‘The Threaded Collection’ Beri Keselesaan, Tampil Bergaya dan Selamat Digunakan Untuk Bayi Anda

Koleksi ini menampilkan beraneka pilihan kereta sorong bayi, kot untuk perjalanan, kerusi kereta bayi dan banyak lagi sebagai usaha menyokong usaha kerajaan dalam menguatkuasakan keselamatan kanak-kanak bagi semua kenderaan persendirian menjelang 2020.

7th from left_ Noraizan Binti Din, Managing Director and co-founder of Supreme Global Marketing (SGM) Sdn Bhd posed with local celebrities and guests at the launch of Nuna The Threaded Collection

Nuna, peneraju industri bagi kelengkapan premium lagi bergaya untuk bayi dengan bangganya mengumumkan pelancaran produk terbarunya, ‘The Threaded Collection’.

Malaysian celebrity Mia Ahmad at the launch of Nuna - The Threaded Collection

Direka bagi menzahirkan reka bentuk yang ringkas namun tidak lupuk dek zaman, setiap rangkaian produk ini didatangkan dengan fabrik premium berkualiti yang halus tenunannya bagi memberi keselesaan kepada bayi, tanpa mengabaikan fungsi dan gaya moden yang pastinya mendapat tempat di hati para ibu serta bapa.

“Di Supreme Global, kami memahami cabaran yang dialami para ibu bapa dalam mencari produk yang bukan sahaja sesuai dengan gaya hidup mereka, tetapi turut menampilkan ciri-ciri mewah, selesa, mudah dan selamat, semuanya dalam satu pakej untuk si manja kesayangan mereka. Barisan produk keluaran Nuna melambangkan gaya berkekalan dengan keabadian palet warnanya yang tersendiri. Ia turut menampilkan reka bentuk bergaya dan berinovasi yang telah memenangi pelbagai anugerah seperti reddot, Mother & Baby dan banyak lagi. Reka bentuknya yang bergaya, elegan, moden dan berinovasi menjadi pilihan ibu bapa serta keluarga moden,” kata Noraizan Din, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Supreme Global Marketing (SGM) Sdn Bhd.

‘The Threaded Collection’ dilancarkan dengan pelbagai produk termasuklah kereta sorong bayi, kot perjalanan serta kerusi kereta bayi. Nuna sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan si manja anda. Justeru, ia menggabungkan idea pintar ke dalam reka bentuk setiap produk bagi memastikan anak anda sentiasa dilindungi dan selesa ketika berada di dalam kereta.

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, pada 2016, kemalangan jalan raya menjadi penyumbang utama kepada kadar kematian yang tinggi untuk bayi serta kanak-kanak berusia antara 1 hingga 4 tahun. Oleh itu, sejajar dengan misi kerajaan untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak dalam setiap kenderaan persendirian menjelang 2020, Nuna tetap terus memperjuangkan keselamatan kanak-kanak dan memastikan bahawa mereka dilindungi dengan baik di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan.

Terbaru dari ‘The Threaded Collection’ ialah kerusi kereta bayi PIPATM Lite LX dan kerusi kereta boleh ubah REBLTM Plus yang disukai ramai. Kedua-dua rangkaian ini dapat memberikan ketenangan kepada mereka yang baru atau bakal bergelar sebagai ibu bapa serta keluarga:

PIPATM lite lx:

Ibu bapa yang mementingkan keselesaan pasti berpuas hati dengan kerusi kereta ringan naum tetap kukuh ini. Ia dilengkapi kemudahan true lock™ dan hanya mengambil masa lima saat untuk dipasang. Ibu bapa cuma perlu klik pada selak kereta atau memasangnya dengan selamat menggunakan tali pinggang keledar. Pada masa yang sama, kelulinya yang stabil memberikan langkah pencegahan tambahan untuk perjalanan yang mungkin kurang selesa.

Model ini turut menggunakan busa Aeroflex™ untuk mendapatkan rangka yang tahan lasak dan menyerap hentakan, sementara fabriknya pula menawarkan ketahanan dan perlindungan impak sampingan.

REBLTM plus:

Teguh, pintar dan dilengkapi teknologi sekukuh keluli, REBLTM plus ternyata unik. Selain memiliki kemudahan tapak true lock™, ia juga memiliki keupayaan pusingan 360 darjah, membolehkan anda menukar posisinya dengan mudah – tidak kira samada menghadap depan atau belakang. Ianya juga memudahkan pergerakan anak anda untuk keluar dari kereta.

Menggunakan busa memori tech™ yang dipatenkan secara khusus dan teknologi pemasangan bahagian kepala serta tubuh yang mudah diubah, REBLTM plus dilengkapi sistem keselamatan impak sampingan bagi melindungi anak anda.
REBLTM plus boleh digunakan sehingga anak anda mencecah ketinggian 105 sm (sekitar usia 4 tahun).

“Keselamatan setiap anak-anak yang menaiki kenderaan perlu diutamakan. Selain daripada program kesedaran keselamatan jalan raya dan kanak-kanak yang dianjurkan hari ini, saya gembira melihat banyak syarikat kelengkapan bayi termasuk Supreme Global Marketing yang sentiasa memberi sokongan yang diperlukan oleh ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka. Ini jelas sekali terutama apabila anak-anak berada di dalam kenderaan. Kita dapat membantu mencegah kecederaan dan melindungi mereka yang tersayang agar sentiasa berada dalam keadaan selamat,” kata Nurulhana Borhan, Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Antara produk lain yang terdapat dalam rangkaian ‘The Threaded Collection’ adalah:

  • DEMITM grow:
    Mudah dilipat dan disimpan kerana penggunaan ruang yang minimum. Ia disertakan dengan penampan dan pelindung untuk melindungi daripada sebarang kotoran atau serpihan. Palang pemegang boleh diubahsuai dan dipasang dengan mudah, menjadikan kerusi ini lebih pantas dan mudah untuk dilaras.

    DemiTM grow disertakan dengan teknologi progresif, suspensi kukuh yang memudahkan anda bersiar-siar bersama si manja di kawasan kejiranan atau di taman. Rodanya kukuh, berbusa dan sesuai untuk semua jenis permukaan jalan!

  • DEMITM carry cot:
    ‘Carry cot’ ini disertakan eksklusif dengan pembelian DemiTM grow. ‘Cot’ ini mudah diubah dan dilengkapi kanopi dengan perlindungan UPF 50++, serta pelindung mata untuk perlindungan daripada panas matahari. Panel udara berintegrasi memberikan keselesaan tambahan kepada bayi anda.
  • MIXXTM:
    Bakul yang dilengkapi dua kompartmen, MIXXTM memiliki ruang ‘tersembunyi’ yang luas untuk keperluan bayi dan anda! Ianya sangat versatil dan mudah ditolak ketika bersiar-siar.

    Sistem brek roda belakangnya memberikan suspensi kepada semua roda untuk perjalanan yang lancar. Selain itu, anda hanya perlu klik untuk mengunci kereta sorong ketika ia dilipat.

  • MIXXTM carry cot:
    ‘Carry cot’ ini disertakan eksklusif dengan pembelian rangkaian MIXXTM. Bukan sahaja kompak, malah ruang penyimpanan yang terlindung turut boleh diubah dan dibasuh.

    Ia memiliki ruang kaki yang tidak licin sebagai ciri keselamatan dan kebersihan tambahan. Penutup atasnya memberikan perlindungan matahari dengan kanopi UPF 50+ Dream drape™.

  • LEAFTM curv:
    Buaian yang telah menerima pelbagai pengiktirafan ini menyerupai pergerakan sisi ke sisi berentak seperti dodoian sebenar. Tolakan perlahan memulakan pergerakan selama dua minit yang menenangkan bayi.

    Tanpa memerlukan bateri atau plag, buaian ini hanya perlu ditolak perlahan dan bayi anda diayun dengan tenang hingga terlena. Fabrik kapas dengan pengiktirafan Oeko-tex boleh dibasuh menggunakan mesin ini membuatkan bayi berasa selesa dan selamat. Aliran udaranya menjadikan bayi tenang dan tidur dengan nyenyak.

    Rangkaian Nuna LeafTM Series termasuk Nuna LeafTM Curv merupakan pelaburan jangka panjang dan boleh digunakan dari peringkat bayi hinggalah kanak-kanak mahupun dewasa dengan berat maksimum 60 kg.

  • SENATM aire:
    ‘Cot’ mudah alih ini membantu menyediakan ruang khas untuk anak anda di mana-mana sahaja. Rekaan air design™ yang terkini memberikan pengudaraan 360 darjah; sekaligus membawakan aliran udara terbaik dan segar, serta tidur yang lena.

    Tilamnya disertakan dengan rekaan berzip yang boleh dibasuh menggunakan mesin dan pengering. Tapaknya tidak mudah tergelincir dan membolehkan anak anda tidur lena tanpa gangguan.

    Mungkin saiznya sedikit besar, namun ianya mudah dilipat dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan juga mudah disimpan sama ada anda di dalam kereta atau di rumah.

    ‘The Threaded Collection’ didatangkan dalam beraneka pilihan gaya, warna menarik serta harga yang berbeza; bermula daripada RM1,000 hingga RM5,000 bergantung kepada produk dan aksesori berkaitan.*

“Nuna merupakan jawapan bagi ibu bapa yang mementingkan gaya, fungsi dan keselamatan dalam kelengkapan bayi mereka. Menerusi penggunaan teknologi terkini, kami akan terus membawakan lebih banyak produk yang bukan sahaja tampil menarik, tetapi fleksibel dan mengutamakan keselamatan dalam segenap aspek reka bentuk mereka,” tambah Noraizan.

‘The Threaded Collection’ boleh didapati di gedung-gedung terpilih, butik khusus untuk bayi dan di laman sesawang rasmi Supreme Global.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari:

Lampin Huggies Platinum Teknologi ZeroFeel Beri Keselesaan Pada Bayi

Lampin pertama seumpamanya yang membawa keselesaan kepada si manja dan ketenangan kepada ibu bapa!

Huggies Platinum with ZeroFeel Technology

Ini kerana antara cabaran terbesar yang dihadapi ibu bapa dengan anak-anak kecil, adalah menyesuaikan diri dengan corak tidur si manja. Sebahagian besar cabaran tersebut bukannya disebabkan bayi atau kanak-kanak yang tidak mahu tidur. Sebaliknya, ia berhubung kait dengan kadar tidur yang betul serta masa tidur si manja kerana aspek ini turut mempunyai implikasi ke atas corak tidur ibu bapa.

Kajian mendakwa rata-rata ibu bapa dengan anak kecil tidur kurang daripada lima jam sehari. Selain bangun untuk makan, lampin yang basah dan kurang fleksibel juga mampu menjejaskan kitar tidur si manja mahupun ibu bapa mereka. Lebih membimbangkan lagi, menurut kajian, gangguan berterusan kepada corak tidur ibu bapa boleh mengundang pelbagai kesan serius termasuk keletihan sehingga penurunan produktiviti harian mereka. Keadaan sedemikian akan terus menyumbang kepada simptom-simptom kemurungan serta menjejaskan perhatian mereka dalam pengasuhan si manja.

Justeru itu, Huggies, iaitu jenama yang dipercayai, menawarkan perlindungan semalaman terbaik untuk si manja. Huggies sentiasa mengubah suai rangkaian produknya bagi menawarkan perlindungan yang lebih selesa, bertahan lama;, dengan kuasa penyerapan yang lebih tinggi sebagai perlindungan tambahan kepada si manja. Pada masa yang sama, ini membolehkan ibu bapa tidur lebih lena.

“Huggies faham bahawa ibu bapa perlu menumpukan tenaga mereka untuk mengasuh si manja . Justeru, kami menganggap cabaran ini sebagai peluang untuk menaik taraf lampin kami, demi menjamin keselesaan si manja dan membolehkan ibu bapa tidur lena, supaya mereka kekal bertenaga dan prihatin terhadap keperluan anak mereka sepanjang hari. Inilah antara wawasan utama kami untuk menghasilkan Huggies Platinum dengan Teknologi ZeroFeel™,” kata Pengarah Pemasaran Kimberly Clark, Nitish Gupta.

Memperkenalkan Huggies Platinum dengan Teknologi ZeroFeel™

Huggies Platinum dengan Teknologi ZeroFeel™ adalah lampin pertama seumpamanya, yang bukan sahaja menjamin keselesaan si manja yang lebih lama, tetapi juga membantu ibu bapa mengatasi dua cabaran utama, iaitu mengekalkan kekeringan serta menyediakan lampin dengan saiz yang bersesuaian lagi selesa.

Rangkaian lampin baharu dengan Teknologi ZeroFeel™ yang canggih menampilkan:

  • pelapik ultra nipis dengan kenipisan hanya 5mm, walau mempunyai lima lapisan penyerap handalan
  • saiz yang ringan di mana lampin baharu ini hadir dengan 100 juta liang mikro1 yang menjamin pengudaraan
  • Berbekalkan teras 360°, Huggies Platinum merupakan lampin slim fit yang tidak akan bergumpal ataupun menebal walau selepas pembasahan berkali-kali
  • Dilengkapi dengan pad perangkap bocor 3D dengan 9,000 alur corong mikro yang mampu menyerap cecair dengan pantas bagi menjamin kekeringan

Kesemua ciri-ciri ini akan meningkatkan lagi keselesaan si manja justeru menyumbang kepada tidur yang lebih nyenyak.

Penukaran lampin pada larut malam juga akan menjadi lebih mudah kerana Huggies Platinum hadir dengan dua pilihan:

  1. lampin berpelekat dengan ciri penyelarasan saiz
  2. lampin seluar dengan getah pinggang yang selembut sutera dengan kadar regangan 2.5 kali ganda2 untuk memeluk perut bayi tanpa meninggalkan kesan merah. Bahan yang selembut sutera ini akan memberikan penjagaan kulit yang terbaik untuk si manja anda, baik bermain ataupun tidur.

