BIORE UV Aqua Rich Watery Essence Beri Perlindungan Kulit Berseri 360

Melalui formula ‘MICRO UV DEFENSE’ SPF 50+ PA++++ PERTAMA di dunia, Biore UV Aqua Rich Watery ini pastinya memberi kecantikan pada wanita Malaysia sama seperti wanita Jepun yang sentiasa dikagumi kerana kulit mereka yang cantik, mulus dan cerah berseri.

Photo 1 (13)

Di sebalik rahsia kulit cantik berseri ini, adalah rejim penjagaan kulit yang berkesan serta penggunaan produk perlindungan yang inovatif juga memainkan peranan yang penting.

IMG_20190702_142949

Bagi wanita Malaysia yang mengidamkan kulit cantik berseri bak porselin, pasti sukar untuk kekal cantik berseri 360 kerana sering terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) yang memudaratkan setiap hari tanpa disedari.

IMG_20190702_143034

Dengan keadaan iklim tropika yang tidak menentu seringkali akan merangsang masalah kulit. Iaitu adalah amat penting bagi wanita Malaysia memakai pelindung matahari setiap hari dan menjadikan ia sebahagian daripada rejim kecantikan mereka. Di Malaysia, sinaran UV semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ketika waktu puncak, ianya boleh mencapai paras antara 8 hingga 10 dan boleh meningkat sehingga 15 di waktu tengahari pada hari yang cerah. Lebih menakutkan lagi, pancaran sinaran UV bukan sekadar berlaku di luar rumah, malah sehingga 70% sinaran UV boleh menembusi ke dalam rumah melalui tingkap. Di samping itu, berdasarkan Kao Skincare Benchmark Study 2018, hanya 17% wanita Malaysia berumur di antara 15-49 tahun mendapat perlindungan secukupnya dari sinaran UV.

FORMULA ‘MICRO UV DEFENSE’ SPF 50+ PA++++ PERTAMA※ DI DUNIA

Sejak kebelakangan ini banyak kawasan di Asia kini mengalami peningkatan suhu yang mendadak dan terdedah kepada sinaran UV yang melampau. Bersamaan ini, keperluan untuk perlindungan UV turut berubah dan permintaan untuknya juga semakin meningkat.

Menyedari keperluan pengguna, Kao Biore menyahut cabaran untuk mengubah mekanisme perlindungan UV. Selepas penyelidikan intensif selama 7 tahun sejak dipasarkan pada tahun 2010, Kao Biore sekali lagi mencetus revolusi menerusi “Micro Defense Technology” inovasi yang memaksimakan potensi SPF50+ sepenuhnya, dimana ia memberi tahap perlindungan tertinggi dalam lingkungan ini. Rumusan Aqua Rich dengan tekstur ringan seakan air yang diperbaharui, sesuai untuk dipakai setiap hari di mana ia mampu memberikan perlindungan UV optimum.

“Menangani ancaman perubahan alam sekitar terhadap kulit kita menjadi semakin sukar. Oleh itu, Kao Biore sentiasa memperkenalkan inovasi kecantikan yang bertumpukan pengguna seiring dengan misi global Kao iaitu menerajui perubahan demi memperkasakan kehidupan. Sejak penampilan sulungnya, Bioré UV adalah pelindung matahari paling laris dari segi jumlah jualan di Jepun sejak 12 tahun* kebelakangan ini, dan kini merupakan pelindung matahari No.1 di Malaysia. Menerusi inovasi canggih ini, Kao Biore tekad untuk terus membangkitkan minat terhadap ciri estetika Jepun serta berkongsi rahsia kulit berseri wanita Jepun, iaitu inovasi seri kecantikan 360 yang boleh anda alami sendiri,” kata Presiden Kao Malaysia, Encik Masaki Fujiwara.

