Wah lepas ini, bolehlah bawa ibu bapa terutamanya warga emas bersama-sama membeli-belah di Giant setiap hari Rabu bermula 26 Oktober untuk nikmati tambahan diskaun sebanyak 3%!
Tambahan diskaun ini boleh dinikmati oleh warga emas termasuk yang berstatus Permastautin Tetap berumur 60 tahun ke atas untuk hampir semua barangan termasuk barangan promosi. Maka lebih banyak anda membeli, lebih banyak pengurangan harga.
Tambahan diskaun ini diberikan sempena meraikan ulang tahun PERTAMA kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama” yang telah bermula pada tahun lepas. Ia diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan barang keperluan pada harga mampu milik.
Kini,
kempen diteruskan dengan memberi kemudahan kepada warga emas sehingga akhir tahun!
“Antara produk kegemaran warga emas termasuklah produk di bawah jenama Meadows seperti biskut dan kopi yang menawarkan rasa yang hebat pada nilai yang berpatutan. Kami di Giant sangat gembira membantu pelanggan kami mendapat lebih penjimatan dengan harga yang lebih rendah setiap hari serta diskaun tambahan 3% setiap hari Rabu untuk warga emas. Mereka boleh terus menikmati penjimatan untuk pembelian barangan harian kerana penjimatan yang kecil itulah yang membuat perbezaan yang besar!” kata Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan).
Menurut pelanggan tetap Giant yang berusia 83 tahun, Tn. Hj. Mohamed Ahmad, beliau amat menghargai usaha Giant Hypermarket kerana memberi harga yang lebih rendah untuk membeli barangan keperluan harian bagi warga emas seperti beliau.
“Dengan penjimatan tambahan ini, saya boleh membeli lebih banyak barangan. Terima kasih Giant”.
Seorang lagi pelanggan tetap Giant yang berusia 61 tahun, En. Muhalim Kamarudin berkata dia boleh menjimatkan lebih banyak wang dengan berbelanja pada setiap hari Rabu, walaupun dalam keadaan ekonomi semasa dan harga barangan yang semakin meningkat.
“Anak perempuan saya akan membawa saya membeli barangan keperluan di Giant Hypermarket pada hari Rabu ini. Saya sangat gembira kerana bukan sahaja saya dapat meluangkan masa dengan anak, malah saya juga dapat berbelanja dengan jimat”.
Ini adalah sumbangan Giant untuk membantu pelanggan mereka mendapatkan penjimatan yang berterusan memandangkan “Harga Lagi Rendah Lagi Lama” terbukti membantu pelanggan Giant berjimat sejak dari permulaan kempen. Beratus-ratus produk baharu telah dimasukkan sempena kempen ini untuk memudahkan pelanggan membeli dan memanfaatkan sepenuhnya kempen ‘Harga Lagi Rendah Lagi Lama’. Maka anda tidak perlu membeli dengan banyak dan menyimpan stok di rumah dengan banyak sepanjang promosi kerana harga rendah dikekalkan dengan lebih lama!
Giant berjanji memastikan harga barangan tersebut kekal rendah sepanjang tahun 2023!
Terdapat lebih 100 barangan baru yang ditambah. Antaranya:
- Pek Jumbo MOLFIX Extra Dry Pants pada harga RM27.50
- Beras Wangi Thailand CAP UDANG AAA 10kg pada harga RM37.95
- Tisu Muka Mewah 3 lapis VINDA 4x120s Pek Lembut pada harga RM10.50
- Isian Semula Cecair Pencuci Pakaian BREEZE 3.2kg pada harga RM18.50
- Isian Semula Gel Mandian DETTOL 850ml pada harga RM11.90
- Isian Semula Pelembut Pakaian SOFTLAN 1.5-1.6L beli 2 pek pada harga RM11
Ini mengukuhkan lagi komitmen Giant dalam membantu pelanggannya menghadapi pemulihan ekonomi yang mencabar dengan mengekalkan harga yang rendah walaupun sewaktu kadar inflasi meningkat.
Sejak permulaan kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama”, Giant Malaysia menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan keperluan harian. Dengan tambahan diskaun untuk warga emas, pelanggan Giant sudah pasti akan mendapat lebih banyak penjimatan apabila berbelanja di Giant Hypermarket dan di kedai TMC seluruh negara.
Warga emas akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 3% tanpa sebarang perbelanjaan minima dan diskaun ini juga terpakai untuk produk dalam promosi. Pengecualian hanyalah untuk pembelian:
- rokok
- susu tepung bayi
- E-Pay
- baucar hadiah/kad hadiah
- pembayaran bil
- tambah nilai prabayar
- tambah nilai ‘Touch ‘n Go’.
Warga emas akan dapat menikmati manfaat diskaun ini dengan hanya mengemukakan MyKad sebagai pengesahan semasa pembayaran.
Antara pembelian yang mendapat sambutan yang tinggi daripada warga emas adalah barangan seperti biskut, oat segera, produk tenusu/susu dewasa, alat bantu memasak, beras, minyak masak dan juga lampin dewasa.
Giant Malaysia kekal komited untuk menyediakan persekitaran membeli- belah yang selamat dan selesa untuk semua pelanggan mereka, terutamanya bagi pelanggan yang berkeperluan khas. Giant juga sedang berusaha untuk mewujudkan lorong pembayaran keutamaan khas, secara kekal di semua Giant Hypermarket bagi memendekkan masa menunggu, terutamanya bagi kumpulan istimewa ini.
Leave a Reply