HAPPYFRESH LANCAR KEMPEN HARGA TERMURAH UNTUK BANTU RAKYAT MALAYSIA

Memang tepat kena pada masanya kempen HappyFresh ini dilancarkan!

nol (2)

Maklumlah sekarang ini Malaysia sedang menghadapi krisis kenaikan kadar inflasi menyebabkan banyak barang telah naik harga.

Jadi Kempen Harga Termurah yang dianjurkan oleh platform runcit dalam talian, HappyFresh Supermarket membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan lonjakan kos sara hidup membeli bahan keperluan dengan harga yang rendah dan mampu milik.

HappyFresh Supermarket rider arriving at the event (2)

HappyFresh Supermarket menyasarkan untuk menyediakan pengalaman membeli-belah runcit dalam talian yang mudah dengan:

  1. Penghantaran Percuma
  2. Tiada momen Kehabisan Stok

IMG20220705153834 (2)

Dilancarkan pada awal 2022, kini HappyFresh Supermarket merupakan pasar raya terkemuka di bawah HappyFresh, bersama rangkaian pasar raya di seluruh negara yang lain.

HappyFresh memahami bahawa pengguna kini lebih mementingkan produk dan harga di mana mereka mencari jenama yang boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan runcit mereka yang khusus. Berdasarkan data dan pengetahuan, HappyFresh lebih memahami tentang cara memenuhi keperluan sebenar pelanggan.

HappyFresh Supermarket dengan liputan kawasan di Batu Caves, Setia Alam, Petaling Jaya, Klang, Bangsar, Ampang dan Kajang, membolehkan akses kepada lebih 15,000 unit penyimpanan stok (atau SKU) yang terdiri daripada produk segar, kering dan sejuk beku dalam inventorinya di tiga buah zon masing-masing dengan suhu yang dipantau rapi.

IMG_20220705_150633 (2)

Johan Antlov, Ketua Pegawai Pertumbuhan HappyFresh, berkata,

“Kami percaya bahawa pelanggan harus mempunyai peluang untuk mempunyai lebih banyak pilihan daripada pelbagai jenis produk, yang segar dengan harga yang berpatutan, dan tanpa perlu risau tentang kualitinya. Kepelbagaian produk akan terus berubah untuk memenuhi keperluan pelanggan, dan semua item menjalani kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan kesegarannya.”

HappyFresh juga melancarkan kempen promosi pertengahan tahun HappyFresh Supermarket iaitu Termurah di Bandar, dengan diskaun sehingga 60% sehingga September. Pelanggan boleh memaksimumkan penjimatan dan memperoleh lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan bagi barangan runcit dengan menggantikan kerumitan membeli-belah tradisional dengan membeli-belah di hujung jari sahaja. Selain itu, penghantaran percuma disediakan untuk semua pelanggan HappyFresh Supermarket.

HappyFreshSupermarket menyasarkan untuk memberi pengalaman e-grosir yang terbaik pada harga yang berpatutan kepada pelanggan kami. Kempen ‘Termurah di Bandar’ bertujuan untuk membantu pelanggan kami dalam memerangi kenaikan inflasi dan kos sara hidup sambil mendapatkan semua barangan runcit yang diperlukan untuk keluarga mereka, dengan harga termurah yang kami tawarkan secara eksklusif di HappyFreshSupermarket. Kami berharap melalui promosi dan diskaun yang kami tawarkan ini, orang ramai akan memperoleh manfaat daripada kos sara hidup yang lebih rendah,” tambah Johan.

Pada hari pelancaran Kempen Harga Termurah itu, tetamu jemputan dan wakil media serta penulis blog ditawarkan merasai sendiri pengalaman membeli-belah HappyFresh Supermarket berbayar dan mengalami sendiri kemudahan, kebolehpercayaan dan kualiti produk yang dihantar secara langsung melalui aplikasi HappyFresh. Mereka perlu melakukan tempahan runcit pada permulaan acara dan sebelum acara tamat, pesanan berjaya dihantar oleh HappyFresh Riders kepada mereka.

HappyFresh Malaysia: Twitter | Instagram | Facebook | Youtube

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: