VIDA C Bantu Tingkatkan Sistem Imun

Bagaimana vida C bantu tingkatkan sistem imun anda?

vida 1

Kalau anda nak tahu, minuman sparkling baharu keluaran DyDo Drinco Malaysia ini mengandungi 1000mg vitamin CMenariknya minuman sedia diminum dengan inovasi minuman Jepun sudahpun ada di pasaran Malaysia.

Tahukah anda?

Sistem imun tubuh sangat penting untuk kelangsungan hidup dan tanpa sistem imun yang kuat, tubuh akan terbuka untuk mendapat serangan bakteria, virus, parasit dan banyak lagi. Cara yang berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh adalah dengan pengambilan Vitamin C secara berkala kerana ia adalah komponen pemakanan penting yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan dan melindungi tubuh daripada jangkitan.

Diktiraf di peringkat antarabangsa sebagai ‘Your Immunity Shield’, minuman sparkling vida Vitamin C diperkaya dengan 1000mg Vitamin C. Memandangkan ia dapat memenuhi keperluan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh, maka ia  adalah produk sedia untuk diminum yang penuh dengan nutrien dan manfaat kesihatan yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan badan terutamanya semasa pandemik ini.

Vida268

Sebagai pengeluar minuman terkemuka dan inovatif di pasaran, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd mengambil langkah yang memberi kelebihan kepada mereka yang mementingkan kesihatan imun, memenuhi peningkatan permintaan di kalangan pengguna berikutan pandemik ini.

vida Vitamin C serba baharu ini adalah peluasan kepada jenama minuman sparkling vida yang diformulasikan menggunakan R&D dan kepakaran negara Jepun yang maju.

Dengan kandungan 1000mg Vitamin C dalam setiap tin, vida Vitamin C adalah minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia. Selain mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), minuman sparkling vida Vitamin C juga mendapat penganugerahan Healthier Choice Malaysia and Singapore kerana kandungan gula yang rendah dan mengandungi dos Vitamin C harian yang disyorkan.

Minuman sparkling vida Vitamin C sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya bagi golongan pengguna yang selalu sibuk dan menjalani gaya hidup yang aktif serta senantiasa mencari minuman kesihatan berasaskan Vitamin C yang tidak renyah.

Diperkaya dengan 1000mg Vitamin C, minuman sparkling vida Vitamin C adalah pilihan yang tepat semasa pandemik ini kerana ia menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kekurangan zat besi di dalam badan kita serta mencerah dan menyerikan kulit kerana manfaat antioksidan. Dengan minuman sparkling vida Vitamin C pengambilan Vitamin C harian yang disyorkan menjadi lebih mudah.

Minuman sparkling vida Vitamin C didatangkan dalam DUA perisa menyegarkan iaitu:

  1. vida Vitamin C Lemon Sparkling-khasiat dan vitamin dari 18 lemon 
  2. vida Vitamin C Orange Sparkling- khasiat dan vitamin dari 19 oren

Setiap perisa memenuhi pengambilan Vitamin C yang disyorkan dalam saiz tin 325ml. Kedua-dua perisa ini boleh didapati oleh pengguna secara eksklusif di kedai serbaneka 7-11, petrolmart dan boleh dibeli melalui pembelian atas talian.

vida vitamin C MELANTIK HANNAH DELISHA SEBAGAI DUTA JENAMA

Vida304

Pelantikan Hannah Delisha sebagai Duta Jenama minuman sparkling vida Vitamin C amat tepat kerana beliau melambangkan maksud sebenar vida C sebagai sebuah jenama – sparkling, cantik, berpewatakkan anggun dan sentiasa ceria. Hannah memulakan kariernya di Singapura sebagai ahli kumpulan Delisha, kemudian muncul di beberapa rancangan televisyen yang diterbitkan oleh MediaCorp Suria yang kemudian membawa kejayaan sulung dan komersialnya di Malaysia menerusi adaptasi drama novel Mencintaimu Mr. Photographer pada tahun 2017.

Dengan penglibatannya dalam lebih daripada 15 buah drama, telefilem serta filem yang menonjolkan kaliber lakonannya, kerja keras Hannah Delisha sebagai pelakon dan usahawan diiktiraf apabila dia dicalonkan dan memenangi anugerah Pasangan Serasi Filem pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019, Artis Paling Popular Singapura pada Anugerah Planet Muzik ke-16 serta merangkul anugerah Asean Top Social Media Influencer serta diiktiraf dengan anugerah Special Talent Entrepreneur oleh The 100 Top Young CEO Awards pada tahun 2019.

Hannah Delisha menjadi idola dan ikutan kepada 2.6 juta pengikutnya di laman Instagram dan telah membuktikan dirinya sebagai pelakon muda yang berpengaruh serta berjaya menempatkan namanya menjadi barisan utama di dalam industri filem dan drama tempatan.

