‘LAZ HALAL’ DESTINASI HALAL DALAM PLATFOM LAZADA

Kesemua produk dalam ‘Laz Halal’ ini HALAL dan telah disahkan mempunyai pensijilan Halal yang diperakui JAKIM

Laz Halal KV (2)

Jadi tidak perlu ragu-ragu atau was-was untuk membeli produk di ‘Laz Halal’ ini yang terdiri daripada keluaran tempatan dan juga jenama antarabangsa.

Laz Halal Icon (2)

Kewujudan ‘Laz Halal’ juga adalah untuk menyokong usahawan tempatan yang berhasrat untuk memasarkan produk yang diperakui HALAL kepada pelanggan yang mengutamakan kesahihan HALAL sebagai satu faktor apabila membeli barangan keperluan.

Laz Halal Banner (2)

‘Laz Halal’ akan diperkembangkan agar menjadi wadah dalam talian yang membolehkan peniaga untuk memenuhi permintaan lebih ramai pelanggan yang kini semakin kerap membeli-belah dalam talian untuk produk dalam kategori barangan harian, termasuk keperluan dapur dan barangan makanan dan minuman, serta produk penjagaan kesihatan, fesyen, kecantikan dan pelbagai barangan Halal yang lain.

Laz Halal memberikan jaminan kepada pelanggan serta keyakinan apabila membeli produk berkualiti yang sah diperakui HALAL pada harga yang berbaloi, secara terus dari para penjual dan kedai rasmi yang menawarkan beraneka produk HALAL. Kami berharap saluran khusus ini dapat memungkinkan perniagaan kecil dan besar untuk menjana lebih banyak jualan dan menggalakkan daya interaksi dengan para pelanggan. Memandangkan Aidil Adha bakal berkunjung tiba, kami berbesar hati lantaran dapat memudahkan pembelian dan berkongsi keceriaan sambutan tersebut. Malahan, selepas Hari Raya Haji, Laz Halal akan terus menawarkan pelbagai produk yang diperakui HALAL untuk para pelanggan,” menurut Syarif Lee, Ketua Pegawai Pelanggan, Lazada Malaysia.

Mengulas tentang inisiatif positif tersebut, YBhg. Datuk Hajjah Hakimah Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata,

“Dalam era digital masa kini, di mana eDagang memberikan kemudahan di hujung jari, JAKIM memahami keperluan dan permintaan di kalangan populasi tempatan dan global untuk mendapatkan barangan yang diperakui HALAL. Peranan kami ialah untuk memastikan bahawa integriti logo HALAL dan pensijilan HALAL yang diperakui oleh JAKIM dan badan-badan berkuasa HALAL luar negara yang dikenalpasti oleh JAKIM terus terpelihara, serta ditangani dan ditadbir urus dengan berhemah. Pendekatan proaktif oleh pihak Lazada dengan mewujudkan saluran HALAL dalam talian yang menawarkan produk yang telah sah diperakui HALAL merupakan satu langkah yang memberangsangkan. Ianya dapat memanfaatkan komuniti Muslim, di samping memperkukuhkan usaha strategik pihak JAKIM dalam pembangunan HALAL secara bersepadu.”

Ikon dan banner ‘Laz Halal’ dipaparkan di Halaman Utama Lazada Malaysia, bagi memudahkan pelanggan untuk terus akses, layari serta membeli barangan yang diperakui HALAL , di samping menikmati tawaran eksklusif dan diskaun sepanjang Jualan Pertengahan Tahun Lazada 7.7, seperti:

  • penghantaran percuma
  • penjimatan tambahan sehingga 20% menerusi LazCoins
  • potongan RM10 bagi setiap pembelian bernilai RM100 dengan Lazada Bonus.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman kempen Laz Halal.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s