KARNIVAL “MUSIM SEJUK” SPRITZER 2022 DI SPRITZER ECOPARK

Jom beramai-ramai mengunjungi Karnival “Musim Sejuk” ini sempena percutian akhir tahun 2022!

eco 4 (2)

Sambutan akhir tahun SPRITZER (“Syarikat”) dianjurkan dengan tema “Musim Sejuk” selepas dua tahun terjejas akibat pandemik COVID-19. Hasrat syarikat adalah untuk menyebarkan keceriaan percutian dan kebersamaan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

“Musim sejuk” Spritzer EcoPark berlokasi di Taiping, Perak akan menurunkan salji mengikut sesi yang diadakan pada hari tertentu, dengan EMPAT sesi setiap hari, dan setiap sesi berlangsung selama 30 minit.

eco 1 (2)

Berikut adalah tarikh-tarikh salji akan turun di Spritzer EcoPark

Tarikh turun salji: 16, 17, 18, 23, 24, 25 Disember 2022
Masa sesi: 6:30 petang., 8:00 malam., 9:00 malam., 10:00 malam.

eco 2 (2)

Selain hiasan dekorasi yang cantik, karnival kali ini juga amenawarkan pelbagai aktiviti yang menarik. Orang ramai amat dialu-alukan untuk mengunjungi Spritzer EcoPark  bermula dari 16 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023.

eco 3(2)

Pokok Krismas Gergasi setinggi 28 kaki didirikan dengan sebahagiannya diperbuat dari botol Spritzer Sparkling dan Air Mineral Semulajadi Spritzer yang dikitar semula. Ahli keluarga dan rakan-rakan boleh merakamkan kenangan indah yang bersuasana Krismas di struktur berbentuk kubah (“Igloo”).

Aktiviti Karnival “Musim Sejuk” yang lain termasuklah buih belon gergasi (“Giant bubble”), kart pedal, golf mini, stesen permainan pesta keriangan seperti “Flip the Bottle”, “Toss the Ring” dan banyak lagi! Anda juga boleh membuat kraftangan Krismas anda dari bahan kitar semula.

Makanan dan minuman tidak ketinggalan semasa karnival. Popcorn buatan Spritzer EcoPark dan minuman istimewa Tropical Fizz yang dibancuh menggunakan Spritzer Sparkling sentiasa disyorkan dan menjadi pilihan untuk pengunjung bersantai sambil menikmati aktiviti luar.

Bengkel khas akan diadakan untuk membuat biskut halia (“Gingerbread”) dan bebola tepung pulut yang lazat.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai bengkel-bengkel dalam tempoh yang tersenarai, dan pra-tempah tidak diperlukan!

Bengkel biskut halia: 23-25 ​​Disember 2022 (5:00 petang – 10:00 malam)
Bengkel bebola tepung pulut: 16-18 Disember 2022 (5:00 petang. – 10:00 malam.)

Spritzer menggalakkan penggunaan semula dan kitar semula bahan-bahan demi pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar melalui eko-pelancongan di Taiping.

Sekali lagi, Spritzer ingin menyampaikan jemputan kepada orang ramai untuk melawat ke Spritzer EcoPark dan ingin mengucapkan selamat becuti kepada semua!

Jumpa anda semua di sini!

 

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: