#HariHariEveryday NESTLE ANJUR KEMPEN PEMAKANAN SIHAT

Bagus usaha Nestlé EVERYDAY ini yang menggalakkan amalan pemakanan sihat di kalangan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Nutrisi Sedunia.

Photo 1 (2)

Dengan ini masalah kekurangan mikronutrien yang juga dikenali sebagai ‘kelaparan tersembunyi’ yang semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak dan dewasa Malaysia, kempen ini akan memberi tumpuan kepada penjanaan khasiat keluarga-keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Photo 3 (2)

Dari Jun hingga Julai 2022, Nestlé EVERYDAY akan turun padang untuk mengunjungi penghuni PPR di seluruh Lembah Klang bagi meningkatkan kesedaran tentang risiko kesihatan akibat kekurangan mikronutrien, berkongsi kebaikan susu tepung Nestlé EVERYDAYmenerusi aktiviti pensampelan dan mendidik masyarakat tentang kepentingan pemakanan yang sihat untuk seisi keluarga.

Photo 5 (2)

Dengan setiap gelas mengandungi 12 vitamin dan mineral, diperkaya dengan kandungan kalsium dan zat besi tinggi dan 100% vitamin C untuk memenuhi keperluan pemakanan yang disyorkan bagi rakyat Malaysia*, susu tepung Nestlé EVERYDAY dirumuskan khas untuk menjaga kesejahteraan keluarga Malaysia.

Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata,

“Kelaparan tersembunyi’ merupakan beban kesihatan yang signifikan di Malaysia, dengan satu daripada tiga keluarga mengalami kekurangan mikronutrien seperti kalsium, zat besi dan vitamin C dalam diet harian. Tambahan lagi, ramai yang tidak sedar mereka mengalami kekurangan mikronutrien dan ini berpotensi untuk menimbulkan risiko jangka panjang terhadap kesihatan mereka. Di sinilah kempen #HariHariEveryday boleh memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan meningkatkan kesedaran tentang isu ini dan menyokong keluarga-keluarga yang memerlukan.”

Menerusi kempen ini, Nestlé EVERYDAY ingin menyeru rakyat Malaysia agar bersatu dalam menyokong keperluan pemakanan para penduduk PPR menerusi usaha mengutip derma dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Empire Project. Dengan setiap hashtag #HariHariEveryday yang dikongsi di media sosial, satu pek ‘Bekalan Nutrisi’ EVERYDAY akan disumbangkan kepada keluarga PPR di seluruh Semenanjung Malaysia.

Cara menyertainya mudah sahaja iaitu :

peserta hanya perlu memaparkan gambar diri sendiri ‘menayangkan otot’ dengan pek Nestlé EVERYDAY di media sosial dengan hashtag #HariHariEveryday.

Demi terus menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, Nestlé EVERYDAY akan memberi ganjaran kepada pengguna menerusi penganjuran peraduan yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan tawaran hadiah bernilai lebih daripada RM100,000!

Untuk menyertai peraduan, pengguna Nestlé EVERYDAY yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 hanya perlu berkongsi gambar resit dan nama penuh serta nombor kad pengenalan menerusi Whatsapp kepada +6018 220 0679. Penyerta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah utama Perodua Ativa, dan juga empat Yamaha Eco Gear 125l serta pin tambah nilai Touch ‘n Go setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan peraduan #HariHariEveryday, sila layari: https://www.dearnestle.com.my/bm/peraduan-hari-hari-everyday

*Dua hidangan Nestlé EVERYDAY membekalkan 100% keperluan harian Vitamin C seseorang; berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia, 4-9 tahun (2017).

Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari:

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: