Serius hadiah berupa EMAS? Wow hebat!!
Ya, pusat beli-belah yang terletak di Putrajaya ini menawarkan pelbagai hadiah menarik sebagai tanda terima kasih pada pelanggannya. Melalui kempen “Jom Masyukk” ini, pelanggan yang membeli-belah di situ layak mendapat hadiah berupa Emas dan baucar membeli-belah.
Kempen ini sudahpun bermula pada 1 Oktober dan bakal berakhir pada 29 Oktober nanti. Antara hadiah hebat yang ditawarkan kepada pembeli di Alamanda adalah:
- Hadiah Utama: Jongkong Emas seberat 200gm
- Hadiah Kedua: 1 unit Rantai Emas seberat 35gm
- Hadiah Ketiga: 1 unit Gelang Emas seberat 25gm
- Hadiah Keempat: 20 unit baucer beli-belah di Alamanda bernilai RM5,000
- Hadiah Kelima: 30 unit baucer beli-belah di Alamanda bernilai RM1,000
Secara keseluruhan, sebanyak 53 hadiah bakal dimenangi oleh pembeli yang datang membeli-belah di Alamanda.
Bagaimana cara untuk menyertai kempen “Jom Masyukk”?
- Perlu berbelanja dengan jumlah minima RM30 di kedai-kedai dalam Alamanda dengan tidak lebih dari TIGA resit. Pada hari Isnin hingga Jumaat, pembeli akan menerima DUA borang penyertaan
- Bawa resit ke kaunter pertanyaan. Pastikan tarikh resit adalah pada hari yang sama
- Isi borang penyertaan “Jom Masyukk” yang diberikan petugas kaunter
- Masukkan borang yang sudah diisi ke dalam kotak lutsinar yang diletakkan di ruang tengah Alamanda
Acara pemilihan pemenang bertuah akan diadakan pada 28 November 2020 manakala majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 3 Disember 2020.
Selain itu, pembeli juga boleh mendapatkan pelekat “Jom Masyukk” secara percuma. Pelekat ini perlu dilekatkan pada cermin kenderaan dan jika bernasib baik, pembeli berpeluang memenangi baucar Dunkin Donut. Pelekat ini boleh didapati di kaunter pertanyaan Alamanda pada hari bekerja antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang sahaja.
“Kami sangat gembira untuk melancarkan kempen “Jom Masyukk” ini kerana para pembeli akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka membeli belah di Alamanda. Untuk suku akhir tahun ini, nantikan lebih banyak promosi menarik kerana Alamanda akan menawarkan lebih banyak ganjaran kepada para pembeli,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Bagi menjamin operasi perniagaan tanpa gangguan sambil menjaga kesejahteraan para pengunjung serta kakitangan, pihak Alamanda telah mengambil langkah pencegahan seperti menempatkan cecair pencuci tangan di lokasi yang strategik dan mudah akses, melakukan pemeriksaan suhu badan setiap hari ke atas semua pengunjung dan pekerja di pelbagai lokasi di dalam pusat membeli-belah, meningkatkan kekerapan pembersihan di setiap sudut pusat membeli-belah dan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh dua meter dalam usaha memastikan persekitaran yang bersih dan selamat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kakitangan kami yang ramah di kaunter pertanyaan Alamanda atau layari www.alamanda.com.my.
Leave a Reply