‘The Threaded Collection’ Beri Keselesaan, Tampil Bergaya dan Selamat Digunakan Untuk Bayi Anda

Koleksi ini menampilkan beraneka pilihan kereta sorong bayi, kot untuk perjalanan, kerusi kereta bayi dan banyak lagi sebagai usaha menyokong usaha kerajaan dalam menguatkuasakan keselamatan kanak-kanak bagi semua kenderaan persendirian menjelang 2020.

7th from left_ Noraizan Binti Din, Managing Director and co-founder of Supreme Global Marketing (SGM) Sdn Bhd posed with local celebrities and guests at the launch of Nuna The Threaded Collection

Nuna, peneraju industri bagi kelengkapan premium lagi bergaya untuk bayi dengan bangganya mengumumkan pelancaran produk terbarunya, ‘The Threaded Collection’.

Malaysian celebrity Mia Ahmad at the launch of Nuna - The Threaded Collection

Direka bagi menzahirkan reka bentuk yang ringkas namun tidak lupuk dek zaman, setiap rangkaian produk ini didatangkan dengan fabrik premium berkualiti yang halus tenunannya bagi memberi keselesaan kepada bayi, tanpa mengabaikan fungsi dan gaya moden yang pastinya mendapat tempat di hati para ibu serta bapa.

“Di Supreme Global, kami memahami cabaran yang dialami para ibu bapa dalam mencari produk yang bukan sahaja sesuai dengan gaya hidup mereka, tetapi turut menampilkan ciri-ciri mewah, selesa, mudah dan selamat, semuanya dalam satu pakej untuk si manja kesayangan mereka. Barisan produk keluaran Nuna melambangkan gaya berkekalan dengan keabadian palet warnanya yang tersendiri. Ia turut menampilkan reka bentuk bergaya dan berinovasi yang telah memenangi pelbagai anugerah seperti reddot, Mother & Baby dan banyak lagi. Reka bentuknya yang bergaya, elegan, moden dan berinovasi menjadi pilihan ibu bapa serta keluarga moden,” kata Noraizan Din, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Supreme Global Marketing (SGM) Sdn Bhd.

‘The Threaded Collection’ dilancarkan dengan pelbagai produk termasuklah kereta sorong bayi, kot perjalanan serta kerusi kereta bayi. Nuna sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan si manja anda. Justeru, ia menggabungkan idea pintar ke dalam reka bentuk setiap produk bagi memastikan anak anda sentiasa dilindungi dan selesa ketika berada di dalam kereta.

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, pada 2016, kemalangan jalan raya menjadi penyumbang utama kepada kadar kematian yang tinggi untuk bayi serta kanak-kanak berusia antara 1 hingga 4 tahun. Oleh itu, sejajar dengan misi kerajaan untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak dalam setiap kenderaan persendirian menjelang 2020, Nuna tetap terus memperjuangkan keselamatan kanak-kanak dan memastikan bahawa mereka dilindungi dengan baik di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan.

Terbaru dari ‘The Threaded Collection’ ialah kerusi kereta bayi PIPATM Lite LX dan kerusi kereta boleh ubah REBLTM Plus yang disukai ramai. Kedua-dua rangkaian ini dapat memberikan ketenangan kepada mereka yang baru atau bakal bergelar sebagai ibu bapa serta keluarga:

PIPATM lite lx:

Ibu bapa yang mementingkan keselesaan pasti berpuas hati dengan kerusi kereta ringan naum tetap kukuh ini. Ia dilengkapi kemudahan true lock™ dan hanya mengambil masa lima saat untuk dipasang. Ibu bapa cuma perlu klik pada selak kereta atau memasangnya dengan selamat menggunakan tali pinggang keledar. Pada masa yang sama, kelulinya yang stabil memberikan langkah pencegahan tambahan untuk perjalanan yang mungkin kurang selesa.

Model ini turut menggunakan busa Aeroflex™ untuk mendapatkan rangka yang tahan lasak dan menyerap hentakan, sementara fabriknya pula menawarkan ketahanan dan perlindungan impak sampingan.

REBLTM plus:

Teguh, pintar dan dilengkapi teknologi sekukuh keluli, REBLTM plus ternyata unik. Selain memiliki kemudahan tapak true lock™, ia juga memiliki keupayaan pusingan 360 darjah, membolehkan anda menukar posisinya dengan mudah – tidak kira samada menghadap depan atau belakang. Ianya juga memudahkan pergerakan anak anda untuk keluar dari kereta.

Menggunakan busa memori tech™ yang dipatenkan secara khusus dan teknologi pemasangan bahagian kepala serta tubuh yang mudah diubah, REBLTM plus dilengkapi sistem keselamatan impak sampingan bagi melindungi anak anda.
REBLTM plus boleh digunakan sehingga anak anda mencecah ketinggian 105 sm (sekitar usia 4 tahun).

“Keselamatan setiap anak-anak yang menaiki kenderaan perlu diutamakan. Selain daripada program kesedaran keselamatan jalan raya dan kanak-kanak yang dianjurkan hari ini, saya gembira melihat banyak syarikat kelengkapan bayi termasuk Supreme Global Marketing yang sentiasa memberi sokongan yang diperlukan oleh ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka. Ini jelas sekali terutama apabila anak-anak berada di dalam kenderaan. Kita dapat membantu mencegah kecederaan dan melindungi mereka yang tersayang agar sentiasa berada dalam keadaan selamat,” kata Nurulhana Borhan, Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Antara produk lain yang terdapat dalam rangkaian ‘The Threaded Collection’ adalah:

  • DEMITM grow:
    Mudah dilipat dan disimpan kerana penggunaan ruang yang minimum. Ia disertakan dengan penampan dan pelindung untuk melindungi daripada sebarang kotoran atau serpihan. Palang pemegang boleh diubahsuai dan dipasang dengan mudah, menjadikan kerusi ini lebih pantas dan mudah untuk dilaras.

    DemiTM grow disertakan dengan teknologi progresif, suspensi kukuh yang memudahkan anda bersiar-siar bersama si manja di kawasan kejiranan atau di taman. Rodanya kukuh, berbusa dan sesuai untuk semua jenis permukaan jalan!

  • DEMITM carry cot:
    ‘Carry cot’ ini disertakan eksklusif dengan pembelian DemiTM grow. ‘Cot’ ini mudah diubah dan dilengkapi kanopi dengan perlindungan UPF 50++, serta pelindung mata untuk perlindungan daripada panas matahari. Panel udara berintegrasi memberikan keselesaan tambahan kepada bayi anda.
  • MIXXTM:
    Bakul yang dilengkapi dua kompartmen, MIXXTM memiliki ruang ‘tersembunyi’ yang luas untuk keperluan bayi dan anda! Ianya sangat versatil dan mudah ditolak ketika bersiar-siar.

    Sistem brek roda belakangnya memberikan suspensi kepada semua roda untuk perjalanan yang lancar. Selain itu, anda hanya perlu klik untuk mengunci kereta sorong ketika ia dilipat.

  • MIXXTM carry cot:
    ‘Carry cot’ ini disertakan eksklusif dengan pembelian rangkaian MIXXTM. Bukan sahaja kompak, malah ruang penyimpanan yang terlindung turut boleh diubah dan dibasuh.

    Ia memiliki ruang kaki yang tidak licin sebagai ciri keselamatan dan kebersihan tambahan. Penutup atasnya memberikan perlindungan matahari dengan kanopi UPF 50+ Dream drape™.

  • LEAFTM curv:
    Buaian yang telah menerima pelbagai pengiktirafan ini menyerupai pergerakan sisi ke sisi berentak seperti dodoian sebenar. Tolakan perlahan memulakan pergerakan selama dua minit yang menenangkan bayi.

    Tanpa memerlukan bateri atau plag, buaian ini hanya perlu ditolak perlahan dan bayi anda diayun dengan tenang hingga terlena. Fabrik kapas dengan pengiktirafan Oeko-tex boleh dibasuh menggunakan mesin ini membuatkan bayi berasa selesa dan selamat. Aliran udaranya menjadikan bayi tenang dan tidur dengan nyenyak.

    Rangkaian Nuna LeafTM Series termasuk Nuna LeafTM Curv merupakan pelaburan jangka panjang dan boleh digunakan dari peringkat bayi hinggalah kanak-kanak mahupun dewasa dengan berat maksimum 60 kg.

  • SENATM aire:
    ‘Cot’ mudah alih ini membantu menyediakan ruang khas untuk anak anda di mana-mana sahaja. Rekaan air design™ yang terkini memberikan pengudaraan 360 darjah; sekaligus membawakan aliran udara terbaik dan segar, serta tidur yang lena.

    Tilamnya disertakan dengan rekaan berzip yang boleh dibasuh menggunakan mesin dan pengering. Tapaknya tidak mudah tergelincir dan membolehkan anak anda tidur lena tanpa gangguan.

    Mungkin saiznya sedikit besar, namun ianya mudah dilipat dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan juga mudah disimpan sama ada anda di dalam kereta atau di rumah.

    ‘The Threaded Collection’ didatangkan dalam beraneka pilihan gaya, warna menarik serta harga yang berbeza; bermula daripada RM1,000 hingga RM5,000 bergantung kepada produk dan aksesori berkaitan.*

“Nuna merupakan jawapan bagi ibu bapa yang mementingkan gaya, fungsi dan keselamatan dalam kelengkapan bayi mereka. Menerusi penggunaan teknologi terkini, kami akan terus membawakan lebih banyak produk yang bukan sahaja tampil menarik, tetapi fleksibel dan mengutamakan keselamatan dalam segenap aspek reka bentuk mereka,” tambah Noraizan.

‘The Threaded Collection’ boleh didapati di gedung-gedung terpilih, butik khusus untuk bayi dan di laman sesawang rasmi Supreme Global.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari:

SLUMBERLAND Sambut 100 Tahun dan Tampil Dengan MyZmartBed

Bukan setakat telefon sahaja pintar, kini katil pintar pun direka untuk pengalaman tidur yang optimum selaras dengan gaya hidup masa yang semakin moden

ZmartEvnt-228

Memandangkan tidur merupakan pelengkap kepada tiga perkara penting di dalam hidup kita (iaitu tidur, diet dan senaman) bagi mendapatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup yang membolehkan anda menjadi diri anda yang terbaik.

Meski pun kita tidak sentiasa mampu mengawal masa tidur, namun Slumberland terus berusaha untuk meningkatkan kualiti tidur yang boleh diperoleh setiap kali anda tidur. Sempena meraikan usia satu abad dalam membantu mengoptimumkan tidur,

ZmartGrp-3

Terkini, Slumberland menampilkan katil pintar terunggul yang bakal merubah senario industri pada masa depan, iaitu Slumberland MyZmartBed™ – satu-satunya katil pintar sebenar yang boleh diperolehi di pasaran.

Bayangkan tidur di atas tilam yang direka betul-betul khusus untuk anda. Sekarang, bayangkan pula tilam yang dengan sendirinya mengkhusus mengikut keperluan dan setiap pergerakan tidur anda. Sukar untuk percaya bukan?

Slumberland MyZmartBed™ mampu melakukannya dan banyak lagi.

Dikuasakan dengan Aplikasi MyZmartBed™, sambungan WiFi dan pam pintar, lapisan sensor MyZmartBed™ dengan lebih 2000 titik (point) sensor, diletakkan merata di setiap inci tilam agar dapati meliputi lima zon utama tubuh anda ( bahagian kaki, posterior, lumbar, bahu dan kepala) dan menyesuaikan secara automatik mengikut posisi tubuh ketika anda tidur.

Lebih penting, teknologi lapisan-pintar yang telah dipatenkan daripada Responsive Surface Technology (ReST®), telah memenangi dua anugerah utama iaitu, Anugerah Inovasi CES 2015 dan Anugerah NSF SleepTech® 2019.

Teknologi sensor ini yang telah dilindungi oleh lebih 20 paten antarabangsa, mempunyai pensijilan perubatan dan TUV, dan digunakan di hospital-hospital di Amerika Syarikat sejak 20 tahun lalu.

Untuk menikmati hari yang berbeza atau mengubah hidup, anda boleh sahaja berharap kepada Slumberland MyZmartBed™ untuk keselesaan pada penghujung hari anda. Ini kerana, secara konsisten dan senyap ia menyesuaikan keperluan sokongan dan keselesaian harian tubuh anda dalam tiga tetapan mode berbeza.

Ia adalah mode Manual untuk sasaran tertentu dan 100 % mengkhusus pada pengguna, mode Auto Position pula mempunyai tetapan memori yang berasingan dan unik untuk sokongan belakang dan sisi, yang amat berguna terutama untuk yang tidur mengiring, dan mode Automatic memberikan keseimbangan dan melepaskan tekanan berterusan pada tubuh sepanjang malam untuk meningkatkan aliran dan peredaran darah.

Sama ada anda lebih berminat kepada tilam yang lembut atau yang lebih anjal untuk tidur, atau memilih bahagian mana daripada tubuh yang memerlukan sokongan, Slumberland MyZmartBed™ boleh menyesuaikan keperluan tubuh anda itu. Kedua-dua bahagian Slumberland MyZmartBed™ dikawal secara berasingan, jadi katil ini amat ideal untuk pasangan yang mempunyai definisi berbeza tentang keselesaan. Tilam dipasang dengan alas atas tambahan (topper) mengikut pilihan anda – sama ada yang diperbuat daripada getah asli atau busa memori (memory foam)

Untuk mereka yang berminat mengesan dan memantau paten tidur masing-masing, aplikasi Slumberland MyZmartBed™ juga merekodkan data tidur anda, selain memperkasakan anda dengan maklumat yang diperlukan untuk anda mencapai tidur yang terbaik. Aplikasi ini sentiasa dipertingkatkan dan akan memberikan maklumat tentang posisi serta pergerakan tubuh yang mungkin membantu doktor dalam mendiagnos kecelaruan tidur seperti sindrom apnea, insomnia dan kaki lenguh. Aplikasi ini juga boleh dipadamkan bila-bila masa mengikut kehendak anda.

“Diasaskan 100 tahun lalu pada 1919, Slumberland telah berkembang dan berjaya merevolusikan perniagaan berkaitan tidur, tetapi apa yang membuatkan ia kekal kukuh hingga ke hari ini ialah kesungguhan dan semangat untuk menghasilkan produk berkualiti untuk memberikan rehat terunggul yang sepatutnya anda perolehi. Slumberland MyZmartBed™ adalah katil terbaik bagi meraikan ulang tahun satu abad Slumberland. Dengan pembuatannya yang halus dan teknologi maju yang digunakan mendahului masa, jadi bersiap sedialah untuk mendapatkan tidur terbaik yang anda boleh nikmati seumur hidup dengan Slumberland MyZmartBed™,” kata Michael Teoh, Pengarah Urusan Slumberland Marketing Sdn Bhd.

Slumberland MyZmartBed™ akan dijual pada harga promosi RM39,880. Pakej termasuk tilam, rangka katil, penghantaran dan pemasangan, selain jaminan 10 tahun.

Slumberland MyZmartBed™ boleh didapati di galeri Slumberland di Jalan Maarof Bangsar, Viva Home dan cawangan-cawangan terpilih lain bermula Jun 2019.

Tambah Menu Raya dengan NONA Ketupat Palas Durian dan Ketupat Palas Pulut Hitam

Dua produk ketupat palas baharu ini pastinya menambah lagi kepelbagaian hidangan Ramadan dan Syawal tahun ini!

 

 

Ramadhan dan Hari Raya merupakan musim makanan dan kuih-muih bagi masyarakat Melayu yang beragama Islam. Memandangkan musim perayaan bakal menjelang tidak lama lagi, ahli keluarga pasti sibuk dengan persiapan juadah di dapur. Sejajar dengan perubahan masa, kini rakyat Malaysia mencari penyelesaian yang membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga dan sahabat.

Salah satu juadah makanan yang ikonik dengan Ramadan dan Hari Raya ialah ketupat. Secara tradisionalnya, penyediaan ketupat memerlukan kemahiran menganyam dan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk dimasak.

NONA, pengeluar makanan tempatan berbangga mempunyai sejarah paling lama dalam menghasilkan ketupat yang mudah dan sihat di dunia. Ia bukan sahaja memiliki rangkaian produk ketupat yang pelbagai, malah juga mempunyai Ketupat Mini, Ketupat Lemang, Ketupat Palas dan Ketupat Nasi Dagang.

Kini, DUA inovasi terbaru diperkenalkan dalam rangkaian produk ketupat iaitu :

  • Ketupat Palas Durian
  • Ketupat Palas Pulut Hitam.

Kedua-dua pproduk ini dilancarkan bertepatan dengan musim durian dan sambutan Hari Raya Hari Raya bakal disambut pada bulan Jun. Pengguna kini boleh menikmati pulut dan durian serentak di dalam produk Palas Durian.

“Kami memahami masa dan usaha yang diperuntukkan bagi menyediakan juadah. Oleh itu, NONA menawarkan penyelesaian yang mudah di dapur anda!” kata Pengurus Jenama, Sri Nona Industries Sdn Bhd, William Wee.

“Apabila tiba Hari Raya, masyarakat melayu pasti teruja. Kesempatan ini NONA membantu mengeratkan jalinan kasih sayang dengan hidangan yang bukan sahaja mudah disediakan, malahan lazat,” kata William lagi.

NONA, salah satu jenama generasi rakyat Malaysia yang menawarkan hidangan sejak tahun 1975. Urusan memasak menjadi lebih menyeronokkan dan kurang meletihkan. Bermula dari sahur, buka puasa dan hidangan Hari Raya, produk NONA sentiasa terhidang di atas meja.

NONA_01

Rangkaian penuh NONA Ketupat:-

  • Ketupat Mini-600g (RM6.40)
  • Ketupat Economy-780g (RM6.40)
  • Ketupat Mini-200g (RM2.10)
  • Ketupat Economy-260g (RM2.10)
  • Ketupat Mini 100s-1.9kg (RM17.25)
  • Ketupat Palas-22g (RM6.40)
  • Ketupat Palas Durian-22g (RM6.40)
  • Ketupat Palas Pulut Hitam-250g (RM6.40)
  • Ketupat Nasi Dagang-440g (RM6.40)
  • Ketupat Lemang-310g (RM6.40)

Projektor EPSON TW7400 & TW9400 Untuk Hiburan Pawagam di Rumah

Lebih-lebih lagi, kalau ada famili yang besar, macam menonton wayang di rumah.

Photo 1 (3)

Epson memperkenalkan rangkaian projektor pawagam rumah terbaharu, iaitu projektor EH-TW7400 dan EH-TW9400 yang dikuasakan oleh teknologi 4K PRO-UHD terkini.

Photo 7

Projektor ini menampilkan keupayaan teknologi pemindahan piksel, pemerkayaan resolusi yang membawakan pengalaman 4K serba imersif dan menakjubkan bagi para penggemar filem.

Dengan teknologi pemerkayaan 4K, projektor pawagam rumah terbaharu ini boleh menyampaikan kualiti imej yang luar biasa dengan penampilan pelbagai ciri seperti:

  • kecerahan
  • ketepatan warna
  • perincian imej untuk pengalaman 4K PRO-UHD yang terbaik

Projektor-projektor PRO-UHD ini pula menawarkan:

  • nisbah kontras berdinamik tinggi sebanyak 1,200,000:1
  • gamut warna yang luas untuk memaparkan keseluruhan ruang warna DCI-P3
  • kecerahan pelbagai warna termasuk warna putih secara saksamanya berupaya dipaparkan pada tahap setinggi 2,600 lumen

Tambahan lagi, projektor ini juga sesuai dengan kandungan ‘High Dynamic Range’ (HDR) yang mampu menyampaikan julat warna yang besar serta butiran dalam adegan-adegan yang kelihatan cerah serta gelap sambil membawakan warna-warna yang diperkayakan dan tampak natural.

Dari segi prestasi imej, projektor ini menampilkan cip pemprosesan digital 12-bit dengan ‘Frame Interpolation’ dan ‘Advanced Motion Control’ untuk mewujudkan transisi antara babak yang dijadikan lebih lancar, serta mengelakkan imej daripada kesan pelangi yang boleh menganggu penonton.

Projektor-projektor ini mudah untuk digunakan dan lengkap dengan lensanya yang berkuasa. Untuk tujuan fleksibiliti pemasangan, ia didatangkan dengan julat penetapan lensa yang luas, iaitu sebanyak ±96 peratus secara vertikal dan ±47 peratus secara mendatar.

“Model-model projektor pawagam rumah 4K PRO-UHD kami yang terbaharu ini membawakan pengalaman 4K dalam kediaman rumah anda dan berupaya untuk menghidupkan setiap butiran, walaupun sekecil manapun untuk tontonan anda. Dengan menggunakan teknologi pemerkayaan resolusi yang proprietari, bersama dengan pemprosesan HDR yang canggih, projektor-projektor baharu ini dapat menghasilkan kecerahan, ketepatan warna serta butiran imej untuk pengalaman 4K yang terunggul pada harga berpatutan,” ujar Danny Lee, Pengarah-Jualan & Pemasaran Epson Malaysia.

Barisan projektor 4K PRO-UHD ini membolehkan penonton melihat setiap imej yang kaya dan vibran serta pelbagai ciri-ciri yang mantap untuk pengalaman hiburan kediaman yang tiada tandingannya.

Ciri-ciri utama EH-TW7400 EH-TW9400

Pengalaman skrin besar 4K
● ●
Teknologi PRO-UHD – Menggunakan pemprosesan perkakasan yang tersendiri untuk memindahkan setiap piksel secara diagonal bagi menggandakan resolusi HD penuh. Resolusi dalam HD Penuh menerusi mod 3D.
● ●
Format-format HDR HDR10 HDR10, ‘Hybrid Log Gamma’, 4K/60p HDR dengan sokongan 18Gbps
Tetapan lensa berkuasa setinggi +/-96.3% secara vertikal dan +/-47.1% secara mendatar
● ●
Output tinggi bagi Cahaya Pelbagai Warna dan Putih secara saksama 2,400lm 2,600lm
Nisbah kontras yang tinggi bagi warna hitam yang gelap 200,000:1 1,200,000:1
Fokus dan zum bermotor (2.1x)
● ●
Ruang Warna (DCI) yang disokong ● ●
HDMI x2 (1x HDCP2.2 & 1x HDCP1.4), RJ45, RS232c dan ‘Trigger Out’
● ●
Keupayaan 2D & 3D
● ●
Nikmati kualiti imej yang luar biasa dengan teknologi 3LCD keluaran Epson
● ●
Pemerkayaan butiran oleh rangkaian produk kami yang terkini, termasuk: ISF
● ●
Maklum balas pergerakan berkelajuan tinggi untuk paparan imej yang lancar bagi babak-babak yang bergerak dengan laju – cip pemprosesan warna digital 12-bit dengan ‘Frame Interpolation’ dan ‘Advanced Motion Control’ yang proprietari.
● ●
Saiz skrin yang besar- setinggi 300 inci
● ●
Jangka hayat lampu yang panjang iaitu, 5,000 jam dalam mod ECO ● ●

Projektor Epson 4K PRO-UHD bermodel EH-TW7400 (ditawarkan pada harga RM9,800) dan EH-TW9400 (ditawarkan pada harga RM14,919) kini boleh didapati di pasaran pertengahan bulan April daripada pengedar-pengedar yang sah.

Keunikan Produk HKTDC DG Studio Tarik Pengunjung Tempatan

Sebut je Hong Kong, mesti teringat drama-drama dan pelakon-pelakon Hong Kong yang pernah jadi kegemaran dulu-dulu.

Tapi tahukah anda?

Selain daripada menjadi hab membeli-belah dan pembikinan drama TV yang popular, Hong Kong juga merupakan salah satu tempat kelahiran bagi banyak jenama tempatan dan produk gaya hidup yang inovatif.

HKTDC_6766

Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan dari Hong Kong ini di arena antarabangsa.

HKTDC_3134

Kini, DG Studio mengambil inisiatif membawa hadiah serta cenderamata-cenderamata gaya terkini dan premium dari Hong Kong kepada pembeli-pembeli di Malaysia.

Sebanyak 12 jenama terkenal ditampilkan kepada orang ramai di pusat beli-belah 1 Utama (Sayap Baru Tingkat LG Highstreet) dari 20 hingga 24 Februari ini dan di Da Men Mall (LGB1,Tingkat LG ) dari 20 hingga 26 Februari ini.

Jenama-jenama dari DG Studio adalah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab and Team Green. Kesemuanya mengkhusus kepada produk-produk gaya hidup tertentu, yang biasanya ditawarkan sebagai hadiah peribadi atau korporat dan premium. Apa yang menjadikan produk-produk ini berbeza adalah dari segi kreativiti, keunikan dan gaya terkini bagi produk harian pengguna.

“Kami berbangga menampilkan produk-produk gaya hidup Hong Kong kepada rakyat Malaysia, kerana kami percaya pasaran di Malaysia sudah bersiap sedia untuk menerima produk-produk yang bukan saja menepati fungsinya, bahkan mampu mencuit emosi. Kami yakin bahawa sesetengah produk yang anda nampak hari ini mampu menceriakan hati anda,” kata Hoh Jee Eng, Pengarah, Malaysia, HKTDC.

Artiart merupakan jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan-bisnes dengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup, dengan cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor, produk yang dikatakan dihantar dari ‘syurga’ untuk individu yang kerap ditimpa ‘kemalangan’ dan menjadi produk yang paling laris bagi syarikat itu.

Konstar pula mengutamakan kepada peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah RedDot Design.

Continue reading “Keunikan Produk HKTDC DG Studio Tarik Pengunjung Tempatan”

Program Happy Meal Readers McDonalds Tawar 12 Karya Cressida Cowell

Diterbitkan eksklusif oleh penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia, Cressida Cowell, buku-buku  itu bakal dikeluarkan oleh McDonald’s sepanjang tahun ini

Photo 1

Diwujudkan dengan meletakkan keluarga sebagai keutamaan, program Happy Meal Readers oleh McDonald’s Malaysia bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia menerusi pendekatan ‘Scale for Good’.

Photo 3

Menerusi program Happy Meal Readers, McDonald’s bekerjasama dengan Cressida Cowell, penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia yang menghasilkan siri buku popular How to Train Your Dragon, untuk melancarkan satu siri buku bertajuk Treetop Twins Adventures.

Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi buku bersiri ini yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald’s. Setiap bulan, sebuah buku akan dikeluarkan sepanjang tahun ini. Untuk pasaran Malaysia, buku-buku ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Bagi menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan, buku-buku ini juga boleh didapati dalam versi digital menerusi aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun dari Play Store dan Apple Store.

Dengan menggunakan aplikasi ini, seisi keluarga dapat sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Eugene Lee berkata, komitmen dalam memupuk budaya membaca telah banyak menyokong usaha syarikat dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.

McDonald’s Malaysia ingin menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Program Happy Meal Readers ini membolehkan ibu bapa membaca buku dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak. Kami berharap program ini dapat menerapkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dengan menjadikannya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga” 

Menurut Lee, Program Happy Meal Readers ini juga merupakan tanda sokongan McDonald’s terhadap aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaan.

“Kami mengucapkan syabas atas usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk membaca. Kami juga amat gembira dapat turut serta mengambil bahagian dalam usaha ini dengan mengetengahkan manfaat membaca kepada ibu bapa dan kanak-kanak.”

Dengan setiap pembelian Happy Meal, keluarga juga boleh memilih untuk mendapatkan sebuah buku atau satu permainan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara.

Koleksi Disney Tsum Tsum X Cathy Doll dari GUARDIAN bakal jadi buruan

Aduhai Kawaii..comelnya..cute sangat-sangat..Geram betul tengok KOLEKSI DISNEY TSUM TSUM X CATHY DOLL sampai rasa nak beli semuanya!

mr. wongwiwat theekhakhirikul (right) and mr. pongwiwat theekahkhirikul from karmarts thailand posing with the cute limited edition disney tsum tsum x cathy doll collection

Guardian Malaysia meneruskan usaha menawan hati pelanggannya dengan menambah satu lagi jenama kecantikan terkemuka ke dalam portfolio tawaran eksklusifnya yang kian berkembang. iaitu Disney Tsum Tsum X Cathy Doll.

disney tsum tsum x cathy doll range now available exclusively at guardian

Koleksi istimewa produk solekan comel yang pertama kalinya ditawarkansempena tahun 2019 kini boleh didapati secara eksklusif di Guardian.

Berucap di majlis pelancaran koleksi tersebut hari ini, DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata:

“Sebagai peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan di Malaysia, Guardian mengutamakan kehendak pelanggan dan jenama mana yang sedang menjadi trend terhangat dalam pasaran kesihatan dan kecantikan global. Produk kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll amat menepati citarasa semasa dengan kombinasi karakter Tsum Tsum berilhamkan Disney yang sangat comel sebagai bungkusan kepada produk kosmetik terkenal Cathy Doll.

Kedua-dua anak patung Disney Tsum Tsum dan produk penjagaan kecantikan Cathy Doll merupakan jenama popular dalam kategori tersendiri, masing-masing dengan pengaruh yang luar biasa. Sejak patung Disney Tsum Tsum diperkenalkan pada tahun 2013, berjuta-juta patung telah dijual dan ia telah menjadi item kegilaan pengumpul. Cathy Doll juga merupakan salah satu jenama penjagaan kecantikan yang berkembang pesat di Malaysia dan apabila kedua-dua jenama ini bergabung untuk menghasilkan koleksi produk kosmetik Disney Tsum Tsum x Cathy Doll, yakinlah bahawa ia bakal menjadi satu kolaborasi yang sangat luar biasa. Kami sangat yakin koleksi Disney Tsum Tsum X Cathy Doll akan menjadi rebutan dikalangan pengumpul dan pelanggan kami yang menghargai produk hebat pada nilai hebat,” 

Rangkaian kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll boleh didapati secara eksklusif di Guardian termasuk:

  • Krim CC
  • bedak kompak dengan perlindungan SPF 40
  • Kawalan MInyak Blur Pact
  • pemerah pipi
  • pensil kening lembut
  • penggaris mata Crazy Black
  • maskara
  • palet pembayang mata
  • pemerah bibir dan pipi 2 dalam 1 rona Chiffon Tint
  • koktel glos gincu

Semua produk ini dibungkus dalam watak popular Disney Tsum Tsum seperti Mickey dan Minnie Mouse, Goofy, Donald Duck, Pooh, Piglet, Tigger dan Eeyore dari Winnie the Pooh; Elsa, Anna dan Olaf dari Frozen dan banyak lagi

Bersempena dengan pelancaran tersebut, Guardian menawarkan tawaran menakjubkan kepada pelanggan. Antaranya hadiah Beg Tali Cerut Edisi Terhad Tsum Tsum Mickey untuk 100 pelanggan pertama yang berbelanja lebih RM100 untuk produk Disney Tsum Tsum di Atrium Lower Ground Midvalley semasa tempoh tawaran berlangsung.

“Oleh kerana perayaan Tahun Baru Cina bakal tiba diikuti dengan sambutan Hari Valentine, hari untuk cinta, rangkaian produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sangat sesuai dijadikan hadiah istimewa untuk yang tersayang.

Bermula 1 Februari sehingga 28 Februari, 5 unit beg bagasi vintaj edisi terhad Disney Tsum Tsum x Cathy Doll bakal ditawarkan berdasarkan cabutan bertuah. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu membeli produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sebanyak RM150 dan ke atas, layari laman Facebook Guardian Malaysia untuk mengimbas kod QR atau klik pada pautan, muat naik resit pembelian, isi butiran peribadi dan jawab satu soalan mudah.”

Jadi saranan saya, berkunjunglah ke Guardian yang terdekat dengan anda dan mulakan koleksi produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll anda sekarang. Ia hanya boleh didapati sementara stok masih ada,” tambah Cho.