Menurut kenyataan media dari En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd:

“Mengambil kira kriteria kerjaya yang progresif, gaya hidup dan penekanan kepada penjagaan kesihatan terutama semasa pandemik ini, kita tidak dapat mencari yang lebih baik daripada Hannah Delisha untuk untuk kami jadikan sebagai duta jenama minuman sparkling vida Vitamin C iaitu minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia. kerana Hannah mengamalkan gaya hidup moden yang sihat. Kedua, dia memiliki keperibadian seorang go-gether, di mana dia mengejar cintanya pada dunia lakonan tetapi pada masa yang sama, dia tidak alpa untuk mengamalkan kehidupan yang sihat. Terakhir, kami melihat Hannah sebagai pencetus trend yang aktif berkongsi perihal kerjaya lakonan dan nyanyiannya dengan peminat yang merupakan kumpulan sasar yang sama seperti vida C.

Falsafah utama kami di DyDo adalah menghasilkan dan menyediakan minuman sihat yang bermanfaat kepada pengguna. Minuman sparkling vida vitamin C ini, kami menawarkan minuman Vitamin C 1000mg keluaran tempatan yang pertama dalam format siap untuk diminum. Melihatkan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari, ditambah pula dengan gaya hidup semasa yang penuh stres serta sibuk, wujudnya keperluan yang penting untuk meningkatkan imuniti dan kami mahukan minuman sparkling vida vitamin c menjadi jawapan kepada keperluan itu.

Dengan rasa segar dan manis buah lemon dan oren, minuman sparkling vida vitamin C adalah puncak pertahanan harian kita. Ia mudah dinikmati dan boleh dibawa kemana-mana kerana didatangkan dalam tin bersaiz 325ml. Sesuai dalam apa jua keadaan dan tidak renyah, dengan minuman sparkling vida vitamin c, untuk mendapatkan dos vitamin C harian yang disyorkan kini menjadi lebih mudah.

Kesempatan untuk bekerjasama dengan Hannah sebagai duta jenama kami adalah satu peluang keemasan. Kami berharap dapat meminjam pengaruh dan populariti Hannah untuk memberitahu kepada peminatnya dan rakyat Malaysia, untuk mencuba manfaat kesihatan minuman sparkling vida vitamin C kerana ianya dihasilkan menggunakan R&D dan kepakaran dari negara Jepun yang terkini untuk menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kekurangan zat besi di dalam badan serta mencerah dan menyerikan kulit.

Untuk mempromsi manfaat kesihatan minuman sparkling vida vitamin C, kami bakal tampil dengan kempen yang akan bermula pada Januari 2021. Kami yakin bahawa kerjasama kami dengan Hannah hari ini membolehkan kami untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup penuh berseri dan meningkatkan perlindungan sistem imun dengan minuman sparkling vida vitamin C.”

Senarai produk di bawah DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd:

⦁ vida C
⦁ vida
⦁ BeFine
⦁ Yobick

Laman sesawang DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: http://www.dydo.com.my
Laman sesawang DyDo Jepun: https://www.dydo-ghd.co.jp
Laman Facebook Rasmi vida: https://www.facebook.com/vidamalaysia
Laman rasmi Instagram vida: @vidamalaysia

TEALIVE dan SAFI Manfaatkan Kuasa Teh dalam Kempen “BeauTealive”

Pasti ramai tertanya-tanya apakah kaitan minuman Tealive dan produk Safi?

Photo 6

Haa ini jawapannya.

Tealive dan Beautea oleh Safi bekerjasama dalam memanfaatkan “kuasa teh” untuk menjana kecantikan ‘dalaman ke luar’ dan ‘luaran ke dalam’ sempena pelancaran kempen “BeauTealive” bagi rangkaian produk pembersih berasaskan teh premium 100% ‘Beautea’.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo berkata kuasa teh telah menyatukan dua peneraju utama jenama tempatan untuk bekerjasama dan menampilkan manfaat teh yang melangkaui sekadar hanya dalam minuman.

“Terdapat pelbagai jenis teh yang diketahui memiliki manfaat kesihatan yang banyak serta sifat anti-radang apabila diambil sebagai minuman. Tetapi manfaat sebenarnya melangkaui sekadar minuman sahaja kerana apabila disapu pada bahagian luaran badan, ia boleh membawakan kesan positif kepada kulit kita.” 

Loo menyatakan bahawa kerjasama antara dua jenama yang memiliki pensijilan halal ini menjanjikan kejayaan cemerlang dan berharap agar ianya akan membuahkan hasil ataupun “bountea-ful” untuk kedua-dua rakan kongsi.

Beliau berkata meminum teh merupakan amalan sejak berkurun lama dan penyelidikan moden telah membuktikan bahawa pelbagai manfaat kesihatan boleh diperolehi seperti membantu menurunkan tahap kandungan kolesterol dan trigliserida dalam darah bagi mendapatkan jantung yang sihat, melindungi otak dan mengurangkan risiko diabetes.