BIORE UV AQUA RICH WATERY ESSENCE YANG BAHARU & DIPERBAIKI

Biore UV Aqua Rich Essence SPF50 + PA ++++ yang diperbaharui merupakan gabungan pelindung UV yang tahan lama dan tampak semulajadi apabila dipakai, serta bertekstur seakan air, tidak melekit dan cepat menyerap ke dalam kulit. Ia juga berfungsi sebagai pelindung matahari dan diformulasi khas untuk menjadikan kulit lebih mulus dan gebu serta-merta. Ia juga boleh digunakan sebagai pelembab wajah atau asas mekap yang ideal untuk digunakan setiap hari.

Micro Defense Technology untuk tahap perlindungan UV tertinggi dan menyeluruh
Formula unik yang melindungi secara menyeluruh sehingga ke liang-liang kulit untuk perlindungan UV harian yang tiada bandingan, melindungi kulit dari sinar UVA1, UVA2 & UVB yang menyebabkan selaran matahari, tona kulit tidak sekata dan tanda-tanda penuaan pramatang seperti bintik-bintik pigmentasi dan kulit kusam. Kapsul anti-UV 0.2 mikro milimeter, mampu meresapi ketidaksekataan kulit yang tidak kelihatan dengan mata kasar, membentuk tabir pelindung sekata di permukaan kulit sehingga ke tahap mikroskopik bagi menghalang masalah kulit akibat pancaran UV.

Tekstur seakan air dan tidak melekit dengan esen penghidrat yang menakjubkan!
Walaupun mampu memberi perlindungan optimum daripada sinaran UV, Biore UV Aqua Rich masih mengekalkan teksturnya yang seakan air, tidak melekit dan cepat menyerap yang disukai ramai pengguna. Ianya menyegarkan dan terasa sangat ringan pada kulit apabila dipakai, manakala formulasi tidak melekitnya pula memudahkan penyerapan yang cepat tanpa meninggalkan sebarang tompok putih. Ia juga berfungsi sebagai primer pelembab kerana diperkaya dengan agen pelembap seperti Asid Hyaluronik & Ekstrak Royal Jelly. Selepas penggunaan, kulit tampak lebih segar dan lembap, sangat sesuai dipadankan dengan bedak asas untuk kemasan yang sekata.

Sesuai untuk semua jenis kulit, boleh digunakan untuk muka & bahagian badan.

※Unique formulation contains “encapsulated UV filters” which consists of amphiphilic ingredients (able to have affinity for both water & oil) of glyceryl behenate, sorbitan distearate and UV filters. (Based on prior art search and research in the database of Mintel Japan, Co., Ltd. by Kao in July, 2018)
* Source: INTAGE Inc. SRI Volume share data Oct 2006 – Sep 2018

Bioré UV Aqua Rich Essence SPF50 + PA ++++ 50g dijual pada harga RM35.00. Terdapat di semua farmasi, pasar raya besar dan peruncit utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Bioré di Malaysia, sila lawati:

Lima Keluarga Menangi Busana Rekaan Jovian Mandagie Sempena “Gaya Raya Bersama TOP”

Bertuah betul LIMA keluarga ini memenangi hadiah Busana daripada pereka fesyen terkemuka dan yang menarik, membawa pulang rangkaian produk TOP, jenama detergen No.1 di Malaysia  yang  bernilai RM30,000!

TOP_GayaRaya_02

Ceria terpapar di wajah masing-masing apabila mengenakan busana istimewa di Syawal tahun ini. Bukan mereka sahaja, malah anak-anak yatim yang datang ke majlis Hari Raya TOP turut diraikan dengan Koleksi Hari Raya Jovian Mandagie Bernilai RM10,000!

TOP_GayaRaya_01

Berita gembira itu telah dikongsi pada acara Rumah Terbuka ‘Gaya Raya Bersama TOP’ yang dihadiri pasukan TOP bersama Jovian Mandagie, artis-artis popular Ernie Zakri dan Ismail Izzani, para pemenang peraduan serta pengamal media. Pada majlis keraian berkenaan, tetamu juga telah bersama-sama menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

TOP_GayaRaya_03

Pada tahun ini, TOP telah menerapkan komponen Tanggungjawab Sosial Korporat dalam kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ dengan menggembirakan 31 kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera dengan menghadiahkan koleksi baju kurung dan baju Melayu sedia dipakai rekaan Jovian Mandagie yang bernilai RM10,000.

