Pusat Penyelidikan Produk Halal Termaju di Dunia, SERI Bakal diBuka Pada Umum

SERI atau SAFI Excellence in Research & Innovation Centre @ Pusat Kecemerlangan Dan Penyelidikan & Inovasi SAFI adalah fasiliti penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit Halal termaju di dunia!

Masa kni, boleh dilihat ramai golongan wanita Malaysia yang mengambil berat akan penampilan diri mereka lebih-lebih lagi pada bahagian wajah. Justeru itu, permintaan terhadap produk kecantikan yang efektif dan Halal semakin meningkat di negara ini. Saban hari pengguna lebih peka kepada kualiti produk kecantikan yang digunakan dari segi bahan-bahan, ujian makmal yang dijalankan, keberkesanannya dan juga dari segi keselamatan menggunakan produk tersebut.

Dalam era globalisasi tanpa sempadan ini, terdapat pelbagai jenis jenama-jenama daripada luar negara mahupun dalam negara yang mengeluarkan produk kecantikan. Akan tetapi, golongan wanita tempatan terutamanya yang beragama Islam mementingkan produk kecantikkan yang diyakini Halal.

Oleh kerana isu Halal merupakan sesuatu yang penting yang dititik berat oleh pengguna di Malaysia, SERI memastikan produk kecantikan yang dirumus dan dibangunkan melalui pemprosesan kualiti yang ketat demi memastikan ianya Halal.

Ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dengan pelaburan awal sebanyak RM10 juta, SERI merupakan pusat kajian dan inovasi bagi pembangunan Wipro Skin Research & Innovation Centre.

Dalam tempoh masa 5 tahun, Wipro Skin Research and Innovation Centre telah mencatatkan pelaburan sebanyak RM30 juta, sekali gus menjadikannya sebagai makmal penjagaan kulit Halal yang terbesar dan termaju di dunia.

SERI dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih dan diuruskan oleh lebih daripada 100 penyelidik dan saintis dari pelbagai bidang antaranya bidang biologi molekul, imunologi, kimia fizikal, kimia organik, kimia analisis, kejuruteraan kimia dan biokimia, di mana mereka menghasilkan produk-produk yang mampu milik namun berkesan.

Kemajuan produk-produk yang dihasilkan semuanya bermula dengan langkah mengkaji dan mendalami pengetahuan mengenai kulit pengguna di Asia dan kesan cuaca di rantau ini terhadap kulit pengguna Asia. Dengan ini, SAFI berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam menghasilkan produk-produk penjagaan kulit.

Selain dari produk-produk penjagaan kulit, SAFI turut mempunyai rangkaian produk yang luas yang merangkumi:

  • syampu
  • penjagaan rambut
  • losyen
  • talkum
  • deodoran
  • minyak
  • ubat gigi
  • krim mandian
  • minuman kecantikan kolagen

SERI juga telah mempelopori teknologi dalam industri penjagaan kulit di Malaysia dengan inovasi Nano Emas di mana ia diformulasikan ke dalam rangkaian produk Anti-Penuaan SAFI Rania Gold. Dengan penyatuan enkapsulasi Nano, bahan-bahan bio aktif seperti sebatian pencerahkan kulit menjadi lebih stabil dan berkesan untuk menembusi lapisan kulit yang lebih dalam pada kadar yang lebih cepat.

SAFI telah menjalankan ujian usia biologi kulit melalui kajian klinikal ke atas wanita tempatan demi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang pengguna di Asia dan spesifikasi kulit penduduk Asia. Selain itu, Model kulit 3D juga telah dibina khas untuk meneliti tahap molekul pada kulit dan sekaligus memastikan keberkesanan dan keselamatan produk sekaligus menghindari daripada proses ujian ke atas haiwan.

Pusat SERI akan membuka tirainya kepada khalayak umum dan memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi sebahagian daripada SERI Laboratory Tour and Skin Analysis pada bulan September 2018.

