ALAMANDA RAI KERIANGAN KRISMAS BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN YESUVIN MAHLIGAI

Kanak-kanak dan belia di antara umur 3 hingga 18 tahun  diraikan dengan penuh kegembiraan dan cukup bermakna oleh pihak pengurusan setibanya mereka di perkarangan  pusat beli-belah Alamanda.

IMG20221214120151 (2)

Untuk memeriahkan lagi sambutan Krismas mereka, kanak-kanak kecil telah dibawa menaiki tunggangan permainan di dalam pusat beli-belah sebelum dibawa ke Centre Court untuk menyaksikan persembahan silap mata.

IMG20221214110721 (2)

Di situ, mereka juga teruja dengan kemunculan Santa Klaus yang memberi gula-gula dan berhibur dengan keletah Santa Klaus.

IMG20221214112531 (2)

Selesai persembahan yang menghiburkan dari pemain silap mata itu, mereka kemudiannya menerima hadiah Krismas yang disampaikan oleh Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong.

IMG20221214115706 (3)

Acara sambutan Krismas menjadi lebih bermakna apabila rakan-rakan niaga yang lain turut menyumbang snek dan pelbagai barangan kepada kanak-kanak ini. Selesai acara memberi hadiah, mereka disajikan dengan makan tengahari yang istimewa di Secret Recipe.

DSC09903-77 (2)

Andrew Brien, Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata,

“Memandangkan musim Krismas sudah tiba, kita harus sentiasa ingat bahawa ramai di luar sana yang kurang bernasib baik. Oleh sebab ini dan sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada kanak-kanak ini dan kami berharap majlis ini akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk mereka. Tetapi nilai sebenar bukanlah tentang hadiah, tetapi niat di sebaliknya – yang diberikan dengan penuh kasih sayang, sama seperti hari ini”

Puan Viviliyah Rajan, selaku penjaga Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor berkata,

“Layanan istimewa daripada Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini. Ketika orang lain berpeluang meraikan Krismas bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini bukanlah hanya sekadar menerima angpow atau barangan, tetapi layanan dah perhatian yang istimewa”

Untuk maklumat lanjut, layari:

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: