Memang sedap semua makanan dan minuman yang ditawarkan di gerai-gerai yang ditempatkan di pusat beli-belah Tropicana Gardens sempena Festival”Think Thailand” ini.
Dianjurkan oleh Kedutaan Diraja Thailand, dengan kerjasama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan (DITP) dan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Festival”Think Thailand” itu menjadi acara Thai yang terbesar, paling luar biasa dan penuh bermakna yang pernah dianjurkan di Malaysia, yang mana bertujuan untuk menyokong kedua-dua pengeksport Thailand dan pengimport Malaysia dalam meningkatkan jualan produk Thai di Malaysia, di samping menandakan kesediaan mengalu-alukan kembali rakyat Malaysia mengunjungi semula Thailand.
Festival Thai ini diadakan selama 12 hari bermula 26 Mei lalu hingga 6 Jun nanti. Selain di ruang legar utama di pusat beli-belah Tropicana Gardens, promosi barangan Thai juga dilakukan dalam-kedai di cawangan Aeon, Segi Fresh dan NSK di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Pelbagai aneka produk tulen, dan produk baru di pasaran dilancarkan pada harga istimewadi sepanjang festival ini.
Menurut Menteri Kaunselor dan Pengarah DITP, Encik Worawan Wanwil:
“Lebih 30 pengeksport Thailand telah meluangkan masa untuk berada di Malaysia bagi menjayakan festival ini. Mereka diterbangkan khas untuk mempamerkan produk Thai masing-masing. Selain itu, acara ini akan disertai oleh restoran pemegang anugerah Thai SELECT iaitu Thai-in Mookata, serta dari Malaysia seperti Mrs Jones’ Parlour, Kwong Cheung Loong Kopitiam Bar, Hallaway, selain daripada urutan luar biasa dari Thai Odyssey, dan banyak lagi. Padanan perniagaan dalam dan luar talian telah diatur dengan lebih daripada 50 pengeksport Thai yang berkelayakan. Kami kini telah mengesahkan padanan dengan sebanyak 63 jangkaan nilai dagangan RM30 juta dalam tahun ini. Kami telah bekerjasama dengan Shopee untuk menyenaraikan lebih daripada 300 penjual Thai dalam platform E-dagang mereka supaya pembeli Malaysia boleh membeli terus dari Thailand dan pesanan mereka dihantar kehadapan pintu mereka”
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan permintaan dalam produk Halal Thai yang berkualiti daripada pengguna Malaysia. Oleh itu satu acara khas iaitu Pameran Halal Antarabangsa Thailand (TIHAS) turut diadakan di festival ini.
TIHAS adalah acara sampingan mini THAIFEX 2022 yang diadakan di Bangkok pada 24 hingga 28 Mei. Kemuncak TIHAS ialah pengimport Makanan Malaysia yang melawat pameran ini layak menjadi tetamu istimewa DITP untu kmelawat THAIFEX 2023.
Dengan persediaan dan pelbagai aktiviti ini, dijangka pendapatan jualan lebih RM6 juta sepanjang festival bakal diterima.
“THINK THAILAND mengalu-alukan kehadiran anda semua untuk merasai produk, barangan dan makanan istimewa Thai ini dan banyak banyak lagi barisan barangan apabila anda melawat kami! Selain daripada rancangan yang disebutkan, kami turut menyediakan lebih banyak keseronokan untuk semua orang setiap hari sepanjang tempoh festival. Jika anda masih tidak dapat melawat Thailand pada masa ini, tidak mengapa, kerana kami membawa Thailand kepada anda! Persiapkan diri anda untuk berseronok bersama kami di THINK THAILAND dan kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan anda dengan senyuman Thai dan hati yang teruja.”
Sepanjang festival ini, bagi setiap pembelian RM50 produk Thai di cawangan yang ditetapkan, pengguna layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang sangat menarik, termasuk:
- 2 tiket penerbangan AirAsia pergi balik
- 2 penginapan Hotel di Thailand
- 1 telefon pintar Oppo
- 20 baucar Thai SELECT
- 20 baucar Thai Odyssey
- 5 bagasi untuk perjalanan
- 10 Hamper bernilai RM300 setiap satu
- 30 Hamper bernilai RM100 setiap satu
Untuk maklumat lanjut tentang festival “THINK THAILAND”, sila layari/hubungi:
- https://www.facebook.com/thinkthailandmy
- enquiry@thaitrade.my
- hello@eqsolutions.my
- i 03-21424601.
#DITPMalaysia #RoyalThai EmbassyKuala Lumpur #TropicanaGardensMall #thinkthailand #ThaiFestival #RoyalThaiEmbassyKualaLumpur #tourismauthorityofthailand #RTE #DITP #TAT
Leave a Reply