53 OUTLET AEON TAWAR PRODUK THAI DI KEMPEN “THINK THAILAND”

53 outlet itu termasuk 33 Stor, 9 Max Valu dan 11 AEON Big di seluruh negara yang terlibat dalam kempen yang dianjurkan bersama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan (DITP) beserta Kedutaan Thailand.

OPENING CEREMONY AT AEON SHAH ALAM (2)

Kempen “Think Thailand” itu menawarkan barangan Harga Istimewa, selain memperkenalkan makanan Asli Thailand yang dibawa khas dari negara itu.Ia bermula pada 26 Mei hingga 15 Jun.

AIR_3941 (2)

Antara barangan yang ditawarkan dengan Harga Istimewa:

  • Jenama snek:Bento, Tao Kae Noi, Lay’s, Amae Me, Koh-Kae Peanuts, Pocky&Ladybird
  • Jenama Perisa:Ayam Brand, Roi Thai, King Rice & Tae Pee
  • Jenama Material:Pama, Serda & Jasmine
  • Makanan Segar:Mangga Thai, Jambu Thai, Laici Thai, Petai Thai, Jagung kecil Thai & Asparagus Thai

Manakala produk baharu yang diperkenalkan adalah:

  • Jenama snek: Vfoods, Jaxx, Bento, Makado
  • Jenama Minuman Sejuk: Tc Super & Taste Nirvana
  • Makanan Segar: Cili Merah & Hijau Thai, Halia Thai & Enoki Thai

Pengarah DITP, ENcik Worawan Wanwil memuji pihak pengurusan AEON dalam merangka pelan perniagaan yang strategik:

“AEON sudah menjadi rakan kerjasama strategik yang penting di wilayah ini. Mereka sentiasa menyokong dalam memperkenalkan makanan Thailand pada rakyat Malaysia meskipun pada waktu pandemik melanda”

Selain menyediakan gerai-gerai kecil yang menawarkan pelbagai barangan Thai, AEON turut mengadakan sesi memasak di LIMA outletnya iaitu AEON Puchong, AEON Shah Alam, AEON Bandar Utama, AEON Bukit Tinggi dan AEON Wangsa Maju pada setiap hujung minggu bermula jam 3 petang hingga 4.30 petang. Bagi yang ingin mendapatkan beberapa petua memasak daripada cef-cef Thailand, bolehlah mengunjungi lima outlet ini.

Pengurus Bahagian Kanan untuk Makanan Mudah Rosak, Thomas Tan berkata:

Ini adalah kali ke-dua kami mengadakan kempen sebegini setelah mendapat sambutan meggalakkan tahun lepas. Meskipun Malaysia masih lagi dalam pergerakan terhad, tidak mematahkan semangat mereka yang ingin menikmati pelbagai makanan Thai. Tahun ini, kami membawa masuk tambahan barangan baru yang enak supaya dapat berkongsi dengan ramai orang. Dalam masa sama, kami akan memberi peluang pada pelanggan memenangi peluang berkunjung ke Thailand untuk dua orang. Kami sangat berbesar hati juga mempunyai hubungan yang erat bersama pengilang Thai, komuniti pertanian, eksporter dan Duta Thai yang membolehkan kami memperkenalkan kepelbagaian barangan Thai yang diterima oleh semua kategori masyarakat”

AEON ARTWORK

Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung yang beebelanja sebanyak RM50 dalam SATU resit antaranya:

  • 2 Tiket penerbangan Air Asia (penerbangan dua hala Malaysia-Thailand)
  • Pakej penginapan hotel di Thailand (1 bilik 2 Malam)
  • 10 baucer Thai Odyssey
  • 10 hadiah beg Tourism Authority Thailand
  • 20 hadiah baucer pilihan Thai-restoran Thai di Malaysia
  • 10 Hamper Besar bernilai RM300
  • 30 Hamper Kecil bernilai antara RM5-RM100

Untuk maklumat lanjut, layari:

#Aeonthinkthailand #AeonMalaysia

ALAMI YANG TERBAIK & HALAL DI “THINK THAILAND”

Memang sedap semua makanan dan minuman yang ditawarkan di gerai-gerai yang ditempatkan di pusat beli-belah Tropicana Gardens sempena Festival”Think Thailand” ini. 

