Yey, satu lagi pusat beli-belah baharu bakal dibuka di bandar raya KL tahun 2022!
Dengan anggaran 400 kedai yang bakal beroperasi, LaLaport akan dibuka secara berperingkat-peringkat kepada umum.
Pusat beli-belah dengan gaya hidup dari Jepun ini adalah fasiliti luar negara yang PERTAMA di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co., Ltd. Bertemakan konsep rekaan “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”, ia mempunyai gaya penampilan yang sesuai dengan lokasi di pusat bandar. Pembinaannya mewujudkan suasana interaksi yang damai lagi santai menerusi gabungan fasiliti komersil, pejabat, kediaman dan hotel.
Dengan keluasan lebih daripada 82,600 meter persegi, LaLaport akan menjadi pusat beli-belah yang pertama di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan dan menjadi LaLaport KEDUA Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao.
LaLaport turut membawa jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DON DOKI. Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun juga akan membuka kemudahan pertamanya di LaLaport.
Di sini juga bakal menawarkan pengalaman makanan yang tidak pernah dilihat di mana-mana pusat beli-belah yang mana ia menawarkan kedai yang disenaraikan oleh Michelin, tempat makan berkonsep baharu oleh Cef terkenal dengan juadah unik seperti dari Shin’Labo, Marta’s Kitchen, Buena Brasa Gastropub, DONQ/Mini One, MATCHA EIGHT, YAKINIKU SIZZLE oleh YAKINIQUEST dan banyak lagi.
“Gourmet Street” bakal memberi pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka, “Depachika Marche” yang menyediakan aneka makanan bungkus, medan selera “Cafeteria” dan “Garden Dining” di aras 4 yang boleh memuatkan kapasiti 1,400 orang dalam satu masa. Bagi pengunjung beragama Islam, LaLaport menyediakan satu aras khas yang menempatkan restoran-restoran Halal.
Jika penat berjalan, bolehlah bersantai di ruang acara seperti “Central Rooftop Garden” yang mempunyai keluasan kira-kira 1,700 meter persegi yang dikelilingi oleh pokok-pokok dan tumbuhan hijau.
Namun yang paling unik ruang acara yang dikenali sebagai “WOW PLAZA” yang terletak di tengah-tengah Gourmet Street. Tiang kayu berbentuk huruf “W” di pintu masuk menjadi tarikan utama.
Tidak sukar untuk datang ke sini jika anda tidak mempunyai pengangkutan sendiri kerana ia mudah diakses dengan tren iaitu:
- Laluan jalan kaki yang bersambung ke Stesen LRT Hang Tuah
- 5 minit berjalan kaki dari Stesen Merdeka
Sebanyak 2,400 unit parkir disediakan bagi pengunjung yang ingin membawa pengangkutan sendiri ke sini.
Apa lagi, jom kunjungi LaLaport mulai esok!
Leave a Reply