Wah satu lagi pasar raya Korea dibuka di Malaysia!
K Plus Food Market, pasar raya premium Korea yang PERTAMA dan TERBESAR ini dibuka pada 7 Oktober lalu di pusat beli-belah The Curve.
Majlis pembukaan telah dihadiri oleh Cef Selebriti Malaysia terkemuka, hos rancangan TV dan pengusaha restoran, Datuk Dr. Cef Wan.
Pasar raya yang mempunyai keluasan kira-kira 28,000 kaki persegi itu menawarkan pelbagai makanan dari kafe ala Korea, sudut daging dan makanan laut segar, sudut hidangan sampingan (banchan), kimchi dan banyak lagi.
K Plus Food Market dilancarkan sebagai inisiatif K-Eco Mart (M) Sdn. Bhd. menghubungkan budaya di antara Malaysia dan Korea Selatan disamping mempromosi pelancongan rentas budaya; sepertimana permintaan produk dari Korea Selatan meningkat disebabkan oleh pengaruh budaya pop Korea.
Sebagai peneraju peruncitan di Malaysia, K-Eco Mart membawakan produk-produk yang diminati termasuk makanan dan minuman, barangan kecantikan, barangan rumah dan banyak lagi. Rakyat Malaysia berpeluang untuk meneroka dan merasai ‘Gaya Hidup Korea’ di pasaraya sehenti ini.
Memandangkan kini Malaysia sedang melalui fasa endemik, maka, K PLUS Food Market bertindak sebagai mercu tanda kepada rakyat tempatan yang masih ragu-ragu untuk melancong ke luar negara. Sebagai komitmen untuk memberi pengalaman budaya Korea secara menyeluruh, K-Eco Mart telah berunding dengan pereka dalaman terbaik dari Seoul untuk pengubahsuaian K PLUS Food Market bagi menampilkan paparan estetik kepada pengunjung supaya mereka dapat menikmati gaya hidup Korea yang serba moden di negara sendiri dengan lebih selamat dan selesa.
Encik Im Chae Wook, Kaunselor kepada Kedutaan Republik Korea berkata,
“Dengan melihat terbinanya pasaraya baru ini, saya percaya ini adalah bukti bagaimana Korea Selatan dan Malaysia berdedikasi untuk memperkasakan satu sama lain dan saya teruja melihat kedua-dua negara terus menuju ke masa hadapan.”
Pengerusi K-Eco Mart, Datuk Matthew Lew berkata,
“Malaysia sentiasa mengalu-alukan dan menghormati budaya lain, dan untuk saya, ini adalah keistimewaan negara kita. Saya berbangga kerana dapat menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan melalui K Plus Food Market dan memenuhi permintaan pengguna yang mengutamakan produk yang berkualiti dan tulen. Dengan pelancaran K Plus Food Market, saya teruja untuk menyediakan platform serba lengkap kepada rakyat Malaysia demi memenuhi keperluan produk Korea anda.”
K PLUS Food Market menunjukkan usaha K-Eco Mart dalam memperkasakan Malaysia dan Korea Selatan disamping mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menghargai persahabatan melalui inovasi dan pelancongan rentas budaya.
K-Eco Market turut teruja untuk menyambut pengunjung tempatan dan antarabangsa ke K PLUS Food Market di mana peminat budaya pop Korea dapat membeli barangan Korea yang hanya dapat dilihat di kaca televisyen sebelum ini.
Leave a Reply