CG_23538 (2)

Dianjurkan oleh Kedutaan Diraja Thailand, dengan kerjasama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan (DITP) dan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Festival”Think Thailand” itu menjadi acara Thai yang terbesar, paling luar biasa dan penuh bermakna yang pernah dianjurkan di Malaysia, yang mana bertujuan untuk menyokong kedua-dua pengeksport Thailand dan pengimport Malaysia dalam meningkatkan jualan produk Thai di Malaysia, di samping menandakan kesediaan mengalu-alukan kembali rakyat Malaysia mengunjungi semula Thailand.

dav

Festival Thai ini  diadakan selama 12 hari bermula 26 Mei lalu hingga 6 Jun nanti. Selain di ruang legar utama di pusat beli-belah Tropicana Gardens, promosi barangan Thai juga dilakukan dalam-kedai di cawangan Aeon, Segi Fresh dan NSK di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Pelbagai aneka produk tulen, dan produk baru di pasaran dilancarkan pada harga istimewadi sepanjang festival ini.

CG_23765 (2)

Menurut Menteri Kaunselor dan Pengarah DITP, Encik Worawan Wanwil:

“Lebih 30 pengeksport Thailand telah meluangkan masa untuk berada di Malaysia bagi menjayakan festival ini. Mereka diterbangkan khas untuk mempamerkan produk Thai masing-masing. Selain itu, acara ini akan disertai oleh restoran pemegang anugerah Thai SELECT iaitu Thai-in Mookata, serta dari Malaysia seperti Mrs Jones’ Parlour, Kwong Cheung Loong Kopitiam Bar, Hallaway, selain daripada urutan luar biasa dari Thai Odyssey, dan banyak lagi. Padanan perniagaan dalam dan luar talian telah diatur dengan lebih daripada 50 pengeksport Thai yang berkelayakan. Kami kini telah mengesahkan padanan dengan sebanyak 63 jangkaan nilai dagangan RM30 juta dalam tahun ini. Kami telah bekerjasama dengan Shopee untuk menyenaraikan lebih daripada 300 penjual Thai dalam platform E-dagang mereka supaya pembeli Malaysia boleh membeli terus dari Thailand dan pesanan mereka dihantar kehadapan pintu mereka”

dav

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan permintaan dalam produk Halal Thai yang berkualiti daripada pengguna Malaysia. Oleh itu satu acara khas iaitu Pameran Halal Antarabangsa Thailand (TIHAS) turut diadakan di festival ini.

TIHAS adalah acara sampingan mini THAIFEX 2022 yang diadakan di Bangkok pada 24 hingga 28 Mei. Kemuncak TIHAS ialah pengimport Makanan Malaysia yang melawat pameran ini layak menjadi tetamu istimewa DITP untu kmelawat THAIFEX 2023.

Dengan persediaan dan pelbagai aktiviti ini, dijangka pendapatan jualan lebih RM6 juta sepanjang festival bakal diterima.

THINK THAILAND mengalu-alukan kehadiran anda semua untuk merasai produk, barangan dan makanan istimewa Thai ini dan banyak banyak lagi barisan barangan apabila anda melawat kami! Selain daripada rancangan yang disebutkan, kami turut menyediakan lebih banyak keseronokan untuk semua orang setiap hari sepanjang tempoh festival. Jika anda masih tidak dapat melawat Thailand pada masa ini, tidak mengapa, kerana kami membawa Thailand kepada anda! Persiapkan diri anda untuk berseronok bersama kami di THINK THAILAND dan kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan anda dengan senyuman Thai dan hati yang teruja.”

Sepanjang festival ini, bagi setiap pembelian RM50 produk Thai di cawangan yang ditetapkan, pengguna layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang sangat menarik, termasuk:

  • 2 tiket penerbangan AirAsia pergi balik
  • 2 penginapan Hotel di Thailand
  • 1 telefon pintar Oppo
  • 20 baucar Thai SELECT
  • 20 baucar Thai Odyssey
  • 5 bagasi untuk perjalanan
  • 10 Hamper bernilai RM300 setiap satu
  • 30 Hamper bernilai RM100 setiap satu

Untuk maklumat lanjut tentang festival “THINK THAILAND”, sila layari/hubungi:

#DITPMalaysia #RoyalThai EmbassyKuala Lumpur #TropicanaGardensMall #thinkthailand #ThaiFestival #RoyalThaiEmbassyKualaLumpur #tourismauthorityofthailand #RTE #DITP #TAT