AL-IKHSAN SPORTS SAMBUT 2023 DENGAN KEMPEN ‘MAKING TRAVELLING SPORTIER SINCE 1993’

Kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ ini amat sesuai bagi mereka yang sedang ataupun sudah merancang percutian agar tampil dengan gaya “sporty” mengenakan koleksi pakaian serta barangan sukan meskipun sewaktu percutian.

ikhsan 5 (2)

Tujuan peruncit barangan sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports mengadakan kempen tersebut adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah sebagai gaya hidup masa kini. Al-Ikhsan Sports juga mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama bergaya “sporty” dengan koleksi pakaian serta barangan sukan tidak mengira situasi.

ikhsan 4 (2)

“Sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, Al-Ikhsan Sports berazam untuk menjadikan sukan sebagai sebuah gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua. Rangkaian produk Al-Ikhsan Sports adalah berkualiti tinggi dan juga direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna kami di seluruh Malaysia. Barangan di Al-Ikhsan bukan sahaja sekadar barangan sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian meraka. Kempen ini menyediakan rangkaian lebih dari 10,000 barangan sukan bermula daripada RM29 dan ini belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini” kata Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

VERSATILITI PRODUK DENGAN HARGA MAMPU MILIK

ikhsan 3 (2)

Antara barangan Al-Ikhsan Sports utama yang diperagakan dalam kempen ini adalah:

  • jersi
  • topi
  • kemeja-T
  • hoodie
  • jaket
  • pelbagai jenis beg mudah alih
  • kasut sukan
  • kasut santai

ikhsan 2 (2)

Barangan keluaran Al-Ikhsan Sports sudah semestinya menjadikan #OOTD percutian lebih bergaya dan menarik. Kesemua barangan ini boleh didapati di 170 kedai Al-Ikhsan Sports di Semenanjung Malaysia juga pembelian melalui laman e-dagang rasmi kami di www.al-ikhsan.com.

PROMOSI HEBAT SEPANJANG DISEMBER 2022

ikhsan 1 (2)

Menepati objektif tersebut, Al-Ikhsan Sports telah merangka pelbagai promosi bertema yang dijangka mampu menarik perhatian pencinta sukan tanah air.

Antara promosi menarik yang diadakan melalui kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ ini adalah :

  • ‘Bundle Deals’
  • ‘12-12 Special’
  • ‘Clearance Sales’
  • promosi ‘New Year New You!’.

Kempen ini dijangka mampu memenuhi selera setiap lapisan rakyat dengan bajet mereka yang tersendiri.

Untuk maklumat lanjut boleh layari platform digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn dan juga menerusi www.al-ikhsan.com.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: