Buat julung kalinya, MILO®perkenal lagu baharu lagi eksklusif ini!
Lagu “Kitalah Juara” dipersembahkan oleh Sahabat-Sahabat MILO®seperti Ayda Jebat, Amir Masdi dan Jestinna Kuan sewaktu Larian Malaysia Boleh Bersama MILO® yang diadakan di Dataran Merdeka pada 16 September lalu.
Turut serta membuat persembahan antaranya Danny AhBoy, Leona Azhar, Iman Opie, Mia Sara, PheiYong, As’ad Motawh.
“Kitalah Juara” juga dihasilkan sempena kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO telah bermula dari hujung bulan Ogos lalu yang mana kempen ini telah menyatupadukan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama menyertai Larian Malaysia.
Siri jelajah van MILO®ikonik di seluruh negara juga membantu meraikan semangat perpaduan serta memupuk kecekalan yang disemarakkan oleh tenaga MILO®.
Lagu Kitalah Juara dihasilkan dengan hanya mengambil masa 2 hari dan melibatkan individu yang berbakat besar dalam bidang seni seperti Ayda Jebat, Melakaboy, Jee Yann, Rabbit Mac, Adam Sang, Catherine Yap serta Hoe Hui Ting juga diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi sebagai sebuah negara atas semangat perpaduan dan kecekalan.
Ia ditulis dalam usaha membangkitkan semangat rakyat Malaysia dalam segala urusan yang dilakukan, tidak kira dari segi kerja, sukan mahupun kehidupan peribadi. Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet-atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi mengharumkan nama negara.
Penyanyi lagu Kitalah Juara juga dipilih dengan teliti yang terdiri daripada artis dari pelbagai bangsa untuk melambangkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum.
Apa yang menarik lagu ini dihasilkan oleh individu yang telah bersama membesar dengan MILO® dan mempercayai semangat ‘Malaysia Boleh’ yang telah diketengahkan oleh MILO® sejak tahun 1993.
“Sebagai seorang penggemar MILO® sejak umur 7 tahun lagi, ini bagi saya, adalah suatu projek impian sejak saya mula berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan. Moga lagu ini akan memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia ketika apa jua kesusahan yang mereka lalui”-Prashan, Melakaboy
Penghasilan lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan harmoni.
‘Kitalah Juara’ akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 23 September 2022 di semua platform.
Untuk muzik video boleh tonton dari Youtube Channel Rasmi Ayda Jebat pada hari yang sama.
#MalaysiaBolehBersamaMILO #TheOGMilo
Leave a Reply