GANJARAN BERGANDA HEBAT SEMPENA DEEPAVALI OLEH KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC

Meriah betul sambutan Deepavali tahun ini.

Photo by Andy Kho
Photo by Andy Kho

Bukan sahaja dekorasi diberi sentuhan mewah berserta nilai esteika yang cukup mempersona, malah Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang dikenali sebagai Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall menawarkan promosi perayaan yang hebat serta ganjaran berganda-ganda yang ditawarkan kepada pengunjung.

Pesta Cahaya yang bakal disambut pada 4 November tahun ini, dilihat sebagai satu ruang masa yang bermakna untuk mengeratkan hubungan kekeluargan dan memperkukuhkan kemuafakatan. Keunikan perayaan ini yang menampilkan pelbagai rona warna dan kilauan hiasan pastinya  menyemarakkan rasa gembira dan harmoni yang cukup simbolik untuk menyatukan semangat kelestarian di kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Photo by Andy Kho
Photo by Andy Kho

Sambutan Deepavali Suria KLCC kali ini sudahpun berlangsung mulai 29 Oktober lalu sehingga 7 November. Cetusan konsep “Little India” yang diilhamkan untuk kelainan sambutan Deepavali kali ini dipamerkan di ruang legar utama Suria KLCC manakala keunikan hiasan kolam cahaya pula ditempatkan di setiap pintu masuk utama.

Ucapan perayaan dilayarkan di setiap skrin digital selain dari hiasan indah yang berwarna-warni ditempatkan di Ampang dan Ramlee Mall Center Court. Dalam memastikan tema “Little India” jelas kelihatan, sebuah gerai bunga dan gerai rempah akan di pamerkan sebagai latar belakang yang menarik bagi tujuan sesi mengambil gambar.

Perhiasan kolam tradisional mewah berkeluasan 20 kaki diameter di dataran Centre Court menanti setiap pengunjung. Kolam mewah yang dilengkapi dengan penderia gerakkan akan mempersembahkan persembahan cahaya yang menarik apabila pengunjung melambai menggerakkan tangan pada penderia berkenaa. Pengalaman digital interaktif ini diinspirasikan bukan sahaja dapat menyemarakkan sambutan Deepavali tetapi bagi memastikan pengunjung memperingati memoir kunjungan mereka ke Suria KLCC.

Sudah menjadi kelaziman bagi Kumpulan Syarikat KLCC yang terkenal dengan “Shoppers’ Rewards Programme” kini kembali untuk sambutan Deepavali tahun ini. Program ganjaran ini adalah untuk pengunjung yang berbelanja RM600 atau lebih dengan rekod DUA resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar Suria KLCC yang bernilai RM50.

“Kami amat gembira dengan kejayaan Malaysia yang telah berjaya memasuki ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara. Kumpulan Suria KLCC sedia maklum dengan tanggungjawab bersama yang perlu dititik beratkan oleh setiap pusat beli-belah dalam membantu meningkatkan taraf ekonomi negara. Keadaan Malaysia kini berada di dalam fasa penyesuaian norma baharu, dan kelonggaran sekatan SOP untuk para pembeli dan pengunjung dilihat Malaysia kini sedang kembali pulih.

Usaha kami tidak terbatas hanya di Suria KLCC, pihak pengurusan akan mengadakan kepelbagaian sambutan lain di Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu. Dengan pengurangan sekatan SOP menginjak ke penghujung tahun 2021, pelbagai program dan kempen interaktif menarik akan di jalankan dalam masa terdekat. Maklumat terperinci akan di muat naik di setiap laman media sosial kami.” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Kumpulan Syarikat Suria KLCC.

2,424 GANJARAN MENANTI DI ALAMANDA PUTRAJAYA

al 1

Pendekatan “Berdua lebih baik” bakal menyemarakkan sambutan Deepavali di Alamanda yang mana pada masa yang sama, Alamanda akan melancarkan kempen “One Year Free Shopping” yang berlangsung selama 24 hari bermula dari 29 Oktober sehingga 21 November 2021.

Kempen “One Year Free Shopping” adalah kempen terbesar yang bakal di adakan pada tahun ini, yang mana pengunjung yang berbelanja RM300 atau lebih dengan rekod DUA resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menyertai acara cabutan bertuah.

Tahukah anda?

al 2

Ganjaran lumayan yang menanti untuk pemenang adalah BAUCAR BERNILAI M12,000!!

YA!

Pastinya sudah cukup untuk mengukir senyuman seorang pembeli untuk 12 bulan yang seterusnya. Kempen ini akan memilih sejumlah 24 pemenang bertuah. Setiap hari, SATU pemenang akan dipilih sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Sumbangan Alamanda tidak terhenti di situ kerana :

  • 2,400 hadiah saguhati akan diberikan kepada 100 pembeli bertuah melalui aktiviti cabutan bertuah
  • Hadiah berbentuk baucar RM20 atau RM50 akan diberikan kepada 100 pembeli setiap hari sepanjang tempoh 24 hari

Dekorasi tarikan yang menyerupai Suria KLCC juga dipamerkan di Alamanda. Penampilan keindahan dan keunikan hiasan kolam akan disediakan bagi menyemai semarak perayaan Deepavali di Alamanda nanti.

“Kami kagum dengan sambutan upacara yang masih berlangsung di Malaysia meskipun usaha memerangi wabak Covid-19 masih menjadi tunjang utama negara. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan KLCC akan terus memberi tinjauan penuh dalam memastikan setiap pusat beli-belah kami adalah antara tempat yang selamat dan bersih untuk di kunjungi pada masa ini. Antara aspek penting juga, sekumpulan besar pekerja yang bekerja di dalam rangkaian pusat beli-belah KLCC telah lengkap divaksinasi. Dengan ini, saya amat berbesar hati untuk menjemput para pengunjung untuk mendapatkan pengalaman hebat di setiap rangakai pusat beli-belah kami selangkah dengan usaha pemantauan jitu dari segi aspek kebersihan dan keselamatan bagi kebaikan bersama” 

Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ http://www.mesramall.com⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/MyMesraMall

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: