NESTLE OMEGA PLUS DARK CHOC BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Sudahlah sedap penuh rasa COKLAT yang enak, bagus pula untuk kesihatan jantung!

image (2)

Diperbuat daripada kebaikan susu dan koko yang lazat, versi perisa COKLAT ini menawarkan satu pilihan minuman baharu buat sesiapa yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat jantung.

1383412_10151639642821681_537654068_ (2)

Tahukah anda?

image (1)

Penyakit jantung kekal menjadi pembunuh No.1 di Malaysia. Lebih membimbangkan lagi, kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan 8 juta (hampir 40%) orang dewasa di Malaysia. Justeru, semua orang dinasihatkan agar sentiasa memantau dan mengurus tahap kolesterol, dan ini dapat dicapai menerusi amalan gaya hidup yang sihat dan aktif, seperti berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, serta digandingkan dengan diet yang sihat jantung.

Sebagai pendukung kesihatan jantung yang terkemuka di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS telah menerajui kesedaran kesihatan jantung melalui pelbagai inisiatif sejak dua dekad yang lalu.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad, Lam Pui Yuee berkongsi:

“Kami telah menghasilkan varian Dark Choc ini dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia. Kami berharap semoga dengan menawarkan pelbagai perisa, kami akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil NESTLÉ OMEGA PLUS dua kali sehari bagi membantu menguruskan paras kolesterol mereka.”

NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc menawarkan manfaat ActiCol® yang sama, iaitu 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti secara saintifik dapat membantu menyekat penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah. Selain merendahkan paras kolesterol, NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc turut menawarkan kebaikan tambahan koko yang lazat. Hanya 2 gelas sehari dapat memenuhi 100% keperluan kalsium harian serta 11 vitamin & mineral penting.

Penjagaan kesihatan jantung tidak pernah semudah dan selazat ini, iaitu dengan hanya DUA gelas NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc sehari!

NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc kini boleh didapati di gedung runcit utama di seluruh negara dan didatangkan dalam dua saiz, iaitu pek 550g dan 900g.

Untuk maklumat lanjut, layari:

*untuk semua rangkaian NESTLÉ OMEGA PLUS kecuali format serbuk coklat gelap NESTLÉ OMEGA PLUS (rendah lemak)

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: