagaan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kepada para belia yang ingin menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s, sila layari https://www.maukerja.my/mcd/.

 

The First McDonalds In Malaysia Is Now ‘Mekdi’ As Part of Celebrating Merdeka Day

Besides that, McDonalds Malaysia also introduces Nasi Lemak McD as part of the Merdeka Day celebration and 37 years of being Malaysian.

Photo 1 (17)

The signage for Mekdi, which is the localised nickname for ‘McD’, short for McDonald’s – is now prominently displayed at McDonald’s Bukit Bintang restaurant, the very first McDonald’s to open its doors in Malaysia back in 1982.

“Over the past 37 years, Malaysians have helped make McDonald’s Malaysia the recognised brand that it is today. As a gesture of appreciation for their continuous support, we decided to embrace the Mekdi name Malaysians have affectionately given us, which is now synoymous with our brand,” said Vice President and Chief Marketing Officer of McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Photo 4 (5)

In celebration of all things Malaysian this month, McDonald’s Malaysia has also introduced Nasi Lemak McD, its own version of a dish beloved by so many Malaysians. The meal comes complete with fragrant coconut rice, crispy anchovies, fresh cucumber, and fried egg, topped with spicy sambal. Customers can also maximise their meal experience by adding on Ayam Goreng McD and a cup of Iced Lemon Tea.

Photo 6 (5)

Recognising the popularity of Nasi Lemak amongst Malaysians, McDonald’s Malaysia has also initiated a nationwide petition on Change.org to rally for Nasi Lemak to be officially recognised as the national dish of Malaysia, with a target of gathering 1 million signatures by Malaysia Day (16 September). To be part of this movement, head over to http://chng.it/LDfjGDJsQs.

Nasi Lemak McD is now available in all McDonald’s Malaysia restaurants nationwide and will be a permanent item on McDonald’s menu, available 24 hours a day.

The Nasi Lemak McD set is only RM5.99 during breakfast hours and is served with an Iced Milo. During regular hours, the set is priced at RM12.99 with 1 piece of Ayam Goreng McD and an Iced Lemon Tea, while it is RM15.99 for 2 pieces of Ayam Goreng McD and an Iced Lemon Tea.

McDonald’s Malaysia – Malaysian at Heart

Since opening its first store in Bukit Bintang in 1982, McDonald’s Malaysia has localised almost its entire business – from its menu, suppliers, franchisees, community, and charity initiatives.

 Localised menu offerings: In addition to its core menu items, McDonald’s Malaysia continuosly introduces menu offerings that are distinctly Malaysian and appeals to local tastebuds, such as the latest Nasi Lemak McD and Extra Spicy Ayam Goreng McD. In fact, Malaysia was one of the first markets in the world to include Ayam Goreng in its menu. Local flavours are also infused in the dessert menu, such as the Cempedak McFlurry, Corn Pie, and Cendol Cone, all of which are currently available at McDonald’s restaurants nationwide.

 Locally sourced ingredients: 80 percent of McDonald’s Malaysia’s ingredients are sourced right here in Malaysia. Everything from chicken, to vegetables, and sauces – including Malaysians’ favourite Chilli Sauce – are produced or sourced locally. Only the freshest and highest quality local ingredients are used in all its exciting menu offerings.
 Restaurants are backed by an all-Malaysian workforce*: McDonald’s Malaysia currently employs 14,000 Malaysians, and the company is committed to providing local employees with equal and quality opportunities for development, training, and career advancement at every level.

 Franchisees are 100 percent Malaysian: McDonald’s Malaysia continues to work closely with local Malaysian entrepreneurs to grow the brand in areas such as Sabah and Sarawak. All 21 of our local franchisees are Malaysian, operating over 30 restaurants across Malaysia.

 Local grassroots activities: McDonald’s restaurants nationwide give back to local communities by organising various initiatives such as meal donations to local charities, Teacher’s Day celebrations as well as flood relief efforts. In 2018 alone, McDonald’s Malaysia held more than 10,000 community engagements.

 Charity initiatives for Malaysian children: Through Ronald McDonald House Charities (RMHC), McDonald’s Malaysia continues to support programmes that directly improve the health and well-being of children and their families. Another initiative close to McDonald’s heart is the ‘Back-to-School’ programme, which has benefitted 23,000 urban poor primary school children since 2017.

Melati added, “While McDonald’s is one of the most renowned global brands, McDonald’s Malaysia prides itself in being a Malaysian company at heart. Our business focuses on Malaysians and understanding their needs, whether through our menu items, charity efforts, or nurturing our talent.”

For more information on McDonald’s exciting menu offerings this Merdeka month, visit http://www.mcdonalds.com.my.