“Sebagai contoh, walaupun teh hitam mempunyai rasa sedikit pahit dan memiliki kandungan kafein paling tinggi antara semua jenis teh, ia mampu menurunkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko serangan strok, diabetes dan arthritis. Kajian juga membuktikan bahawa ia dapat membantu melindungi gigi dari pembentukan plak, menurunkan stres dan meningkatkan tahap tenaga tanpa mengakibatkan rasa berdebar-debar,” ujar beliau.

Begitu juga, ujar beliau selanjutnya, Tealive, menggunakan teh hijau kerana ia memiliki pelbagai manfaat kesihatan dan mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dikenali sebagai ECGC (epigallocatechin gallate).

“Teh hijau memiliki semua kualiti terbaik teh hitam dengan beberapa lagi manfaat tambahan. Beberapa penemuan penyelidikan menunjukkan bahawa ia mampu memperlahankan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, paru-paru, perut dan kolorektal disamping memiliki sifat membakar lemak dan meningkatkan metabolisma,” ujar Loo sambil menambah bahawa ia juga dikatakan boleh membantu melindungi otak dari serangan penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Beliau berkata Tealive menampilkan banyak kategori menu teh yang menggunakan pelbagai jenis daun teh yang berbeza kerana ‘kami mengetahui cara untuk membangkitkan kreativiti daun teh melalui kajian yang diusahakan oleh bahagian penyelidikan dan pembangunan kami’.

Pengurus Produk Wipro Unza Malaysia, Kazlina Kassim, berkata kaedah penjagaan kulit berasaskan teh kini semakin meningkat dan meraih populariti di mana pengguna masa kini lebih cenderung untuk mencari kaedah penjagaan kulit secara semulajadi.

Beliau mengulas lanjut bahawa teh sering digunakan sebagai ramuan dalam penjagaan kulit kerana ia memiliki banyak manfaat yang menakjubkan untuk kulit dan turut mengandungi kepekatan antioksidan tinggi yang merupakan bentuk pertahanan semula jadi untuk kulit.

Antioksidan mengurangkan, meneutralkan dan melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas berbahaya yang merosakkan. Bagaimanapun, seiring dengan peningkatan usia, kulit kita menghasilkan antioksidan yang semakin kurang, oleh itu, jalan penyelesaiannya adalah dengan mencari sumber antioksidan dari luar. Hasilnya, ekstrak teh digunakan sebagai ramuan aktif dalam pelbagai formulasi penjagaan kulit.

Selaku jenama penjagaan kulit dan penjagaan diri yang telah mendominasi pasaran di Malaysia semenjak dua dekad yang lepas, Kazlina berkata, Safi benar-benar memahami akan keperluan kepada produk penjagaan kulit khusus, yang dibangunkan untuk memerangi pemasalahan kulit masa kini.

Beautea oleh Safi merupakan Pembersih Berasaskan Teh Premium 100%, yang kaya dengan Antioksidan.

Photo 1

Empat varian Beautea oleh Safi iaitu:

  1. Revitalizing Scrub – Apricot Tea
  2. Detox Cleanser – Black Tea & Black Orchid
  3. Anti Acne Gel Cleanser – Green Tea & Neem
  4. Hydrating Gel Cleanser – White Tea & Damask Rose

Semuanya dihasilkan daripada ekstrak teh premium terpilih menyegarkan digabungkan dengan ramuan semula jadi terbaik dan diformulasikan untuk membersih dan melindungi kulit dari kesan berbahaya radikal bebas akibat dari pencemaran, stres dan memiliki manfaat komestik dengan Anti PM 2.5 bagi menjana kulit sihat. Beautea oleh Safi diuji secara dermatologi, BEBAS dari SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, paraben dan diiktiraf Halal oleh JAKIM.

Rangkaian produk ini boleh diperolehi di semua rangkaian kedai Watsons, Guardian, Aeon Wellness & Mydin di seluruh negara.

Promosi secara usahasama akan bermula dari 1 Mac – 30 April 2020 di seluruh negara di mana dengan setiap pembelian minuman Tealive, dapatkan baucar diskaun RM3 bagi pembelian satu Beautea oleh Safi Cleanser (Baucar diskaun dicetak pada pembalut cawan; baucar hanya boleh ditebus di rangkaian kedai Watsons; Terhad kepada hanya satu minuman Tealive bagi setiap baucar), dan sebaliknya,

Dengan setiap pembelian Beautea oleh Safi Cleanser, dapatkan baucar diskaun RM3 untuk pembelian satu minuman Tealive (Baucar diskaun dicetak di atas pelekat pop-up produk; baucar boleh ditebus disemua rangkaian kedai Tealive; Terhad kepada hanya satu minuman Tealive bagi setiap baucar).

Untuk maklumat lanjut sila semak syarat dan terma di Facebook Safi.

Juga jangan lupa untuk berkongsi kisah kulit sihat “Beautea-ful” anda dengan memuat naik kisah tersebut di ruangan profil sosial media anda berserta #BeauteabySafi #BeauteafulSkin #BeauTealive.