Menurut Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik), Southern Lion Sdn Bhd, Cik Ling Ai Li, pengguna meyakini teknologi detergen TOP dari Jepun bagi penjagaan kain cucian harian mereka yang turut merangkumi item-item berat seperti tuala, langsir dan kelengkapan tempat tidur. Malah, TOP juga dipercayai menjaga item-item pakaian jagaan rapi.

“Semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada TOP sebagai detergen pilihan utama mereka, sama ada dalam bentuk serbuk, cecair mahupun detergen dengan konsentrasi ultra. Kami sentiasa melihat peningkatan ketara jualan sebelum musim perayaan kerana rakyat Malaysia suka mencuci dan menyegarkan semula pakaian mereka sebelum sambutan, malah ia turut digunakan untuk busana rekaan pereka terkemuka.

“Oleh itu, ini merupakan waktu terbaik bagi kami untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan di atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan dalam menjadikan TOP sebagai keperluan penting cucian. Para pemenang dan keluarga mereka kelihatan hebat mengenakan koleksi Jovian Mandagie pada Hari Raya ini,” katanya.

Cik Ling menambah,

“Kami memilih untuk menjalin kerjasama dengan Jovian Mandagie kerana rekaan beliau sentiasa menarik perhatian rakyat Malaysia yang bergaya, pada masa yang sama mengekalkan kehalusan jahitan baju raya tradisional.

Kami amat berbangga kerana pada tahun ini, syarikat telah meneruskan kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ sebagai satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menghadiahi kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera pakaian rekaan Jovian Mandagie yang dapat dipakai lama.  Sebagai detergen pilihan ramai, TOP terbukti efektif menanggalkan kotoran degil serta mampu menembus ke teras fabrik melalui inovasi Anti Sebum dan Micro-Clean Tech kerana ia lebih menjimatkan masa dan terjamin bersih.”

Lima keluarga pemenang peraduan berkenaan telah menawan pentas peragaan dan berkongsi gaya serta penampilan pakaian Gaya Raya Bersama TOP oleh Jovian Mandagie. Sungguhpun ia merupakan peragaan sulung masing-masing, namun model-model terlibat jelas menunjukkan aura keyakinan serta keterujaan mereka.

Sementara itu, bagi Jovian Mandagie, kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ menjadikan koleksi sedia dipakai beliau lebih mudah digayakan oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

“Terlalu ramai individu menjauhi diri daripada mengenakan pakaian oleh pereka fesyen ternama kerana beranggapan ia mahal dan memerlukan jagaan khas tanpa mencuba pakaian tersebut terlebih dahulu. Sungguhpun demikian, koleksi sedia dipakai kami adalah amat bergaya, diperbuat daripada fabrik berkualiti dengan potongan rapi serta jahitan yang halus. Koleksi ini boleh dipakai lama dan masih mengekalkan bentuk dan keadaan fabrik yang masih elok. Detergen TOP merupakan pilihan ideal untuk digunakan bagi mencuci fabrik-fabrik rekaan ini – hanya pastikan anda mengikut arahan penjagaan yang disediakan,” ujar Jovian.

Bagi Amira Nadiah Bt Abdullah, salah seorang pemenang peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ memberitahu ia merupakan satu kempen yang dinanti-nantikan seisi keluarganya ekoran hadiah eksklusif yang ditawarkan.

“Kami adalah pengguna setia TOP dan sentiasa ingin memenangi peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ kerana koleksi pereka yang anggun dan eksklusif disediakan kepada pemenang. Akhirnya pada tahun ini, kami menang dan sangat gembira dengan pakaian rekaan Jovian Mandagie serta produk yang diterima daripada TOP. Kaum keluarga dan rakan-rakan kami menyukai pakaian ini dan memberitahu ia amat berpadanan dengan kami,” kata Amira.

Kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera juga teruja dengan pakaian baharu yang diterima mereka pada musim perayaan ini.

“Sumbangan ini tentunya sesuatu yang tidak diduga dan telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya mereka menerima sumbangan baju raya baharu daripada pihak lain, tetapi ia tidak pernah melibatkan hasil rekaan terkemuka seperti Jovian. Malah, pada hari mereka menerima pakaian ini, ada di antara anak-anak ini tidak mahu menanggalkannya kerana amat menghargai sumbangan yang diberikan!”

“Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada TOP dan Jovian Mandagie kerana memberikan hadiah yang amat istimewa kepada anak-anak ini,” kata Pentadbir Rumah Bakti Nur Syaheera, Pn Suzana Binti Jafar.

Aina Syahirah, remaja berusia 16 tahun dari Rumah Bakti Nur Syaheera, tidak berhenti menguntumkan senyuman sepanjang majlis sambutan berkenaan.

“Saya amat suka pakaian ini kerana ia amat cantik dan istimewa. Saya tidak pernah memilik sesuatu yang seindah ini. Selepas majlis hari ini, saya akan mencucinya dengan tangan menggunakan detergen TOP dan menyimpannya dengan rapi untuk majlis istimewa lain.”

Majlis rumah terbuka TOP turut diserikan oleh persembahan oleh artis-artis popular seperti Ernie Zakri dan Ismail Izzani.

Tahun ini merupakan tahun KELIMA  penganjuran kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’.

 

Minum CALPIS Untuk Sistem Pencernaan Yang Bagus dan Sihat

 

Calpis, minuman susu berkultur pertama di Jepun terus mengujakan  peminat dan konsumernya.

Image 02 - Group photo of the Calpis ambassadors and Santharuban T. Sundaram, Vice President of Marketing at Etika Sdn Bhd before the lift-off

Jenama ini telah melancarkan satu lagi kempen menyeronokkan yang bertujuan memupuk gaya hidup yang lebih sihat dengan mengekalkan sistem pencernaan yang bagus dan sihat.

Buat pertama kalinya, kempen ini melibatkan selebriti ikonik Malaysia dan duta Calpis iaitu Harith Iskander (Laugh Factory Funniest Person in The World 2016), Zizan Razak (pelakon dan pelawak) dan Siti Nordiana (penyanyi) diapungkan ke udara dengan belon helium di eCurve Mutiara Damansara, sekaligus menjadikannya jenama susu berkultur pertama yang melancarkan kempen luar biasa ini.

Sebagai sebahagian daripada pencapaian luar biasa dan usaha untuk menyebarkan khasiat kepada warga Malaysia, Calpis menjemput orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman menyeronokkan ini melalui satu peraduan media sosial.

Orang ramai hanya perlu meneka bilangan belon helium yang digunakan untuk mengangkat duta dengan menyaksikan acara sebenar ini secara ‘livestream’ melalui Facebook Live. Pada penghujung livestream Facebook tersebut, 150 individu telah diberikan hadiah wang tunai yang berjumlah RM15,000!

Ramai warga Malaysia menyaksikan peningkatan belon yang menggambarkan bagaimana badan akan terasa ‘ringan’ selepas mengambil rangkaian Calpis Fibre – satu fakta utama kerana Calpis Fibre mempromosikan kesihatan usus serta satu dos kelazatan.

“Saya gembira kerana dapat menyertai kempen Calpis Fibre ini. Ini adalah kali pertama saya diangkat dengan belon helium dan ia satu pengalaman yang mengujakan! Saya rasa ianya satu idea yang cemerlang untuk menggabungkan elemen keseronokan sambil mendidik warga Malaysia mengenai kepentingan sistem pencernaan yang sihat dan bagaimana badan anda akan terasa ringan jika anda mengekalkan usus yang sihat.”

-Harith Iskander, Laugh Factory Funniest Person in The World 2016.

“Diikat kepada belon helium dan diangkat ke udara adalah satu pengalaman baru buat saya. Menyertai ‘Fibre-Up Challenge’ adalah satu pengalaman yang menarik serta menakjubkan dan saya gembira kerana dapat berkongsi dengan para peminat saya”.

-Zizan Razak, pelakon dan pelawak

Siti Nordiana, penyanyi juga teruja dengan pengalaman beliau dan menerangkan:

“Sebagai seorang penyanyi yang memberi persembahan kepada peminat, saya mesti memastikan saya sentiasa sihat dan Calpis Fibre membantu saya dengan mengekalkan sistem pencernaan yang sihat. Bak kata pepatah, ‘you are what you eat’ dan Calpis Fibre membantu saya memanfaatkan sajian saya. Ini kerana ia membekalkan saya dengan serat diet yang membantu penghadaman, sekaligus menjadikan saya terasa kurang sembap dan lebih ringan.”

Tambahan lagi, jenama ini baru melancarkan satu lagi pertandingan media sosial selama sebulan.

Digelar Calpis Fibre-up Challenge, pertandingan ini merentas platform Facebook dan Instagram Calpis. Para peminat dicabar untuk berkongsi kebaikan Calpis Fibre dengan kurang gula dan menggambarkan bagaimana badan mereka terasa ‘ringan’ selepas mengambil Calpis Fibre melalui satu foto yang menunjukkan aksi lagak ngeri fizikal atau mengujakan. Ia bukan sahaja memberikan peluang untuk meluahkan kreativiti, malah turut menggandakan ‘kebaikan di dalam’ Calpis dengan berkongsi keceriaan bersama rakan-rakan mereka.

Pertandingan ini menerima sebilangan besar penyertaan kreatif dan imaginative melalui kedua-dua platform media sosial. Kesemuanya, 20 orang pemenang telah dipilih kerana mereka memaparkan imej melawan graviti yang terulung bagi menggambarkan ciri-ciri utama Calpis Fibre.

“Kami sentiasa ingin memupuk kebaikan sosial di samping membantu orang ramai memahami kepentingan ‘menggandakan kebaikan di dalam’ saluran pencernaan dalaman anda dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Maka, rangkaian Calpis Fibre dan kempen kami menepati nilai-nilai jenama kami.

“Lebih pentingnya, kami faham bahawa peminat ingin berinteraksi dengan cara yang menarik dan menyeronokkan demi impak yang lebih berkekalan. Maka, kami telah memilih untuk melibatkan duta kami sendiri bagi menerapkan elemen ceria di samping mendidik warga Malaysia mengenai kepentingan kesihatan usus”.

-Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.

Minuman susu berkultur diperbuat daripada susu yang ditapai dengan laktobasili dan lazimnya bersifat bifidogenik. Ia kaya dengan nutrien dan probiotik (bakteria hidup dan yis) yang boleh membantu mengembalikan keseimbangan bakteria bagus dan mesra di dalam usus – yang amat penting untuk pencernaan dan kesihatan usus. Secara asasnya, ia meningkatkan tahap pH dalam kawasan usus dan membantu membiak bakteria baik yang akan membantu anda dengan pencernaan makanan dan asimilasi nutrien.

Bukan itu sahaja, Calpis Fibre mengandungi ‘polydextrose’, iaitu sejenis serat diet yang membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan microflora usus yang baik. ‘Polydextrose’ juga sesuai untuk pesakit yang mengalami sindrom usus rengsa (“IBS”), dan didapati dapat melegakan IBS dan simptom sembelit. Kini kita tahu satu-satunya cara untuk menguruskan kesihatan usus dan pencernaan yang begitu mudah sekali!

Untuk maklumat lanjut mengenai Calpis, sila layari www.etikaholdings.com.