Pasti ramai tertanya-tanya apakah kaitan minuman Tealive dan produk Safi?
Haa ini jawapannya.
Tealive dan Beautea oleh Safi bekerjasama dalam memanfaatkan “kuasa teh” untuk menjana kecantikan ‘dalaman ke luar’ dan ‘luaran ke dalam’ sempena pelancaran kempen “BeauTealive” bagi rangkaian produk pembersih berasaskan teh premium 100% ‘Beautea’.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo berkata kuasa teh telah menyatukan dua peneraju utama jenama tempatan untuk bekerjasama dan menampilkan manfaat teh yang melangkaui sekadar hanya dalam minuman.
“Terdapat pelbagai jenis teh yang diketahui memiliki manfaat kesihatan yang banyak serta sifat anti-radang apabila diambil sebagai minuman. Tetapi manfaat sebenarnya melangkaui sekadar minuman sahaja kerana apabila disapu pada bahagian luaran badan, ia boleh membawakan kesan positif kepada kulit kita.”
Loo menyatakan bahawa kerjasama antara dua jenama yang memiliki pensijilan halal ini menjanjikan kejayaan cemerlang dan berharap agar ianya akan membuahkan hasil ataupun “bountea-ful” untuk kedua-dua rakan kongsi.
Beliau berkata meminum teh merupakan amalan sejak berkurun lama dan penyelidikan moden telah membuktikan bahawa pelbagai manfaat kesihatan boleh diperolehi seperti membantu menurunkan tahap kandungan kolesterol dan trigliserida dalam darah bagi mendapatkan jantung yang sihat, melindungi otak dan mengurangkan risiko diabetes.
“Sebagai contoh, walaupun teh hitam mempunyai rasa sedikit pahit dan memiliki kandungan kafein paling tinggi antara semua jenis teh, ia mampu menurunkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko serangan strok, diabetes dan arthritis. Kajian juga membuktikan bahawa ia dapat membantu melindungi gigi dari pembentukan plak, menurunkan stres dan meningkatkan tahap tenaga tanpa mengakibatkan rasa berdebar-debar,” ujar beliau.
Begitu juga, ujar beliau selanjutnya, Tealive, menggunakan teh hijau kerana ia memiliki pelbagai manfaat kesihatan dan mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dikenali sebagai ECGC (epigallocatechin gallate).
“Teh hijau memiliki semua kualiti terbaik teh hitam dengan beberapa lagi manfaat tambahan. Beberapa penemuan penyelidikan menunjukkan bahawa ia mampu memperlahankan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, paru-paru, perut dan kolorektal disamping memiliki sifat membakar lemak dan meningkatkan metabolisma,” ujar Loo sambil menambah bahawa ia juga dikatakan boleh membantu melindungi otak dari serangan penyakit Alzheimer dan Parkinson.
Beliau berkata Tealive menampilkan banyak kategori menu teh yang menggunakan pelbagai jenis daun teh yang berbeza kerana ‘kami mengetahui cara untuk membangkitkan kreativiti daun teh melalui kajian yang diusahakan oleh bahagian penyelidikan dan pembangunan kami’.
Pengurus Produk Wipro Unza Malaysia, Kazlina Kassim, berkata kaedah penjagaan kulit berasaskan teh kini semakin meningkat dan meraih populariti di mana pengguna masa kini lebih cenderung untuk mencari kaedah penjagaan kulit secara semulajadi.
Beliau mengulas lanjut bahawa teh sering digunakan sebagai ramuan dalam penjagaan kulit kerana ia memiliki banyak manfaat yang menakjubkan untuk kulit dan turut mengandungi kepekatan antioksidan tinggi yang merupakan bentuk pertahanan semula jadi untuk kulit.
Antioksidan mengurangkan, meneutralkan dan melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas berbahaya yang merosakkan. Bagaimanapun, seiring dengan peningkatan usia, kulit kita menghasilkan antioksidan yang semakin kurang, oleh itu, jalan penyelesaiannya adalah dengan mencari sumber antioksidan dari luar. Hasilnya, ekstrak teh digunakan sebagai ramuan aktif dalam pelbagai formulasi penjagaan kulit.
Selaku jenama penjagaan kulit dan penjagaan diri yang telah mendominasi pasaran di Malaysia semenjak dua dekad yang lepas, Kazlina berkata, Safi benar-benar memahami akan keperluan kepada produk penjagaan kulit khusus, yang dibangunkan untuk memerangi pemasalahan kulit masa kini.
Beautea oleh Safi merupakan Pembersih Berasaskan Teh Premium 100%, yang kaya dengan Antioksidan.
Empat varian Beautea oleh Safi iaitu:
- Revitalizing Scrub – Apricot Tea
- Detox Cleanser – Black Tea & Black Orchid
- Anti Acne Gel Cleanser – Green Tea & Neem
- Hydrating Gel Cleanser – White Tea & Damask Rose
Semuanya dihasilkan daripada ekstrak teh premium terpilih menyegarkan digabungkan dengan ramuan semula jadi terbaik dan diformulasikan untuk membersih dan melindungi kulit dari kesan berbahaya radikal bebas akibat dari pencemaran, stres dan memiliki manfaat komestik dengan Anti PM 2.5 bagi menjana kulit sihat. Beautea oleh Safi diuji secara dermatologi, BEBAS dari SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, paraben dan diiktiraf Halal oleh JAKIM.
Rangkaian produk ini boleh diperolehi di semua rangkaian kedai Watsons, Guardian, Aeon Wellness & Mydin di seluruh negara.
Promosi secara usahasama akan bermula dari 1 Mac – 30 April 2020 di seluruh negara di mana dengan setiap pembelian minuman Tealive, dapatkan baucar diskaun RM3 bagi pembelian satu Beautea oleh Safi Cleanser (Baucar diskaun dicetak pada pembalut cawan; baucar hanya boleh ditebus di rangkaian kedai Watsons; Terhad kepada hanya satu minuman Tealive bagi setiap baucar), dan sebaliknya,
Dengan setiap pembelian Beautea oleh Safi Cleanser, dapatkan baucar diskaun RM3 untuk pembelian satu minuman Tealive (Baucar diskaun dicetak di atas pelekat pop-up produk; baucar boleh ditebus disemua rangkaian kedai Tealive; Terhad kepada hanya satu minuman Tealive bagi setiap baucar).
Untuk maklumat lanjut sila semak syarat dan terma di Facebook Safi.
Juga jangan lupa untuk berkongsi kisah kulit sihat “Beautea-ful” anda dengan memuat naik kisah tersebut di ruangan profil sosial media anda berserta #BeauteabySafi #BeauteafulSkin #BeauTealive.
Leave a Reply