Oleh kerana lawatan ini TERHAD kepada beberapa individu sahaja, pendaftaran awal perlu dibuat di laman sesawang https://safi.com.my/seri/

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai SERI dan promosi terkini SAFI, sila lawat:

  1. laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my
  2. laman rasmi Facebook SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia
  3. laman rasmi Instagram SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia.

 

Miliki Raut Mempersona dan Kulit Sihat Dengan SAFI DERMASAFE

Bukan mudah mendapatkan kulit yang cantik berseri dan bermaya serta bebas dari jerawat apatah lagi dengan cuaca Malaysia yang semakin panas.

Namun, Gadis Milennial tidak mudah menyerah kalah sebelum berjuang!

Kepakaran mereka mencari maklumat dihujung jari tidak dapat disangkal lagi. Kembara kecantikan generasi Ratu Swafoto ini telah menemui manfaat pupur kecantikan semulajadi dengan ramuan yang mereka boleh sediakan sendiri.

Tetapi ia tidak semudah yang disangka, selain perlu menyediakan ramuan segar setiap hari, kekangan masa dan kesukaran mendapatkan bekalan bahan segar akan merumitkan rutin kecantikan mereka.

Oh tidak! Mereka kini di dalam dilema!

Bukan mudah mencari produk penjagaan wajah mesra kulit, bebas alergen dengan formulasi manfaat kecantikan semulajadi.

Ok Girls! Hidup ini terlalu indah untuk kamu bermurung! percayalah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya!


From left Ms Pan Choi Yen, Ms Caryn Loh, Mr Sriram Krishnamurthy and Ms Mahsuri Sulaiman.JPG

Bawa Bertenang! kerana SAFI DERMASAFE adalah jawapannya!

Mulakan transformasi kecantikan dan keyakinan diri dengan kulit yang sihat bersama SAFI DERMASAFE kesinambungan kembara kecantikan terbaharu daripada SAFI,  Jenama Halal No.1 Malaysia.

Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI atau nama penuhnya SAFI Excellence in Research and Innovation, satu makmal produk HALAL terbesar di dunia.

 

Safi Dermasafe skincare range

SAFI DERMASAFE adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit”yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal , mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi ,pewarna , alkohol , minyak mineral dan ujian keatas haiwan.

SAFI DERMASAFE sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian SAFI DERMASAFE turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan bermaya.

“Semenjak mulai diperkenalkan 30 tahun lalu, SAFI memahami impian setiap wanita yang mahu memiliki raut wajah idaman iaitu kulit yang sihat kunci keyakinan diri mereka dan setiap wanita mempunyai keperluan kulit yang khusus. Inovasi kecantikan SAFI merangkumi pelbagai jenis rangkaian produk penjagaan wajah setiap satu dibangunkan dan dipasarkan untuk keperluan khusus kulit yang berbeza. Kami percaya penggunaan produk penjagaan wajah yang bersesuaian adalah kunci kepada raut wajah mempesona.” jelas Aishah Zulkifli, Eksekutif Jenama SAFI.

Tambah beliau lagi, SAFI DERMASAFE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda serta formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit juga gaya hidup. Ia menjadi tunggak disebalik pelancaran SAFI DERMASAFE rangkaian produk “mesra Kulit” diuji secara dermatologi yang amat sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

Majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut menjemput Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan yang telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

“Diantara faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini.

Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam , jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus menyebabkan kulit menjadi sensitif.”

Rangkaian produk dengan formulasi bebas Alergen dan “mesra kulit” adalah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit serta pencegahan awal dengan rutin produk penjagaan kulit yang betul dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang lebih teruk.

Lengkapkan rutin penjagaan wajah SAFI DERMASAFE anda dengan LIMA jenis produk rangkaian ini iaitu:

  • SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care
  • SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle
  • SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh
  • SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate
  • SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover.

Rangkaian produk SAFI DERMASAFE dipasarkan pada harga antara RM19.90 hingga RM48.90 dan HANYA boleh didapati di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari :

Ayuh kita memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan berkongsi kisah kulit sihat anda dengan memuat naik foto atau video di profil media sosial berserta tanda palang #SAFIDERMASAFE dan #SAFISKINSTORY.