“Huggies komited untuk menyediakan penjagaan yang premium lagi inovatif untuk si manja. Dalam pada itu, antara kekhuatiran terbesar bagi ibu bapa adalah mendapatkan produk lampin yang sesuai. Selalunya, ini merupakan perkara kedua penting selepas aspek makanan dan kesihatan mereka. Namun, bagi ibu bapa yang tidak cukup tidur dan letih, ia boleh menjadi satu pengalaman yang amat membebankan,” tambah beliau.

“Huggies Platinum bukan sahaja berazam membantu ibu bapa mengatasi cabaran ini dengan kuasa penyerapan sehingga 12 jam, tetapi juga meningkatkan keselesaan si manja serta memberikan ketenangan fikiran kepada anda. Sememangnya, ibu bapa yang cukup rehat merupakan ibu bapa yang gembira, dan semestinya akan menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan si manja.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Huggies Platinum dengan Teknologi ZeroFeel™, sila layari:

 

Pupuk Kecemerlangan Anak-Anak Bersama Wyeth Nutrition

Wyeth Nutrition memperkenalkan S-26 GOLD PROGRESS dengan αlipids™, susu tepung rumusan kanak-kanak berusia 1-3 tahun, serta S-26 GOLD PROMISE dengan αlipids™ bagi kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas.

Wyeth Nutrition S26 Gold Launch 03

Pengenalan dua produk ini adalah selari dengan misi Wyeth Nutrition untuk memupuk kecemerlangan setiap kanak-kanak dengan menyokong kemampuan pembelajaran seumur hidup dari peringkat awal tumbesaran.

Wyeth Nutrition S26 Gold Launch 01

Peringkat awal tumbesaran kanak-kanak sangat penting kerana inilah tempoh paling aktif dalam pembentukan hubungan otak. Hubungan otak membantu pemindahan isyarat dalam otak, di samping memainkan peranan penting dalam fungsi keseluruhan otak, terutamanya bagi menyokong kemampuan pembelajaran seumur hidup si kecil. Berbekalkan nutrisi yang baik, hubungan otak dapat disokong sejak peringkat awal tumbesaran mereka.

Rumusan yang diperbaharui ini mengandungi αlipids™, dihasilkan melalui satu proses yang dipatenkan dimana ianya mengekalkan fosfolipid, termasuk sphingomyelin, pada paras yang lebih tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa fosfolipid, termasuk sphingomyelin, merupakan komponen penting di dalam otak yang membolehkan ianya berhubung. Sphingomyelin memainkan peranan penting dalam proses perkembangan otak yang dikenali sebagai pemielinan (myelination). Pemielinan adalah penting dalam pembentukan hubungan otak yang pantas dan efisien yang terbukti kaitannya dengan perkembangan kognitif seperti pertuturan bahasa, kemahiran membaca dan ingatan pengenalan.

“Inovasi kami berasaskan kajian saintifik terkini serta kepakaran selama satu abad dalam menerajui sains pemakanan kanak-kanak. Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kecemerlangan masing-masing, justeru kami berusaha melangkaui batas sains untuk menghasilkan formula saintifik yang terkini dengan menyokong ibu bapa di Malaysia dengan membantu mereka dalam memberikan nutrisi yang terbaik untuk manfaat tumbesaran si kecil,” kata Mohamed Shaarawy, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Wyeth Nutrition, Malaysia, Singapura, Brunei sempena pelancaran S-26 GOLD PROGRESS dengan αlipids™ dan S-26 GOLD PROMISE dengan αlipids™.

“Dalam dunia hari ini yang penuh dengan perkara dan pengalaman baharu, kemampuan seorang kanak-kanak untuk sentiasa mempelajari sesuatu membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya. Nutrisi yang betul bukan sahaja dapat menyokong kemampuan pembelajaran seumur hidup, malah menukar pengetahuan mereka menjadi idea menakjubkan yang memberikan inspirasi serta membuka kemungkinan baharu untuk menjadi cemerlang. Sama ada mereka bijaksana, peneroka, pemimpin ataupun sekadar ingin tahu, khasiat-khasiat utama dalam diet seimbang menyumbang kepada perkembangan untuk mencapai kemampuan tersebut,” tambah beliau.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik Dr. Khoo Phaik Choo, selain nutrisi, rangsangan yang diterima kanak-kanak di peringkat awal kehidupan mempunyai impak besar terhadap tumbesaran dan perkembangan mereka.

“Rangsangan, termasuk pengalaman serta input dari persekitaran mereka, adalah penting untuk perkembangan otak yang sihat. Input deria, bahasa, emosi dan sosial di peringkat awal kehidupan mereka mengukuhkan asas pembelajaran seumur hidup serta kesihatan si kecil,” kata beliau.

Di samping itu, jagaan ibu bapa yang baik merupakan satu lagi faktor penting untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat.

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia serta bapa kepada empat cahaya mata turut berkongsi pandangannya berkaitan pengasuhan anak-anak.

“Keibubapaan berubah mengikut peredaran zaman di mana kini bukan lagi sekadar menyediakan keperluan asas, sebaliknya memupuk kecemerlangan dalam diri anak-anak. Sebagai seorang bapa, saya yakin bahawa pembelajaran seumur hidup merupakan asas ukuran tumbesaran dan perkembangan seseorang anak yang cemerlang. Oleh itu, saya sentiasa mencari pilihan yang terbaik bagi meningkatkan kemampuan pembelajaran anak-anak saya.”

Pada acara pelancaran, beliau turut disertai isterinya, Dr. Halina Mohd Yunos serta beberapa ibu bapa lain termasuk Amar Baharin, Azura Zainal, Narisa Soraya dan Shaine Wong selain ahli S- MAMA Club yang terpilih.

Pelancaran S-26 GOLD PROGRESS dengan αlipids™ dan S-26 GOLD PROMISE dengan αlipids™ bakal disusuli pelbagai kempen dan aktiviti Wyeth Nutrition di Malaysia pada tahun ini.

Untuk maklumat lanjut tentang acara dan promosi tersebut, layari:

Hari Kesihatan Mulut Sedunia Tingkat Kesedaran Penjagaan Mulut Yang Baik

Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia, inilah masa paling sesuai untuk mula menjaga kesihatan mulut.

Dengan adanya  Philips Sonicare, Rakan Global untuk Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut yang baik

IMG_20190307_155627

Philips Malaysia turut menggalakkan rakyat Malaysia di semua peringkat umur agar membentuk dan mengekalkan amalan penjagaan mulut yang baik. 3.9 bilion orang di seluruh dunia menghidap penyakit mulut dan hampir separuh (44%) daripada penduduk dunia mengalami kesan akibat gigi reput yang tidak dirawat.

IMG_20190307_155559

Sementara itu di Malaysia, kajian menunjukkan bahawa hanya 27.8% penduduknya mengunjungi doktor gigi di dalam tempoh setahun, manakala seramai 37% rakyat di negara ini tidak pernah menerima penjagaan kesihatan mulut .

IMG_20190307_160207

Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini, kami ingin menyeru kepada semua keluarga agar menjaga kesihatan mulut mereka bagi mengelak penyakit mulut, sekaligus melindungi kesihatan diri mereka secara umum. Amalan baik seperti memberus gigi dua kali sehari selama dua minit, sangat penting di dalam penjagaan mulut, gigi serta gusi. 60 hingga 90 % daripada kanak-kanak sekolah dan hampir kesemua dewasa di seluruh dunia mengalami masalah gigi reput , maka adalah amat penting untuk kita mengamalkan rutin memberus gigi dengan baik sejak kanak-kanak masih kecil lagi.

Di Philips, kami mahu menggalakkan amalan penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit dengan menggunakan inovasi Sonicare kami, yang berupaya memastikan kesihatan mulut yang lebih baik untuk jangka panjang, dan lebih penting lagi, kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera,” kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara, Ketua Kesihatan Peribadi dan Sistem Kesihatan Philips Malaysia.

Kepentingan penjagaan kesihatan mulut sejak awal usia kanak-kanak

Gula merupakan salah satu faktor utama punca gigi reput, dan 60% hingga 90% kanak-kanak sekolah di seluruh dunia mempunyai karies gigi. Gigi reput merupakan penyakit yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan memberi impak besar terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak berkenaan. Sama seperti jangkitan bakteria yang lain, gigi reput boleh bertambah buruk jika tidak dirawat.

Bagi Dr Bala Saravanan, Pengarah Akademi Pergigian Malaysia, satu perkara yang menjadi tumpuan di dalam tempoh sembilan tahun perkhidmatannya sebagai doktor gigi ialah masalah gigi reput dalam kalangan kanak-kanak termasuk bayi, yang dikenali sebagai karies di awal usia kanak-kanak (early childhood caries) atau ECC. ECC berpunca daripada tabiat pemakanan di mana kanak-kanak berusia lima tahun atau lebih muda mengambil makanan serta minuman bergula dengan banyak, termasuklah kerap mengambil makanan bayi yang mengandungi sukrosa, terutamanya di waktu malam.

“ECC boleh dielakkan jika ibu bapa memberi penekanan terhadap amalan kebersihan mulut yang baik pada usia muda. Semakin awal isu berkenaan ditangani, semakin kurang ekstensif dan invasif rawatan kesihatan mulut yang diperlukan. Para ibu bapa sering terlupa bahawa penjagaan kesihatan mulut yang baik sepatutnya bermula sejak bayi baru lahir lagi. Sebagai contoh, ibu bapa yang menyusukan bayi mereka di waktu malam perlu memastikan bayi mereka meminum air bagi menghilangkan sisa sukrosa yang ditinggalkan ketika menyusu dan membersihkan gusi serta gigi bayi dengan menggosok menggunakan kain bersih yang lembab di bahagian gusi atas dan bawah mereka,” ujar Dr Bala.

Kesan kesihatan mulut: mengelakkan tekanan psikologi

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kesihatan mulut merupakan penunjuk utama bagi kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup secara keseluruhannya. Salah satu daripada isu yang sering diabaikan ialah isu psikologi seseorang dewasa atau pembangunan kanak-kanak apabila mereka kehilangan gigi mereka – rasa rendah diri dan isolasi sosial.

“Senyuman merupakan alat paling berkuasa yang dimiliki oleh seseorang. Senyuman yang menawan mampu memberikan kesan yang berpanjangan, meningkatkan harga diri dan keyakinan serta meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan. Oleh itu, kehilangan atau kereputan gigi boleh mempengaruhi penampilan dan hubungan sosial seseorang itu, termasuklah kehilangan gigi susu secara semula jadi dalam kalangan kanak-kanak, kerana rakan-rakan mungkin mentertawakan senyuman mereka yang rongak.

Adalah sangat penting bagi ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka memahami bahawa kehilangan gigi susu adalah sebahagian daripada proses tumbesaran, dan menggalakkan anak-anak agar terus mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik. Begitu juga untuk mereka yang telah dewasa, belum terlewat untuk mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik. Mereka harus menjalani pemeriksaan gigi pada setiap enam bulan dan tidak perlu takut untuk bertanyakan soalan mengenai tahap kesihatan mulut mereka,” tambah Dr Bala lagi.

Teknologi memberikan cara baru untuk menjaga kesihatan mulut

“Philips sentiasa berusaha meningkatkan pengalaman pengguna menerusi penggunaan teknologi berinovasi, dengan sasaran untuk meningkatkan kualiti hidup 3 bilion orang setahun menjelang 2025. Berus gigi, seperti Sonicare DiamondClean kami, dapat membantu anda mencapai teknik memberus yang sempurna menerusi penggunaan sensor.

Dengan adanya berus gigi serta aplikasi Sonicare For Kids, kanak-kanak boleh mempelajari sendiri cara memberus gigi yang betul. Aplikasi berkenaan disambungkan dengan berus gigi sonik anak-anak anda melalui Bluetooth bagi menunjukkan cara memberus gigi yang betul dan merekodkan prestasi. Teknologi berasaskan data serta maklumat berkenaan berupaya membantu anda dan keluarga anda membuat pilihan yang tepat bagi menjaga kesihatan mulut dan memberikan pembersihan tahap profesional di rumah anda sendiri,” jelas Ali.

Philips Sonicare menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan langkah pencegahan, seperti pemeriksaan yang kerap, demi kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan dalam jangka panjang.

Philips Sonicare ialah Rakan Global Persekutuan Pergigian Sedunia FDI dan merupakan penaja berus gigi berkuasa Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2019.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips Sonicare, sila layari:

 

Program Happy Meal Readers McDonalds Tawar 12 Karya Cressida Cowell

Diterbitkan eksklusif oleh penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia, Cressida Cowell, buku-buku  itu bakal dikeluarkan oleh McDonald’s sepanjang tahun ini

Photo 1

Diwujudkan dengan meletakkan keluarga sebagai keutamaan, program Happy Meal Readers oleh McDonald’s Malaysia bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia menerusi pendekatan ‘Scale for Good’.

Photo 3

Menerusi program Happy Meal Readers, McDonald’s bekerjasama dengan Cressida Cowell, penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia yang menghasilkan siri buku popular How to Train Your Dragon, untuk melancarkan satu siri buku bertajuk Treetop Twins Adventures.

Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi buku bersiri ini yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald’s. Setiap bulan, sebuah buku akan dikeluarkan sepanjang tahun ini. Untuk pasaran Malaysia, buku-buku ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Bagi menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan, buku-buku ini juga boleh didapati dalam versi digital menerusi aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun dari Play Store dan Apple Store.

Dengan menggunakan aplikasi ini, seisi keluarga dapat sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Eugene Lee berkata, komitmen dalam memupuk budaya membaca telah banyak menyokong usaha syarikat dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.

McDonald’s Malaysia ingin menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Program Happy Meal Readers ini membolehkan ibu bapa membaca buku dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak. Kami berharap program ini dapat menerapkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dengan menjadikannya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga” 

Menurut Lee, Program Happy Meal Readers ini juga merupakan tanda sokongan McDonald’s terhadap aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaan.

“Kami mengucapkan syabas atas usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk membaca. Kami juga amat gembira dapat turut serta mengambil bahagian dalam usaha ini dengan mengetengahkan manfaat membaca kepada ibu bapa dan kanak-kanak.”

Dengan setiap pembelian Happy Meal, keluarga juga boleh memilih untuk mendapatkan sebuah buku atau satu permainan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara.

‘Bas Kembali ke Sekolah’ FABER-CASTELL Perkenal Produk Inovasi Bersama Peragaan Menarik

Tengok bas sekolah Faber Castell dengan rangkaian produk inovasi barangan alat tulis yang menarik memang rasa nak kembali ke zaman sekolah balik. Bestnya kalau dapat jadi kanak-kanak semula!

Group Photo at the Official Launch of Faber-Castell Back-to-School Bus

Pelancaran ‘Bas Kembali ke Sekolah’ (Back-to-School Bus) dengan Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 48 baharu itu diadakan sempena Kempen Kembali ke Sekolah yang sedang berlangsung hingga awal Januari 2019.

Bas Kembali ke Sekolah dari Faber-Castell Malaysia yang akan ditempatkan di semua kedai buku, pasaraya dan pasaraya besar terkemuka di seluruh negara menjadi daya penarik dalam kalangan pelanggan dengan inovasi produk terkininya dan peragaan yang menarik.

Dilengkapi dengan komponen 3D yang menarik, bas Kembali ke Sekolah tersebut menampilkan beraneka jenis produk alat tulis terkini dari Faber-Castell dan pek promosi yang memberi nilai bagi wang pelanggan.

Lebih menarik lagi, ia turut menyertakan sorotan produk utamanya iaitu Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 48 yang diperagakan bersama contoh karya mewarna yang mengagumkan hasilan daripada pensel warna Faber-Castell.

Bas Kembali ke Sekolah yang direka khusus oleh Faber-Castell ini membuktikan komitmen jenama ini untuk berinovasi dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang unik kepada para pelanggan. Dengan pelancaran Bas Kembali ke Sekolah oleh Faber-Castell, kami menyasarkan bukan sahaja untuk memperkenalkan inovasi produk terkini dari Faber-Castell, tetapi kami juga berharap dapat memeriahkan mood pengguna dalam persediaan untuk menghadapi tahun persekolahan yang baharu,” kata Ivy Leong, Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia.

Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 dari Faber-Castell direka dengan alur dalaman untuk memastikan pensel warna berada dalam keadaan tersusun rapi dan kemas ketika disimpan. Tambahan pula, kotaknya yang nipis dan padat mengurangkan ruang simpanan (contohnya beg sekolah) supaya ia boleh dibawa dan digunakan di mana-mana mengikut kesesuaian pengguna.

“Reka bentuk pek Faber-Castell yang terkini bagi pelbagai jenis pensel warnanya (iaitu 12, 24, 36 & 48 warna), bertujuan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik – sama ada di sekolah, pejabat atau untuk tujuan santai. Kami yakin dengan kotak Slim-Flexi baharu yang padat, fleksibel dan nipis ini, pengguna terutamanya kanak-kanak sekolah akan berasa lebih seronok dan bersemangat untuk membawanya ke mana-mana dan seterusnya dapat menikmati keseronokan melukis dan mewarna dengan kreatif menggunakan pensel warna Faber-Castell,” tambah Leong.

Antara produk terkemuka dari Faber-Castell termasuklah:

  • Air Gel Pen yang dilengkapi ciri-ciri dakwat yang cepat kering dan genggaman yang lembut (rujuk kepada Lebaran Maklumat Faber-Castell untuk maklumat lanjut)
  • Stamp Markers (6 & 10 warna)
  • pengasah pensel (UFO, Panda Table Top & Bear Table Top)
  • pensel mekanikal (Shark & Bubble)
  • pemadam (Seaworld)
  • pen mata bulat & pen gel (WinBall, Eco Gel, Air Gel & Super Clip Gel)
  • isian semula marker papan putih
  • highlighter (Textliner 18)

Harga produk alat tulis Faber-Castell bermula dari RM1.30 ke atas.

Sempena Kempen Kembali ke Sekolah ini, Faber-Castell Malaysia turut menganjurkan Peraduan ‘Spot, Snap & Win’ yang berlangsung hingga 6 Januari 2019.

Rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang daripada 40 pemenang untuk memenangi hadiah tunai RM150 dan produk-produk Faber-Castell bernilai RM80 berserta sekotak Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang direka khas untuk anda!

Cara sertainya:

  1. Anda hanya perlu mengambil gambar yang kreatif dengan mana-mana peragaan Bas Kembali ke Sekolah Faber-Castell
  2. memuat naik gambar tersebut di Facebook berserta hashtag #FaberCastellBacktoSchool.

Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun jenama ini yang ke-40, Faber-Castell Malaysia juga mengumumkan pembabitan syarikat tersebut dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pemberian bekalan produk alat tulis untuk setahun kepada kanak-kanak di 40 buah rumah amal di seluruh negara.

“Kejayaan Faber-Castell Malaysia sepanjang 40 tahun ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan umum. Oleh itu, kami sentiasa berpegang kepada prinsip berbakti kepada masyarakat. Dengan memberikan produk alat tulis yang paling berkualiti kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, Faber-Castell Malaysia berharap dapat menaikkan semangat kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini sambil menyerikan meja mereka dengan kelengkapan peralatan tulis untuk penggal persekolahan yang akan datang,” tambah Leong lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia dan program CSR 2018, layari:

https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia/

Bath & Kids Anjur “Supermarket Sweep” Bersama Kanak-Kanak Yayasan Sunbeams Home

Seronok betul kanak-kanak ni dapat ambil sendiri bermacam-macam barang dari koleksi Justice League. Bukan selalu dapat peluang macam ni..


AmLion MD Dato Lance Koek handing out angpows to children of Yayasan Sunbeams HomeDato’ Lance Koek, pemilik Bath & Kids, stor berkonsep penjagaan hygin yang terletak di pusat beli-belah One Utama meraikan kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams Home ini dengan caranya tersediri dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina.

“Kami baru sahaja membuka Bath & Kids pada awal Januari lalu. Meskipun belum diperkenalkan secara rasmi, matlamat kami lebih kepada memberi keseronokan kepada kanak-kanak.

Memandangkan syarikat kami adalah syarikat yang mementingkan kekeluargaan, maka kami ingin menyebarkan kasih sayang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sebab itu kami memilih Yayasan Sunbeams Home yang terletak di Ampang ini untuk sama-sama meraikan program CSR yang kami anjurkan.

Dalam masa sama kami ingin berkongsi ilmu mengenai kepentingan kebersihan hygin kepada mereka dan orang ramai. Kejayaan kami adalah disebabkan sokongan komuniti di sekeliling, maka kami percaya apa yang kami beri akan mendapat pembalasan baik yang setimpal.”

-Dato Lance Koek, yang juga Pengarah Urusan AmLion, pengilang kepada lebih daripada 80 jenama produk penjagaan diri bagi lebih 30 negara.

Kanak-kanak dari Yayasan ini dihiburkan dengan persembahan oleh badut diiringi dengan aktiviti menjawab soalan serta pelbagai aktiviti menarik.

Children of Yayasan Sunbeams Home filling up their shopping baskets with Justice League products at Bath & Kids, 1Utama

Namun aktiviti “Supermarket Sweep” paling ditunggu-tunggu kerana mereka  yang berumur antara lima hingga 10 tahun ini diberi peluang mengambil sebanyak mana barang-barang koleksi tema kartun Justice League yang mereka mahukan dalam waktu yang diberikan.

Koleksi Justice League ini terdiri daripada kartun Superman, Batman, Supergirl dan Wonder Woman. Ia boleh didapati dalam bentuk barang mandian shampu 2-in-1, sabun mandi Head-to-Toe, Yogurt Body Wash, Bubble Bath, botol air, bekas makanan, selipar, alat tulis dan bermacam lagi.

Produk mandian ini datang dalam empat haruman iaitu Superman Smashing Citrus ZEST, Batman Awesome Apple Punch, Wonderwoman Sparkling Mango Mania dan Supergirl Dazzling Summer Berries serta koleksi Beaudex Kids.

Kesemua produk mandian ini dicipta selamat dan lembut untuk kulit kanak-kanak, bebas dari paraben, SLE/SLS dan malah ia mengguna bahan semula jadi seperti susu oat, susu soya dan susu beras yang menjadikan kulit sihat dan bersinar.

“Pada masa akan datang, kami bakl memperkenalkan lebih banyak tema kartun Nickelodeon yang memang tidak asing lagi bagi kanak-kanak antaranya Paw Patrol, Dora the Explorer, Teenage Mutant Ninja Turtles serta banyak lagi.”